Tuesday, December 16, 2014

Beijing Trip 2014



Pada 13 hingga 17 September 2014 kami 3 keluarga berjaya juga mencapai impian ke Beijing, China. Dapat melihat dengan mata sendiri keajaiban Tembok Besar China. Impian yang dulunya terpaksa kami kuburkan atas-atas sebab yang tidak dapat dielakkan, akhirnya menjadi realiti.

Day 1 ` 13 September 2014
Hari ni pertama ni belum sampai ke Kota Beijing lagi. Lebih berkisar persiapan kami dan pengalaman baru kat KLIA 2. KLIA 2 seperti yang diceritakan oleh orang lain, memang besar. Penat betul berjalan. Belum sampai Beijing, kami dah sakit kaki.
Jauh lagi nek berjalan ke gate ni... letih uuuuu...

Tapi yang bagusnya, kena dengan nama KLIA yang gah, tiada lagi pengguna Air Asia perlu nak menapak dari terminal ke kapal terbang. Tak le terasa basah hujan atau bahang mentari. Tapi lenguh di kaki tetap terasa.

Flight jam 6.45petang. Perjalanan selama 6 jam tau. Yang best, Biha tak tidur pun dalam flight. Memang letih betul. Kami sampai di Airport Beijing jam 12.50am. Tunggu luggage, nak lepas kastam lagi... jam 2 pagi baru kami keluar dan jumpa tourist guide kami, Hani.

Terus tuju ke Taishun Business Hotel. Tidur time!

Day 2 - 14 September 2014
Hani kata, jam 9 pagi kami nak bertolak ke destinasi pertama. So, pagi ni breakfast kat hotel. Ok... kalau tiap hari breakfast macam ni.. lebih baik makan maggi.

Makanan dia, In Shaa Allah halal. Tapi tak berapa nak lalu kat tekak ni.

Jam 9 pagi kami terus bertolak ke Tian'an Men Square.
sedang berjalan kaki menuju ke Tian'an Men Square

Nak masuk pun kena beratur. Dah la tadi dah lenguh beratur nak melintas jalan. Kat sini kena beratur lagi, siap scan beg tau. Kami bawak anak dan handbag sahaja. So dah lepas. Tapi ayah dan abg long kena la beratur ikut giliran sebab pegang beg kami hehehe...

Ok dah lepas seksa beratu. Mari ambil gambar dulu.

belakang kami tu la Tianmen Gate. Lepas ni nak kena berjalan pula ke sana.

Yang tercacak berdiri megah tu adalah tugu peringatan dia (Monument to the People's Heroes)

Tian'an Men Square ni sangat luas. Dipisahkan dengan Forbidden City dengan satu pagar (Tian'an Men Gate).

Lepas bergambar sakan kat sini, kami bergerak berjalan kaki menuju ke Forbidden City, salah satu tempat yang kami sangat-sangat tak sampai.

Ni salah satu pagar untuk masuk ke Forbidden City.

Oleh sebab aku pernah ke Gyeongbokgung Palace, Seoul, Korea dulu, so aku dah boleh agak seni reka kat Forbidden City ni. Kami tak jelajah la ke belakang. Aku dah pernah pergi masa kat kat Korea dulu. It's tiring ok.... Hanya tengok main building sahaja. Dah boleh gambarkan drama-drama dan filem-filem Cina yang kami tonton kat kaca tv dulu.

Puas posing kat sini. Memang cantik Forbidden City ni. Yang tak tahan orang terlalu ramai. Masa kami pergi tu hari Ahad, memang giler ramai.

Next destination, kami lunch kat salah satu restorant muslim kat sini. Lepas lunch kami ke Herbal Shop. Kata ada free foot massage kat sini. So, agak excited gak la. Sebab baru lepas kepenatan jalan kat Forbidden City, memang ternanti-nanti gak foot massage ni.

