Penantian yang lama, penuh sabar menunggu harinya. 17-Mac-2011, jam 4pagi kami bergerak ke LCCT. Asben tolong hantarkan. Sampai sana jumpa Sab, Ida, Maizat, Ayu, Wawa dan Fizah. Flight jam 6.05 pagi.
Sampai Changi Airport jam 7.05 pagi. Kami terus naik MRT ke stesen Eunos. Lepas tu naik bas 154 ke Joo Chiat Rd. Tuju ke Hotel 81 Sakura. Hotel 81 kat Singapore ni memang bersepah-sepah. Banyak. Rate dia pun lain-lain ikut tempat. Yang kami pergi ni rate dia S$99 per standard room.
Sampai hotel belum boleh check in. So, kami cuma tinggal beg. Lepas tu amik teksi yang boleh muat 10 orang terus ke Sentosa. Kami sampai Sentosa pukul 9.30 pagi. Terus breakfast kat Coffee Bean before masuk Universal Studio Singapore (USS).
Gambar ni bebetul kat depan entrance USS. Orang kerumun le nak bergambar dekat globe tu. Tapi kami amik dari jauh pun ok....
Masuk je, aku terus rent stroller. Single stroller S$10. Double stroller S$15. Wheelchair S$10. Orang sangat ramai.
Masuk aje, terus ke Hollywood. Masa tu, kami miss character Woody Woodpecker. Kat Hollywood ni banyak souviner shop dan cafe.
Next stop, kami ke Madagascar. Ada tempat khas untuk bergambar dengan patung character Madagascar. Dia punya adventure ride masih dalam construction.
Lepas abis posing, karakter-karakter Madagascar tengah buat sesi foto. Kami terus Q satu-satu. Dapat la bergambar dengan penguin of Madagascar. Biha sangat happy & excited. Aku? Lagi happy. Like a dream comes true.
Lepas sesi fotografi, karakter-karakter ni menari-nari ikut rentak lagu sebelum berundur. And the kids LOVE it. So as we.
Next stop, kami ke Far Far Away. Kami terus Q nak masuk 4D show. Tak le posing-posing pun kat sini. Tak jumpa plak character dari Far Far Away. Cuma nampak Puss in the Boot aje. The 4D show is superb! Biha suka giler. Dapat juga kami duduk rehatkan kaki sekekap. Lepas tu terus shopping kat Far Far Away souviner shop.
Lepas tu, kami pusing-pusing kat area Jurassic Park & SciFi. Masa kami lalu kat Waterworld, ada show @2.30pm. Kami terus masuk. Memang real dan menarik. Nasib baik duduk kat belakang tiang la kan. Walaupun duduk kat wet area.. tapi kami tak terkena la air. Selamat. Yang duduk depan. Ada yang lencun kena air.
Lepas tu, kami sampai ke area The Mummies. Kami terus ke Oasis Restaurant untuk makan. Nasib baik ada halal restaurant kat situ. Oleh kerana Biha telah 'ehem ehem', bawak dia gi toilet la. Keluar toilet, ada plak character dari The Mummies. Kami terus Q untuk gambar hehehehe...
The next area is New York. Suasana macam kat New York. Bentuk deretan kedai dengan teksi kuning yang femes tu, rasa maca kat New York.
Kat sini sempat la gambar dengan Charlie Chaplin. Hehehe... Biha mana? Tak de? Dia tido kat stroller hehehehe...
Back to Hollywood, kami dah lepak-lepak dah. Masuk USS punya souviner shop. Memang la telah merabakkan poket sendiri. Masa ni Woody dan watak Panda ada. Dapat la kami bergambar dan tengok gelagat diaorang.
Biha dangat happy dan excited.
Hari makin beranjak malam. Baru la perasan bintang-bintang kat sepanjang jalan. Oleh kerana malas nak menyusur semula. Aku amik yang paling dekat jek, Sylvester Stallone.
Day 2:
Semua pakat bangunn lewat sebab penat giler. Tapi aku tak boleh tido. Beberapa kali terjaga. Yang pertama risau kot Danish tertindih biha. Yang kedua, risau Biha plak yang tertolak Danish ke bawah katil hehehe... Jeles sungguh aku tengok Ida tido lena.
Jam 11.30 pagi kami check out. Sementara tunggu teksi, kami posing-posing kat lobi hotel.
Then kami terus amik teksi ke Airport untuk letak barang. Lepas tu, kami makan dulu kat Burger King Airport. Then, kami amik MRT ke Chinatown. Sampai sana hujan mula rintik-rintik dan semakin lebat. Jadi tak le panjang sangat langkah kami. Tapi agak bankrap jugak la jadi nya.
Kami kembali ke airport. Masukkan luggage dan terus masuk ke balai berlepas. Kat duty free tu, aku telah mem'brankrap'kan lagi diri aku. Apa dia aku beli??? Hehehe.. tak yah canang kat sini. Hehehe...
Flight kami 8.20mlm. Tadi sebab kapal terbang Q nak berlepas, hampir jam 9 malam baru kami bergerak balik dan sampai LCCT hampir 10 malam. It's tiring... but IT'S GREAT!!!! Great companies.. great day!!! Thanks guys sebab ajak saya sekali join korang. It's awesome!!
No comments:
Post a Comment