Monday, May 07, 2007

An Evening in Singapore

Long holiday kan? Ramai yg masih lagi cuti sampai ke hari ni. Tapi aku dah keje dah la. Apa aku buat cuti panjang? hmmm.... panjaaannngggg gak citer nya. Short version ~ aku balik kg la. Pastu spend one day (actually one evening je pun) kat Singapore.

Akhirnya.... selepas berkali-kali merancang. Akhirnya berjaya gak aku, adik aku & laki aku meredah masuk ke kota Singa. Memang bebetul redah la. Sebab kitaorang tak tau pun nak tuju ke mana, apa tempat-tempat menarik.

Isnin 30-April-2007 melakar satu lagi sejarah menarik dalam diari hidup aku. Kami 3 org berjaya menjayakan angan-angan untuk masuk ke kota Singa. Keluar rumah dah jam 12.30 tghari. Gi Yong Peng dulu sebab laki aku nak cat body kit motor. Pastu baru gerak ke JB. Sampai JB dlm kul 2.15 singgah rumah Apis dulu dia amik pasport. Pastu makan2 dulu.

Kami sampai ke City Square pun dah dekat kul 4 la. Park situ. Pastu jalan kaki ke KTM sana, cek passport. Pastu amik bas ke Singapore. Tiket bas RM0.80 kalo sampai Kranji. Tapi kita org terus ke town le... kat area Queen Street (ceehhh mcm tau sgt la tu) , tambangnya RM2.50.

Sampai kat Queen Street memang kitaorg macam rusa masuk kampung la. Sebab tak tau mana nak tuju. Main jalan ikut org je. Tapi kami berjaya sampai ke stesen MRT. Amik MRT ke City Hall (sebab tempat tu je paling lojik nak tuju hehehehe).

Fuhhh.... Canggih la Singapore ni. Bandar dia bersih. Bukan le aku nak puji tempat orang. Tapi memang bersih. Sampaikan 2 jantans ni nak merokok pun aku risau takut dia salah buang puntung rokok tu. Tak pasal2 kang kena saman lak hehehehe...

Pastu turun ke MRT kat City Hall, terus masuk mcm shopping kompleks la... ala-ala mcm KLCC. Tapi from one building to another semua integrated underground. Huh... respek la gua. Memang bandar terancang sungguh.


Kami keluar dari Marina Square terus ke Esplanade. Fuh... nampak laut dah... nampak laut dah. By that time, jam dah pukul 6.30 petang. Kami lepak tepi laut. Nampak le mercu tanda Singapore - tugu singa. Alahai.... kecik je. Aku ingat le besar kan. Rupanya tugu Helang kat Langkawi tu pun lagi beso tau.

Tanya punya tanya, rupanya ada bot ronda keliling. SGD12 sorang. 1/2 jam pusing naik bot. Pastu leh turun kat any destination, dan balik semula guna tiket yg sama. Ok gak la kan.... Jangan la convert ke ringgit.

Tapi berbaloi le aku rasa. Kitaorg naik kat Esplanade Jetty.... terus ke Clarke Quay Jetty. Turun sebab tgk ramai giler org kat situ. Tapi memang happening la. Rasa macam kat Venice lak aku rasa. Hehehehe... kiri kanan sungai penuh dengan tempat-tempat makan yang happening.


Pusing2 Clarke Quay jap. Jam dah kul 9 malam. Naik bot balik ke Esplanade Jetty. Susur balik perjalanan ke MRT. Erk... sempat la makan toast bread sat. Alahai roti bakar je kah kah kah....

Sampai ke Queen Street, naik bas balik ke JB. Tambang SGD2.40 sorang. Fuhh... at last mission accomplish. Dari dulu kitaorg plan nak gi Singapore. Tapi asyik tak kesampaian aje. So... akhirnya...

Next time planning, pegi pepagi... terus tuju ke Sentosa lak. Orait.... nak tengok gambar lagi... gi sini ek... KOTAK GEGULA...
Nak lagi best ada video skit nih.... gi sini gak le ek... no 1 dan no 2 - yg ni carik sendiri la ek hehehehe...

No comments: