Tuesday, December 30, 2008

Lagi...

Gasak ko macam lepas dendam je aku ni. Gasak la hehehe...

Aku nak try share video terbaru biha... tak la baru sgt agak2 1-2 minggu lepas la. Masa tu dia baru je 3-4 hari dapat berjalan... masih cam penguin skit la... hahahah...

Sila abaikan background yg bersepah tu... serta suara-suara manja dok acah biha... hahahaha vedio diambil oleh adik aku guna hp je. So kualiti tu pepaham jek la ye...

Entry Pelbagai

Ha'ah selalu aku baca tajuk ni kat blog kengkawan. Kali ni aku plak pinjam tajuk nu... hahahaha

Bukan apa aku rasa sejak dua menjak ni aku memang agak bz skit. Dgn keje. Dengan mende-mende lain. Sampai rumah dok layan anak plak. Anak aku skang dah jalan dah. Belum setahun.... masa dia 10 bulan dia dah mula jalan. Jadi kat rumah memang penuh la masa aku.

Baru-baru ni aku amik cuti panjang. Kalo ikutkan aku cuti sampai 1hb ni. Tahun baru beb. Tapi hari aku dah kensel dah cuti sebab kena dtg keje. Esok tak pasti la... mungkin keje gak la. Weekend ni tetiba da plak bengkel. Aku dah tepon akak aku mintak tolong dia. Kena la tinggal biha kat mama mi lagi. Sian anak aku. Mesti kena buli dgn irfan hehehe...

Ni aku nak share skit la. Masa aku & asben cuti Jumaat lepas kami gi Auto show kat Stadium Putra Bukit Jalil. Masuk RM28 for adult. Cess... tapi tak bape nak best pun... Lama tak bawak biha naik stoller. Dia tak bape gemar. Lagi kalau stroller tu tak gerak.

Tapi hari ni biha tido dari dalam kete. Sampai sana kami sempat ronda biha syok tido dalam stroller. Sampai kami nak keluar baru biha terjaga. Pastu kitaorg lepak2 jap kat luar stadium tu. Ni ada skit gamabr anak aku main tarik2 straw dgn ayah dia.


skang dah pandai sedut air dari straw dah anak aku... kan main suka lagi dia..



biha dok main tarik tarik straw dgn ayah dia

Semalam kan public holiday. Aku ni gatai skit... ajak laki aku gi warehouse sale Habib jewels. Wakakak hajat hati nak tgk2 aje la. Tengok aje... gaji lom masuk. Ada duit lebih skit... nak belikan biha rantai la konon.

Mak oiiii manusia kan main ramai. Sampai aku nak tengok-tengok pun kena selit selit kat celah orang ramai. Tapi dalam pada selit selit tu dapat gak aku test 3-4 rantai tangan. Wahahaha... dah test tu tawar la plak harga kan...

Dah tawar, hahahahha terus bagi kad kredit... zassss dalam sedar tak sedar aku dah pegang beg kertas Habib jewels... dan memegang kupon makan dan menuju ke tempat refreshment untuk makan. Wahahahah aqaq beli gelang dekkkk wahahaha... gasak aku...

Ni la gelang i....

Monday, December 22, 2008

Timberland

Actually aku dah tulis post ni minggu lepas lagi. Tapi tak dpt nak upload gambar. So harini aku try lagi ok...

Last weekend ada warehouse sale kat Timberland. Tak le murah sangat kot... memandangkang rege barang tu originally memang agak di luar kemampuan. Tapi aku layan je la mata... cuci mata orang kata.

Dalam pada cuci-cuci mata tu, sempat gak aku sambar sepasang kasut @50% disc. Wakakaka then pegi for the second time sebab adik aku plak nak carik kasut.

Weekend hari tu ada jom heboh kat Bukit Jalil. Tapi aku memang tak dan la nak jalan-jalan. Sabtu dah la kena keje.

anak aku pun sibuk la jugak tu...


ni la kasut yg aku beli tu.... itam itu menawan

ni plak kasut yg sempat adik aku rembat kat timberland

Friday, December 19, 2008

Sekejapnya masa berlalu

Adoii kejap je aku rasa dah ujung minggu dah. Makin lama makin kejap masa berlalu. Makin tak cukup 24 jam yang Allah bagi.

Aku baru selesai buat 3 dokumen for presentation esok. So.... lega banyak aku rasa. Fuh... fuh... tinggal presentation esok. Hopefully tak de la cekadak sgt depa ni.

Schedule next two weeks dah buat dah pagi tadi. TIGHT!! gile tight aku cakap. Planning aku nak cuti-cuti mesia kat rumah nampak gaya ada yang aku kena lupakan la.

Adeeei malas la cakap pasal keje.

Biha skang dah pandai jalan. Agak laju gak la dia jalan. Walaupun gaya-gaya penguin tu masih ada lagi. Tapi makin laju dan cargas anak mama. Skang pun pantang lepa.... panjat tangga tu. Hari tu, aku gi dapur. Terlupa yang pagar kat tangga tu tak tutup.


Tengah basuh pinggan, senyappppp je budak tu. Rupanya tgh sedap dok panjat tangga.


Friday, December 12, 2008

Pecah berderai

Pepagi tadi aku dah bengang kat kesengalan aku sendiri. Pagi tadi dah la terlambat nak gi keje. Jadi aku buat keputusan, aku tak gi opis la. Aku gi Radicare jek la. Buleh tolong-tolong buat testing.

Tapi... pagi tadi tak seindah yang aku sangka. Ecehhh... tengah aku gosok-gosok idung sebab gatal. Asyik bersin je pagi tadi (ada resdung ke aku nih?). Sambil le aku angkat plastik Watson berisi deodorant dan ubat gigi yang aku baru beli, dan sebelah lagi tangan dok pegang segala macam mende lain la.

Baru aku melangkah ke dapur. Tetiba.. prang!!! Abis jatuh deodorant aku ke lantai. Lebih malang, deodorant botol kaca tu pecah berderai ke lantai. Bye bye la RM6.92 tu. Adoiii!!!

Malang sungguh pepagi ni. Terpaksa la aku amik masa kutip2 kaca dulu. Pastu lap pulak lantai... make sure tak de kaca tertinggal. Pastu lap lagi dgn air plak sebab kalo tak melekit la.... Pastu sapu plak...

Siap semua... uwaaaa 9.45 pagi. Makin lambat la aku nak gi keje. uwaaaa.....

Thursday, December 11, 2008

Cess cess

Aku baru je basuh kete tau tadi.
Dengan niat murni... aku basuh la kete. Dah berkepuk dah debu kat kete tu.

Tadi kul 3 pm aku amik kete... pergh berkilat kete aku.
Kuar gi lunch... lambat skit.
Balik opis, parking kat luar je.
Ala... dah nak balik pun nanti.

Sekarang?
Hujan dah kat luar tu.
Lebat gak aku dengar dari opis ni.

Kete aku?
Ada kat bawah tu... konpem kena hujan.
Huarghahaha....

Lamanya

Aduiiihhh lama sungguh tak update blog. Ada la jenguk-jenguk. Ada gak la 2-3 kali try nak update guna hp... tapi baru taip sikit asik tertekan Back je... abis semua. Jari bosar kot... wakakakaka

Aku cuti sekolah, Kiah dan Bedah pun cuti sekolah gak.... Adoooiiii... kiah tu dah sampai Sydney ke. Senyap je... blog pun tak update.

Aku ni skang bz skit. Kejap ke hulu kejap ke hilir. Ada mende nak update sampai dah basi dah citer-citer tu. Jadi tak yah la aku update citer basi ek wakakakaka...

Citer skang... aku skang dok layan 2 Days 1 Night - Korean variety show. Hahahaha... adik aku cakap aku addicted. Tapi tak le sangat. Aku layannnn je.... baru le aku rajin bukak you tube. Kalau tak malas beb...