Memula memang sedap aje dia bagi free massage kat kaki. Belum 5 minit massage dia nak tengok tapak tangan pula. Tengok apa penyakit. Dah tu... offer nak buat qigong plak. Ok lah... asben kata boleh je la. Free kata nya. Dah tu... offer plak qigong kat aku. Bawak gi 'treatment room'. Buat qigong kata aku ada blood circulation problem la... liver problem la. Nampak real ooo....

Masa buat qigong tu memang terasa ada aliran elektrik. Tapi lepas tu dia offer ubat plak. Ubat dia bukan murah tau. Ribu riban la jugak. Nasib baik la aku memang tak bawak duit banyak. Offer plak credit card. Nasib baik jugak credit card tak boleh pakai.

So, kepada sesapa nak ke Beijing, sila berhati-hati dengan tempat ni. Boleh habis ribu-ribu kat sini saja. Sebab cara dia suruh kita beli ubat memang cara pujuk + paksa. Kalau tak beli dia marah-marah. Tapi biarkanlah dia marah pun....

Depan Herbal Shop yang cekik darah. Free foot massage konon. Qi konon. Nasib baik poket aku tak rabak. Tapi agak rasa penipuan di sini ok.

Then kami ke Masjid Niu Jie yang berusia lebih 400 tahun. Reka bentuk masjid ni memang unik. Masa kami sampai tu dah nak masuk waktu asar. Ramai orang muslim sini tengah duduk-duduk sambil dengar tazkirah. Kami kat sini disambut dengan senyum siap tanya 'Malaysia?'...  Rasa sungguh tenang kat sini.

Depan pintu untuk masuk ke ruang solat wanita kat Masjid Niu Jie. Cantik kan?

Usai solat jamak kat sini, kami jalan kaki je menuju ke Muslim Supermarket. Memula memang kami was was la juga nak beli apa-apa. Rupanya semua barang dalam supermarket tu memang halal. Keluaran komuniti islam di China. Kat sini tengok orang beratur panjang untuk beli daging kambing.


dalam teater sebelum persembahan Acrobatik

Habis shopping, duduk-duduk depan supermarket dan rehat, kami terus ke tempat teater untuk Acrobatic Show. Tak le dapat seat VIP. Tapi dapat la tonton dengan best.

Selesai persembahan acrobatic, kami dinner dan balik ke hotel untuk rehat. Ready for tomorrow.... we'll go to Great Wall of China.

Day 3 - 15 September 2014

Hari ke-3 kami kat Beijing, dah tak breakfast kat coffee house dah. Hehehe.. tak leh nak lalu sangat dengan makanan kat Hotel ni. Kami breakfast maggi je kat bilik.

Hari ni perjalanan jauh sikit, jadi jam 7.30 pagi kami dah gerak. Destinasi pertama, kami singgah di Jade House. Memang cantik-cantik jade kat sini. Nasib la kami tak bape sangat la berkenan dengan jade ni. Lagi pun masa ni ramai sangat orang, jadi tak de le kes pujuk menujuk dengan paksaan.

dalam Jade House. Nasib la kita org Melayu ni tak berapa perak sangat la dengan jade bagai ni. Selamat duit akak...

Lepas tu, kami ke Crystal House pulak. Memang rambang mata tengok barang crystal. Tapi aku pun tak bape kenan. Aigoo... kat Sabah pun banyak la... Tapi aku berkenan dengan cermin mata hitam (sunglasses) dari crystal. Beli hadiah untuk cik asben satu. Tak bape murah la derrr... duit kita mau dekat RM200 jugak la terbako kat sini.

Then, kami minta  tourist guide bawak kami ke ladang epal. Jakun betul kitaorang ni. Teringin nak petik epal sendiri hehehe... Nasib baik Hani bawak kami ke sini. Sorang bayar 100 yuan. Dewasa sahaja kena bayar. Kanak-kanak tak payah bayar.  Kami boleh petik sorang 2 biji epal. Nanti epal yg 2 biji tu dia timbang. Kami kena bayar la harga epal tu. Tapi... dia bagi kami hadiah 2 biji epal seorang.

aksi anak beranak kat Apple Farm. Hahaha... jakun.. jakun...


Dari ladang epal, kami lunch dan solat dulu. Lepas tu ke Tembok Besar China. Kagum betul dengan keindahan yang satu ni. Cuma yang tak larat nak naik la. Sangat curam. Tangganya tinggi-tinggi. Jenuh nak naik.

me and my sister kat Tembok Besar China. Tak larat naik atas, kami naik 1/3 je la...

Pemandangan yang mengkagumkan. Tembok Besar China... i was there. Di salah satu keajaiban dunia....


sempat lagi pakai costum ni. sorang 50yuan untuk sewa costume. Boleh la... budak-budak.. mak budak pun happy.

depan kilang Burning Cream. Kat sini la beli cream Bao Fui Ling tu... 

Lepas penat naik turun tangga kat Tembok Besar China, kami ke kilang ubat pula. Kali ni tempat memang aku tunggu, Burning Cream. Kat sini la jual Bao Fui Ling tu. Kawan aku kata cream ajaib. So.. tak yah nak jual sangat la... memang aku nak beli pun hehehe...

Dari sini, kami terus dinner dan balik ke Hotel. Esok ada lagi...

Day 4 - 16 September 2014

Hari ke-4 kami kat Beijing, tak breakfast kat coffee house lagi. Tak lalu dah. Kami breakfast maggi je kat bilik.

Then kami terus ke Giant Panda. Pepagi dah buka dah. Tak payah la berasak-asak nak tengok panda kat Zoo Negara dah. Datang pun dari China panda tu... huhuhu....


 Nampak panda kat atas nu... kiut jeee... tak leh pegang-pegang pun panda tu. Tengok dari jauh je buleh derrr..

 Depan Pagoda di Summer Palace. Rasa macam kat Korea pun ye jugak...

Dari Giant Panda, kami ke Summer Palace. Summer Palace ni terletak istana Maharani semasa musim panas. Oleh kerana kat sini, ada tasik yang luas, dia selalu menyusur tasik ini semasa musim panas.

 Khusyuk betul dengar penerangan pasal sutera ni. Quilt pun guna sutera. Rasa macam orang kaya....

 Dari Summer Palace kami ke Silk Factory.



Day 5 - 17 September 2014

Hari terakhir di Kota Beijing. Pepagi lagi kami dah checkout dan terus angkat beg. Flight tengah malam nanti, so... kami akan jalan-jalan hari ni seharian dengan beg berlonggok-longgok dalam kereta.

First destination for the day ke Beijing Olympic 2008, Bird's Nest and Ice Cube Stadium. Bukan boleh masuk pun. Cuma boleh ambil gambar sahaja. Cuaca pun berkabus masa tu.  Tapi dapat la kami puas berposing ke salah satu trademark China ni.


Then kami pusing-pusing kota Beijing, sambil habiskan mana-mana destinasi yang belum kami pergi. Ingat ke apa la The Place ni. Rupanya one of the huge shopping complex kat Beijing saja. Ok... kita berenti ambik gambar saja. Tak perlu lama-lama. Bukan nak shopping pun.

Then, kami ke Tea House. Kat sini kami dihidangkan dengan pelbagai jenis teh dan boleh rasa juga. Of all, cuma Jasmine Tea dan Lychee Tea saja aku boleh telan. Yang lain tu agak kembang skit kat tekak.

Jom tengok cemana dia hidangkan teh

Sebelum balik, kami pusing-pusing kota Beijing. Lebih kurang saja macam kat KL bila dah sekeliling tu shopping kompleks. Cuma cuaca dia lebih sejuk la time tu.

Malam, kami sempat dinner dulu. Katanya restaurant Nasi Padang di Beijing. Tapi, tak berapa padang la. Dah Beijing version dah hehehe... Tapi alhamdulillah kami kenyang la juga.

Sebelum balik, ambil group photo dengan driver dan tourist guide kami. Then terus berangkat ke airport.


Bai bai Beijing... entah bila la nak sampai lagi huhuhu...

No comments: