Thursday, May 29, 2008

Dapat la aku cuti dengan tenang

Alhamdulillah... selesai kerja aku. Dapat la aku cuti dengan tenang dan tenteram. Sempat aku siapkan flow aku. Sementara tunggu di review, sempat la aku buat document lak.

Kiranya tadi lepas dapat feedback, aku sempat update all changes dan update balik document aku. Siap mail pada Rose. Skang lega gilerrrrr..... Minggu depan dah nak submit 1st draft pada customer. Aku lak Jumaat ni & Senin aku cuti. Tapi nasib baik sempat aku siapkan bahagian aku.

Jadik.. sekarang fikiran aku dah tenang leh pk pasal perjalanan esok. Family dari Johor akan bertolak malam ni. Aku mungkin gerak esok pagi. Tapi tengok la, kalau laki aku mood baik mau gerak malam ni... hmmm... balik ni aku kena packing la...

Tidokan anak aku awal-awal sikit. Pastu aku leh packing. Hmmm... ada baby ni memacam lagi nak kena fikir apa nak bawak. Stroller kena la bawak... sebab takkan nak dukung jek. Adeeeiii ni buat aku rasa nak beli lori ni... wakakakak senang nak bawak barang gi jenjalan ke.. balik kg ke... Erk!! Tapi kang parking lak susah nak carik.

Hehehehe....

Wednesday, May 28, 2008

Tq Boss

* peringatan: ini bukan ditujukan pada manager aku, tapi pada director aku... wakakakaka...

Hari ni dapat payslip. Alhamdulillah.... Syukur ke hadrat Allah. Dapat increment skit. Pada sesetengah orang mungkin sikit kot increment boss bagi. Tapi aku ni mungkin tak le berharap apa-apa sangat. Aku pun tau ura-ura nak de increment semalam. Hehehehe.... (memang tak baca berita la aku ni...)

So, apa yang boss bagi aku terima. Alhamdulillah...

Terima kasih boss. Semoga boss murah rezeki. Perniagaan bertambah maju. Insya Allah dapat bonus lak nanti.... Aminnnn... heheehehehe

Dan aku akan berusaha lebih gigih lagi. Huhuhuhu... semangat giler nih. Wokeh pe... 2-3 minggu aku selalu tau bawak keje balik rumah. Malam lepas anak aku tido, kalau aku tak tido sama, aku buat la keje yang aku leh buat offline. Bukan apa, ada mende yang kena concentrate buat, tapi kadang kat opis kadang nak entertain call customer la... itu la.. ini la.. gossip la... hehehehehe

Tapi aku ganti masa kat rumah tau...

Monday, May 26, 2008

Sempurna

by Andra And The Backbone

Kau begitu sempurna
Di mataku kau begitu indah
Kau membuat diriku akan selalu memujamu

Di setiap langkahku ku kan
selalu memikirkan dirimu
Tak bisa ku bayangkan
Hidupku tanpa cintamu

Janganlah kau tinggalkan diriku
tak kan mampu menghadapi semua
Hanya bersamamu ku akan bias

Kau adalah darahku
Kau adalah jantungku
Kau adlah hidup ku lengkapi diriku oh sayang engkau begitu sempurna .. sempurna

Kau genggam tanganku saat diriku lemah dan terjatuh kau bisikkan dan hapus semua sesalku

Kau adalah darahku
Kau adalah jantungku
Kau adalah hidup ku lengkapi diriku oh sayang engkau begitu sempurna .. sempurna

Sayangku engkau begitu sempurna.. sempurna.. sempurna..

*lagu ni mama tujukan khas buat anak mama yang melengkapkan hidup mama... mama sayang nabihah*

*tq seli sebab tolong carikan lirik lagu ni*

Wednesday, May 21, 2008

Lari... lariiii...

Lari?

Kenapa aku lari hari ni?

Apa ke hal?

Tak yah la citer ek... kang abis canang satu donia. Masak rendang la aku wakakakaka...

Malam tadi gi KLIA amik akak2 & adik2 aku yang baru lepas sedap-sedap holiday kat Sydney kan *fuh... nada jeles tak ilang lagi nih*

Aku pun dah tak de maid le kat rumah. Kena la handle balik sorang. Beberapa hari ni ada maid akak aku tolong aku kat rumah.

Bihah lak demam. Since Jumaat petang dia start demam. Skang ni demam dia dah kebah. Tapi batuk masih lagi. Sian bila dengar dia batuk. Kadang tengah menyusu dia terbatuk-batuk. Terus tak mau menyusu lagi.

Alahai.. siannya anak mama...

Monday, May 19, 2008

Kereta aku

Akhirnya sepertinya dijanjikan dengan Pinat. Aku snap la gambar kete aku. Balik kampung siut baru dapat snap. Aku park kat bawah rumah nenek aku. Malas la nak bawak keluar kan amik gambar. Kang ada orang kampung kata aku kemaruk sebab kete baru wakakaka...

Soli la Pinat tak dapek nak gambar-gambar dengan kete. Sebab aku amik gambar cemana nak gambar dengan kete... Tapi ni la hasil perbincangan kita dulu ewaaahhhh...

Konya ehem... ehemmm.. LV yang baru tu cun siuutttt.... wahahahha. Tapi aku suka lagi Burberry tu. (wah sempat ni)

Pandangan belakang. erk.. ada nampak tompok-tompok ka? Padan muka aku, nak sangat kete itam, cepat la kotor.

Ni pandangan depan lak. Aiseh... cun la kete aku huarghahahaha...dei.. mana dapat lesen ni parking kete pun tayar senget... wahahahha


Wahahaha... aku baru siap me'ngeraskan' tangan aku buat hantaran adik aku. Semalam dah siap dah patutnya. Sekali dia tepon kata ada satu lagi i-Pod katanya. Takkan nak buh dalam kotak lak kan. Aku kan akak yang baik...
Aku kuar la beli barang skit. Aku fikir sediakan tempat la buat buh i-Pod tu. So ni la hasilnya. Kotak & bakul tu ehsan adik ipar aku. Dia bagi hehehe... tapi bunga hiasan tu semua aku tukar lain. Kenapa 6 aje? Sebab satu lagi pulut kuning. Akak aku kata nak cacak bunga telur atas tu. Sukati la. Aku tau tanggung jawab aku yg ni settle. Hehehe...
Ada cun ka? tema ijo lumut ok. Aku yg pilih sebab aku yg buat wahahahha... adeiii adeiii last aku buat mende ni masa aku kawen dulu. Lama tak 'keras' tangan aku ni...




Sunday, May 18, 2008

Erk.. malu siutttt

Huish... memang sejak 2 menjak ni agak bz kat opis. Sampai tak dan nak update blog. Jangan kata nak update gambar dengan kete baru je tak sempat, nak bergambar pun tak dan beb. Soli la Pinat. Tunggu ko balik la... kita jenjalan.

Ni kat kampung. Hajat hati kenkonon nak buat keje. Naik keje hari Rabu kang aku terus ada review. Tapi aku tak update lagi. Mamposssss.....

Semalam cousin aku kawen. Hehehe... terkenang semasa dulu wakakaka.... Hari ni bawak Nabihah gi klinik. Masa nak balik kampung semalam dia start demam lak. Ni dah mula batuk & selsema lak. Sian anak aku...

Hari ni aku dapat siapkan barang-barang untuk hantaran Apis (adik aku daaa...). Fuh.. nasib baik siap. Tapi ni ada nak kena buat skit la. Sebab Apis kata ada i-Pod lak nak bagi. Sukati ko lah kan... esok aku carik la barang.

Tadi petang tak de karen kat rumah ni. Siap buat hantaran Apis, aku pun kuar gi kedai. Hajat hati nak beli air sejuk. Sambil cari kot ada orang jual pisang goreng ke... Masuk la supermarket. Pastu terus teringat, baik beli susu Nabihah kat sini. Sebab kat KL giler beza harga lebih RM10 satu tin. So aku dengan bangga amik la 2 tin.

Pastu amik shower foam, amik air kotak. Sampai kaunter terus nak bayo. Sekali... aiseh... "Dik, susu tak jadik la dik. Saya terlupa saya tak bawak duit."

Wakakakakaka.. padan muka aku. Aku bawak purse kecik je. Ada la 20-30 hengget je dalam tu. Susu tu 2 tin dah 80 hengget lebih dah. Fuh.. fuh... malu gak la. Nasib baik dia lom punch rege & belum masuk plastik lagi. Kalo tak... akak lagi malu ni...

Wokeh wokeh... aku nak buat keje la dei...

Wednesday, May 07, 2008

Presentation SATU Slide

Semalam macam nak rak cuak sebab last minit dapat tau kena buat presentation utk sales. Haprak betul la... ada dedicated sales person untuk team aku, tapi kita org gak kena turun padang. Nyampah betul aku...

Ok.. ok.. tapi sebab MD aku sangat cool orang nya. Jadi aku bebetul terpanggil untuk buat jugak la presentation tu. Redah je... (pinjam tagline Nadia AF6) Fuh... presentation kul 2.30 pm. Cam biasa la... tetot tetot... dekat kul 3 baru start. En Amin start. Giler cool & slow motion dia present. Pas ni giliran aku ni. Debar-debar dah dada aku ni.

Tangan & lutut dah mula ketaq... rileks rileks... Aku start 1st slide. Abis aku cakap, diaorang start la soal jawab lak. Steven (dari Oracle) bantu jawab la. Sebab banyak soalan pasal license la... pricing la... Abis bincang, terus abis presentation...

Wakakakaka buang karan je aku ketaq lutut. Satu slide je aku present. Cik Yam lagi best, langsung tak sempat enterframe. Huargahahaha...

Keluar je bilik meeting, MD aku siap cakap "Cett, satu slide je korang present. Buat penat je takut-takut hehehe..."

Tuesday, May 06, 2008

Hyundai Inokom Getz 1.4(A)

Ehem... akhirnya yang ditunggu dah tiba. Sabtu lepas (3 Mei 2008) dengan rasminya aku dah dapat kereta baru. Macam tak percaya kereta tu berjaya aku beli dengan hasil titik peluh sendiri (tapi still utang laaa...)

Ha'ah kete kat atas nu la... HYUNDAI INOKOM GETZ 1.4 (A). Black colour tau. Siap tinted dan skirting lagi... pergghhh... bergaya siut (aku je la yang rasa)

Gambar? Gambar sendiri kat kete tak de lagi. Gambar amik dari internet ada la... ye lah mmg la bukan gambar aku sendiri. Bila aku plan nak beli kete? Apsal tetiba? Memang tetiba pun. Aku tak de plan jangka masa panjang, macam plan nak beli katil ke... apa ke... tapi tetiba terpikir nak beli kete sendiri. Lagi pun wira dah nak abis bayar (wira tu kete laki aku yg aku dok lenjan tetiap hari tu)

Memula plan nak angkat MyVi. Dah survey dah. Sekali masuk showroom, hyundai... terus terpikat. Terpikat dengan model dan terpikat dengan harga. Kali kedua gi Hyundai showroom kat puchong, terus bayar booking RM100. Hehehe... zaman sekarang, RM100 pun dah boleh beli kete tau beb!!!

Aku rasa all in all, sejak akau survey MyVi, sampai la ke masa aku ambik kete kat kedai Sabtu lepas, tak sampai 1 bulan pun keputusan diambil. Hehehe.... Lepas ni haru la aku dok membayar duit kete. Padan muka aku...

Dari pandangan dalam tengok dashboard sket...


dari pandangan belakang... reminder: kete aku ada skirting tau wakakakaka...

dari pandangan depan... pergh... camni la kete aku ek... hins hins hins
Hehehe... tajuk kedua... HAPPY 7th ANNIVERSARY to me and hubby. Hahahaha.... tak de orang nak wish, aku sendiri la wish kan. Tak de celebrate apa pun... dah celebrate in advance. Last Sunday kitaorg gi makan kat Marche, the Curve.
Semalam aku beli kek (order dari Anith) ciskek lagi. Pergh... sodap wooo... aku makan errr.... 2 sudu je baru kot. Tak pe.. saja je tingin nak makan. Bahagianya melalui anniversary ke-7 dengan suami dan anak tercinta. Hish... both of you, complete me.
Hadiah? Aku tak harap apa pun dari asben. Dia ada kat sisi aku dah cukup dah... (pergghhh romantik tak aku?). Aku dah beli hadiah untuk diri sendiri dah. Wakakakaka... kete... untuk anniversary, dan katil untuk hadiah hari ibu wahahaha....
Yea kengkawan, aku beli katil. Actually dah plan dari awal tahun nak beli katil dapat duit kutu kali ni. So sebelum duit kutu dengan confirm masuk akaun aku, aku dah order dah katil. Tapi lom bayar abis la... tu kira hadiah HARI IBU dari AKU untuk AKU gak la....
Hari ni? Aku keje macam biasa. Patut ni kena ready sebab kul 2.30 ada presentation kena buat. Pagi ni baru tau.. memang aku tak ready apa pun. Buat je la mana patut. Ok... ada setengah jam lagi nak prepare, got to go. Kena la prepare skit skit.. kang gagap lak aku kang.
Ok ciao...