Monday, May 15, 2006

Jakarta ~ Part 1

Lama tak menulis kat blog ni. Fuuhhh... rindu pun ada hehehe...

Ok... al-kisah perjalanan aku ke Jakarta. Memandangkan kisah aku ni agak panjang untuk cerita selama 6 hari aku kat sana. Aku akan bahagikan kepada beberapa bahagian. Supaya tak le semput nak upload gambar2 hehehehe...


Day 1 ~ 4 Mei 2006

Flight ke Jakarta dengan Air Asia pada jam 1315. Tapi kami jam 10 pagi dah bertolak dari rumah. Terus ke Concorde Inn KLIA. Park kereta kat situ. Bayar parking RM15 @ sehari. So total RM75.00.

Then dari Concorde Inn terus ambil shuttle bus yang disediakan ke KLIA. Dari KLIA tak ada shuttle terus ke LCCT. Kena ke KLIA dulu. Sampai KLIA, ingat nak ambil cab ke LCCT. Bila tanya tambang cab hampir RM50 satu cab. Makkkk oiii… cekik darah betul. So aku menapak sikit la ke hentian bas. Pastu ambil bas ke LCCT which cost me RM1.50 aje sorang. Beza… memang berbeza…. Hahahahaha…..


Pandangan Terminal LCC Air Asia dari tingkap kapal terbang. Huh! Asik dapat sok kat atas sayap jek aku nih...

Ok… perjalanan smooth. Flight pun dah delay. So kami sampai ke Soekarno-Hatta Airport Jakarta jam 1425 waktu Jakarta. (waktu sana lambat sejam dari KL). Sampai sana, gitu gini… ambil baggage. Pastu kitaorg terus bergerak. Aiza kata, ”U tunggu kat area teksi banyak2 tuh”. So kitaorg duduk la situ. Lama gak...

Ni kitaorg dengan penuh sabar tunggu Aiza & Sham kat Jakarta Airport. Kan main ramai mat2 teksi dok pujuk laki aku konon nak hantar kitaorg ke Hotel Hyatt (hahahaha dah laki aku kata destinasi kami Hotel Hyatt...)

Tunggu2 tak de, aku ajak hubby ke McDonald. Baru order... baru nak masuk fries dalam mulut dah jumpa kawan aku. So tak makan la kat situ, terus tapau. Pasal mmber aku kata supir (Yono) dah tunggu kitaorg dah.

So terus la berangkat dari airport tuh. Sham ajak kami terus pergi makan makanan Mendanau kat Restoran Chemoa Chemoa (gini la kot ejanya hehehehe). So kami terus ke sana. Makan sekali dengan Yono (supir dari Petronas). Lepas makan, kami singgah Carrefour kat Block M. Beli barang dapur skit. Lepas tu, kami terus balik ke rumah Aiza & Syam di Soneopati Apartment.

Memang kelas rumah kawan aku ni.... hehehehe Boleh dikatakan apartment mewah gak. Fully furnished and fully air-cond.

(Ni lah living hall kat rumah Aiza. Fully furnished. Memang cozy dan selesa. Ditambah lak kawan aku tu memang super rajin mengemas rumah...)

Day 2 ~ 5 Mei 2006

Bangun pagi, selak langsir… tengok bawah… Sedih tengok bebetul sebelah apartment kawan aku ni aku leh tgk rumah org yg susah yang berada dikeliling sampah. Hmmm ni baru la reality kehidupan kat kota Jakarta ni.


Pandangan dari tingkat bilik kitaorg.

Hari ni Sham kerja. So aku dan hubby akan jalan dgn Aiza aje la. Ronda dan lihat kota Jakarta dari dekat. Sham dah sediakan supir (Pak Misdar yang dipinjam dari kenalan Sham kat sana).

Destinasi pertama, ke Sogo (apa ke nama area ni aku pun lupa). Pasal tuju ke Hard Rock Café cari t-shirt Hard Rock yang dikirim oleh Chef Man. Yang bagusnya Hard Rock Store Jakarta ni letaknya di luar café, jadi tak le segan nak masuk. Cari2 tak de la t-shirt tu. Tapi laki aku rembat gak sehelai t-shirt hard rock. Tak pe lah bagi chance...

Gila tak tengok handbag banyak2 bergantungan tu? Naik rambang mata aku memilih. Ni baru 1 kedai. Ada berpuluh lagi kedai handbag serupa ini kat ITC Mangga Dua ni.

Dari sana kami terus ke ITC Mangga Dua. Aiza nak order kipas sulam buatan tangan yg dikirim oleh kawan mak dia. Aku pun rembat gak table runner sehelai hehehe... Then pusing2 lagi kat situ ke kedai handbag yang biasa aiza pergi. Kononnya hasrat nak cari handbag yang dikirim ReD. Tapi kaler hitam yg ReD mintak tak ada. Rata2 kaler2 kini, pink, biru, kuning, hijau. Jadi, tak ada utk ReD, aku la yg beli satu hahaha...

Pusing lagi kat situ, singgah kedai CD. Murah la DVD pirate sana 5,000 rupiah 1 disc. So duit sini dalam RM2 aje. Aku beli ke tak ? shhhhh..... hhihihihi.... *wink*

Pastu laki aku lak sangkut kat kedai belt. Beli belt kulit. Cantik design nya. Harga pun dalam lingkungan RM28 duit kita.

Dari ITC Mangga Dua, kami susur bandar Jakarta menuju ke area Gadjah Mada (ye ke ni? hehehe) Ni pun menurut kata Pak Misdar le yang bawa kami. Pasal cik abang tu nak beli helmet (helem org sana panggil) Berjaya juga laki aku rembat satu helem full facenya. Kat sini jalannya macam area kat Lorong Haji Taib aje. Tapi sepanjang2 tu kedai spare-part motor dan aksesori motor berderet2. Sampai naik rambang mata nak memilih. Kalo nak pilih aksesori kete lak, tpt lain pulak tujunya. Tapi kami sekadar lalu aje la.


Laki aku tengah bergaya dengan helem (Helmet) barunya. Nasib baik nak sampai rumah dulu baru bergaya...

Selesai dgn helmet.... Pak Misdar bawa kami ronda2 keliling bandar Jakarta. Hampir merangkak malam, kami tuju ke Taman Semanggi untuk makan makanan Sunda di Rumah Sunda. (Sham tak ada pasal entertain kawan dia yg dtg dari Malaysia) Area tempat makan ni memang elit, menarik dan happening. Dah kenyang makan, kami ronda kota Jakarta lagi. Kali ni tuju nya ke Monas (Monumen Nasional). Tapi kami tak masuk le kawasan tu. Tengok dari luar aje. Monas ni satu monumen yg tinggi macam KL Tower. Di atasnya adalah obor2 yang diperbuat dari emas TULEN. Yea betul......

Monas (Monumen Nasional). Salah satu mercu tanda Kota Jakarta. Obornya diperbuat dari EMAS TULEN

Gambar selepas kenyang makan makanan Sunda yang enak2.

Badan pun dah penat so, kami bergegas pulang ke rumah. Mandi, solat dan tido....

..... ~ to be continued ~ ......

.: PART 2 :.

.: PART 3 :.

No comments: