Monday, December 28, 2009

Cik Nur dah kawin....

Cerita ni dah agak bau-bau masam nak basi la. Tapi aku nak letak jugak kenangan kat blog ni. Tanggal 26-Disember-2009... dengan sekali lafaz, selamat dah Nur diijabkabulkan dengan Azreny. Majlis berjalan lancar. Meriah.

Khemah bersepah-sepah (punya la tak cukup tempat nak buh khemah... hihihihi)

Tetamu pun ramai yang hadir. Enjoys photo ok...

cik nur... harap bersabar ye... kami tau cik nur lapar hihihihi

2 orang dayang yang rajin... neehad & zahra

'wakil rakyat' yang datang melawat kawasan hari tu hahahahaha...

sementara menunggu majlis pernikahan, kami posing2 la bawah rumah nenek

pengantin sedang khusyuk menonton tarian zapin...

Sangat cute tengok budak-budak ni menari. Walaupun hujan gerimis, kami tetap redahhhhh. Itu pasal balik KL suda demam daaaa....

ni sederet kecil aje sepupu dan anak sedara sepupu.. yg berbaju melayu tu adalah tuan rumah yang poyo hihihihi

pengantin dah abis posing, kami la take turn posing plak


Thursday, December 24, 2009

hello.... hello... where are u?

I think i'm losing myself....

I think... i need time to heal...

I think... i think too much...

I think.. i should stop thinking....

Yeah!! Stop thinking too much. It just gonna spoil me. FULL STOP!

Huuhuhu.. tadi kat opis... dapat email dari Hasnol (credit to Hasnol yg tolong forward email ni... and made me laugh hahahahaha)... cuba korang nih:

> This is hysterical. You have to try this. It is absolutely true. I guess there are some things that the brain cannot handle..

HOW SMART IS YOUR RIGHT FOOT ?

> You have to try this please, it takes 2 seconds. I could not believe this! It is from an orthopaedic surgeon…………

>This will confuse your mind and you will keep trying over and over again to see if you can outsmart your foot, but you can’t. It is pre-programmed in your brain!

1. While sitting at your desk in front of your computer,lift your right foot off the floor and make clockwise circles.

2. Now, while doing this, draw the number ‘6′ in the air with your right hand. Your foot will change direction.

Cuba... cuba... tengok leh buat tak. Tak leh ngelat tau buat no 6 terbalik ke... buat dari dalam ke... DO IT RIGHT ok... see if u can... Kalau boleh, i salute u laaaa......

Wednesday, December 23, 2009

dah kena sound dah...

Sebab lama tak jenguk ko lah, tak pasal-pasal Kiah sound aku.

Tapi bila aku fikir sendiri. Hmmm... memang agak lama aku tak update kat blog ni. Last entry 7-Dec?? Hahaha.. lama... lama...

Bz? Memang aqaq bz dek.... dah keje makan gaji. Kang kalo asik update blog jek, nampak macam la free sangat.

Kiah kata aku sentap tak abis. Hahahaha... *kalo kat YM aku guna ikon gelak tergolek-golek* Tak delah macam tu. Tapi sipi-sipi tu ada Kiah. Dah beberapa kali aku cuba update blog ni. Tapi bila nak taip sikit jek, aku mati akal.... Hilang idea... Tak jumpa jalan balik...

Sekarang aku dah OK. Cuma mood nak stori mori kat blog masih lemau. Lupa nak guna tupperware... aku pakai tapauware yg beli kat kedai RM2 tu. Aduuusss...

Monday, December 07, 2009

aku ke yang sentap?

Hahaha... otak aku biul 1-2 hari ni. Mungkin akan berlanjutan 1-2 hari lagi.

Punca? Aku tak berapa sihat & aku penat giler. Weekend yang pendek aku rasa sangat panjang dengan agenda-agenda keluarga. Ye betul!! Memang weekend sepatutnya masa untuk istirehat. Tapi kewajipan kepada keluarga pun aku kena tunaikan.

Hari sabtu kami sekeluarga (3 family) ke Bagan Serai, Perak. Rumah saudara. Ada jemputan walimatul urus. Aku rasa aku perlu ikut sama. Sebab kali terakhir aku ke sana tahun 1993. Giler lama aku tak pergi.

Balik dari Perak, terus lepak rumah kakak kat Seremban. Malam tu semua adik-beradik aku turun Seremban. Kumpul adik beradik. Lama sungguh tak kumpul ramai macam ni. Masa balik kg time raya haji tu, akak aku sorang tak de.

Semalam, kami semua buat rombongan ke Putrajaya. Singgah makan kat Bangi. Terus ke Putrajaya. Naik cruise. Lepas tu singgah Masjid Besi, solat asar kat sana. Balik dari Putrajaya, hujan lebat giler.

Jadi.... sememangnya aku penat. Dengan tekak yg masih gatal. Batuk yang malu-malu kucing nak keluar. Dengan suara yang ala-ala Ramli Sarip tak jadi.

Hmm hari ni pulak, tengahari berkejar balik rumah kejap sebab ada orang nak pasang streamyx. Lepas dia pasang tu, aku test la. Senang jek test.... aku hantar sedas entry testing kat kotak cekelat.

Ohh.. dah masuk dah entry aku. Puas hati. Sidai kain kejap... terus balik ke opis.

Eh.... ada pulak yang hantar comment poyo. Eh... sukati aku la nak test lagu mana, betul tak? Aku nak test guna blog ke... facebook ke... upload ke... donlod ke... salah ke?

Errr... sapa tu? Harap maaf ye sebab otak saya yang agak biul sejak semalam. Dengan tekak yang umpama ada ulat bulu merayap-rayap.... aku telah men'delete' komen anda.

Kenapa? Mungkin sebab aku sentap kot.... hahahahhaa poyo... mende macam tu pun aku nak sentap.

Testing testing...

Bawah...
Line clearrrrrrr.....

Naik atas plak.
Tutup pintu.
Bukak website, test lagi...
test post... test upload gambar...
Line clear....

yeay!! Dah buleh bersiaran lebih CLEAR.
yeay!!

Friday, December 04, 2009

alahaiiii astro

Sebelum aku pecah kepala nak start kerja. (aku ni pekerja dedikasi tau... walaupunnnn.... hihihihihi) Ni ha lah... malam tadi poyo gigih update blog buleh lupa kisah astro dan gadis astro.

Aku kan cuti raa haji kan lama. Hari isnin, hari terakhir aku cuti tu, dekat-dekat tengahari sikit asben call. Ingat ke nak lepas rindu kan.. yelah aku kan jauh di kampung... cewah.

"Yang, dekoder astro terbakar."

"Hah!! Apa dia??" Betul ke pendengaran telinga aku ni kan? Alamak... bukan 1st time aku dengar kes dekoder astro terbakar ni. Tapi 1st la aku alami... tv aku cemana? DVD player Sony aku yg baru dapat free tu cemana? Haishhhh... memacam kat fikiran aku ni.

"DEKODER ASTRO TERBAKAR" asben aku cakap lagi sekali.

"Cemana leh jadi macam tu?" Haisssshhh ni petanda nak perabih duit ni. Alalalalalalalala....

"Entah lah.. abang bukak tv macam biasa je tadi. Pastu bukak la astro. Tetiba astro padam. Pastu macam bau asap kat dalam kabinet tv tu. Pastu abang tutup la suis... bla bla bla bla..." Memacam la asben aku explain kan. Aku dah mula garu kepala yang tak berapa gatal tu.

"Hmm.. tak pe lah, nanti balik KL tengok."

Hati tak tenteram. Fikiran tak tenang. Aduuhhhh cemana kalo tak de astro ni. Aku ni dah la memang semedang jek bukak tv kat rumah tu. dari celik mata sampai la mata dah tutup, tv & astro la teman aku.

Aku bukak website astro, capai phone, aku dail 1300-82-3838. Tak de yang angkat. Wei... customer service pun cuti raya tak 'hingat donia' macam aku ke?

Mundar mandir depan komputer. Biha? Biar la Huda layan dia. Capai lagi telefon, dail lagi 1300-82-3838. Terus ke operator. Haaa... dapat pun.

"Saya nak buat pertanyaan pasal dekoder astro. Dekoder astro saya terbakar kat rumah tu. Cemana ek?"

"Puan ada kat depan astro ke?"

"Tak... asben saya yg bagitau. Saya kat kampung ni."

"Nanti puan ada depan astro, puan telefon kami balik."

"Eh jap.. gini lah asben saya cakap memang dekoder astro tu dah berasap dah. Dia dah try on tak buleh. Cenggini la... saya nak tanya.."

"Seeloknya puan ada depan dekoder tu. Boleh saya bantu."

"Dik, kita kira kalau la worst case scenario kan.... dekoder tu memang dah kong. Tak leh pakai... so camana? Berapa lama masa ambil..."

"Puan.." dan gadis astro itu terus memotong cakap aku. Agaknya ada lah 2-3 kali aku try nak explain apa aku nak tau. Tapi dok potong line. Eh eh eh... ni saja la bikin panas hati ni kan. Aku pun tinggi la suara.

"Cuba lah awak dengar dulu apa saya nak tanya. Kalau awak tak dengar apa saya nak tanya, macamana awak nak bantu saya? Saya nak tanya..." ~ ni nada aku dah mula keras.

"Apa puan nak tanya?" Eh... potong lagi cakap aku ek.

"DIKKKK boleh tak awak dengar dulu apa saya nak explain. Awak ni customer service kan? Saya ni customer kan? Kalau awak tak mau dengar apa saya nak cakap, macamana awak nak explain kat saya. Saya nak tau lepas technician awak datang, then berapa lama agak-agak boleh settle. Paling lama la.... Pastu berapa anggaran yang saya kena bayar, sekiranya it happen to be the worst case scenario."

"Itu saja puan nak tanya?" adoooiiii memang tak reti sopan la budak pompuan ni. Pastu dia suruh aku hold.

Lepas ni memacam lagi la kan. Dia bagi gak jawapan apa aku tanya tapi sungguh la tidak memuaskan hati aku. Aku tengok jam, aku tanya nama dia. Oh ya... nama dia aku masih ingat tau "AS".

Aku bukak website astro. Aku masukkan komplen la.

"Spoken to customer service (named AS at 12.16noon today) for some technical support. She did not LISTEN properly to what being asked and not keep on cutting... bla bla bla... customer service represents the company and should be POLITE... bla bla bla...."

Hamik ko!!!

Tak sampai sejam, dah dapat call dari astro. Kali ni yang bercakap seorang customer service (bahagian technical service, an indian guy. tak salah aku nama dia Yogan) who is very very helpful and attentive.

Aku salute la kat dia. Sangat la membantu. Hari Selasa tengahari contractor datang. Tukar motherboard kat dekoder tu. Pastu panjat kat bumbung betulkan kuali tu skit. Dah settle. RM50 je ko. Hahahaha.... Pastu mamat Yogan ni telefon balik untuk pastikan semua dah settle.

Tu laa... pengajaran... kalau berkhidmat direct dengan customer, bersopan santun la ok. Kita memang ada masalah kita... tapi masalah kita tu, orang lain tau ke? Jadilah pendengar yang attentive pada customer dan memberi khidmat yang terbaik.

Hahahhaa... pengajaran ni untuk aku gak. Aku pun tak le se'gah' mana. Masih banyak perlu aku pelajari....

Sakan balik cuti raya haji

Ni la sikit gambar aku himpit-himpit bagi cramp skit. Gambar di ambil masa kat BP Mall, ada kat Jusco Tebrau... ada kat dapur rumah... hihihi...

Memang haritu sakan la aku cuti raya haji. Tak hingat donia (bak kata kiah la...) Memang seronok beb cuti panjang. Ala... raya nya tak la meriah mana pun. Lagi pun tahun ni tak de buat korban pun. Tapi buleh la... layan masa dengan family je. Asben tak cuti... jadi aku balik dengan Eya jek la.

3 gambar yang atas ni gambar Biha, Huda & Fatimah masa kat BP Mall. Ada plak merry go round kecit ni.... memula Biha takut nak naik. Tapi lepas dah naik, tak mau turun pulak...
3 gambar bawah kat BP Mall jugak. Kalau perasan baju Biha berbezakan? Sebab kami pergi BP Mall tu 3 kali. Kakakakakka... kemaruk kemaruk...


ni la Haliff yang makin comel. Geram sungguh tengok muka Haliff. Senyum lebar bukan mainnnnn.... Dah nampak lain sikit kan dari muka abah dia... hahahaha....

At last... farewell huda

Ni la sikit... nak mencacap gambar (kiah... pinjam ayat ko ek....). Masa ni sebelum cuti raya haji. Kami makan-makan sikit sempena farewell huda & yana. Thanks to mak yana yang masakkan kami nasik ayam yang lazzzaaatttt....

Huda & Yana yang belanja kami semua makan nasik ayam. Best best!

Buat Huda... be good at your new place ok. Jangan lupa kami di sini...

Makan.... beratur ambil makanan... makan lagi... posinngggg....

Minah-minah ni memang kuat posing. Pantang je hala kamera.... aku? erk!! aku pun kadang dah terjangkit sama... kui kui kui...

ni masa kami bagi huda hadiah kenang-kenangan dari kami.... huhuhu mula-mula sampaikan hadiah... pastu suh huda bukak hadia... pastu pakaikan... tadaaaa... harap huda gembira dengan hadiah tak seberapa itu...



Thursday, December 03, 2009

aku tension...

Adoii la... macam nak pecah kepala ni. Macam-macam aku nak report kat kotak cekelat ni. Tapi aqaq bz dek. Kang update time keje, macam tak de keje plak. Pergh!!!....

Malam-malam pulak, sejak tak de broadband ni, 3G celcom aku pun macam merajuk je. Tak mau connect plak. Aku rasa nak pecahkan jek modem. Tapi sebab, modem itu adalah handphone 'kesayangan' yang aku baru jek beli.... beli casing jek... hihihi jadi tak leh la kasi pecah. Jadi, kat rumah pun aku tak leh bersiaran.

Adoooiiii.... macam-macam beb berita terkini.

Pasal cerita balik kampung.. hahahaha boring? Ada aku kisah? Blog aku, sukati la aku nak cerita apa, kan? Banyak gambar-gambar Biha aku nak upload ni. Yelah... yelah... kamera baru beb. Takkan aku tak mau amik gambar pulak kan?

Pasal farewell party Huda. Sob sob sob... huda dah tak de.... *tak leh cakap lelebih nnt huda baca blog, dia perasan plak*

Lain kali la aku update ek. Kalau berkesempatan, aku buat entry 'CACA MERBA' hahahha.... kalau tak sempat, cerita dah basi sangat, aku lego jek la. Tak yah la cerita.

Adeehhhh rindu la... rindu nak stori mori kat blog macam dulu. Sekarang ni, masa sungguh mencemburui aku... cewahhhh....

Monday, November 23, 2009

macam-macam ada

Hari Sabtu lepas berlangsung la hari anugerah bintang hatiku anjuran nurseri Biha. Memula katanya Biha masuk menari. Tapi sebab bila depan orang Biha jadi takut. Kakakakak tau gak takut rupanya. Jadi diaorang suh je pakai cantik-cantik pastu buat ala-ala fashion show la.

Ni masa tengah sibuk-sibuk pakaikan biha baju. Nak susu la plak.

Ni masa majlis, biha & ayah tengah layan tengok budak-budak lain menari.

lamanya nak tunggu makan... biha dah lepak sambil isap jari...

ni budak-budak 2-3 tahun menari lagu chicken... ala kiutttttt gileeeerrrrr...

ni pulak budak-budak besar sikit... 5-7 tahun tengah menari lagu dhoom.
Semalam kami ke Seremban sebab akak aku semua kumpul kat sana. Kami layan je la. Baru nak gerak, akak aku cakap, tunggu kat Jusco Seremban. Hahaha.... sampai sana ada la astro buat show. Ada kumpulan XN3. Pastu katanya ada Aril. Tapi kitaorang tak tunggu la. Layan jek la budak2 ni makan fries kat situ.

Oh ye.... semalam, sebelum gerak ke Seremban, kitaorang singgah Jusco Equine dulu. Beli susu Biha dulu. Masa tu ada promo streamyx. Oleh kerana Eya dah terminate dah Maxis broadband dia, so aku pun register la streamyx.

Habis je register derang kata ada lucky draw. Hahaha layan je lah. Asben tanya apa hadiah? Dia kata digital kamera, dvd player, mp4 player, microwave & thumbdrive. Hahaha.. mesti la dapat thumbdriva la kan. Sekali cabut... jeng jeng jeng... dvd player. Kakaka...

Terus bagi tau tak. Macam tak caya. kekekeke.... Balik rumah malam tadi, asben bukak. SONY DVD Player.

Wednesday, November 18, 2009

Gadget Baru

Hmmm dah lama berangan... Dah lama mengidam. Makan tahun gak la mengidam. Bila saya kata nak beli... asben kata tak yah. Lama-lama lalalalala... aku tangkap gak la...

Dulu aku plan nak 'tangkap' yang lain. Tapi bila fikir punya fikir. Oh Bihaaaa..... kang dia hempas? Haru tak haru?

Lagi pulak bulan 1 ni kan nak gi Sabah. Hari ni dengan cekal hati... jeng jeng jeng ... tadaaaaa



Sebijik la kaler kat atas tu. Dia ada kaler biru, oren & kuning. Tapi aku macam bosan la kaler biru. Kaler kuning tu macam agak mengancam skit la.

Lalalalaa.... pasni buleh la saya snap gambar saya & biha lagi. Best best!!

Nak tengah review dia? Sini jek la ok. Malas paste la. Macam poyo jek kalo paste sini.

dari pandangan atas

dari pandangan belakang

Tuesday, November 17, 2009

Lepak Santai-santai @ Tiara Beach Resort PD

Last weekend, kami team SMP-UPM lepak santai-santai kat Tiara Beach Resort, PD.

La ni tak dan la nak report kan... (akak bz okay...) kita enjoy pics je dulu ok. Pics ada yg hasil ihsan Sha, Sue, Ain & Aizal. Yang lain ambil dari hp saja. Saya tak bawa kamera pun.
Ok... oleh kerana hari ni internet bengong, tak leh masuk sistem, tak leh buat testing. Ambil la sikit masa ni load sikit gambar dan cerita.
14 & 15-Nov-2009 yang lepas kami team SMP-UPM bersantai lepak-lepak ke PD. Pergi masing-masing la. Aku plak pergi dgn Biha & Eya, sebab asben keje. Tu pun lambat baru gerak, sebab tunggu Eya balik dating hihihi...
Sampai TBR, dah petang la. Masa tu gerimis. Hati nak masuk kolam ni. Bukan la pandai berenang pun, cuma excited nak bawak Biha main air jek. Tapi petang tu kitaorg turun gak, nasib baik dah tak hujan. Pakaikan Biha swimming suit... hihihi ala tomelnya anak mama...
Malam tu ada BBQ. Tapi kami dah bayar semua kat TBR jadi tak de la kami susah-susah nak bakar. Kami makan aje. Dah kata, weekend getaway untuk santai-santai. TQ to Shah, Aizal, Marlina, Ecah yang tolong organize our weekend getaway.

Lepas tu ada la aktiviti sikit. Acara pun semua berkait dengan makan jek. Hahahaha.... pastu ada cabutan bertuah. Hadiah? Pun makanan gak. Perghhh ada yang dah macam kedai runcit dah naik bilik dengan segala macam jajan.
Esoknya pun kitaorg turun kolam lagi. Pastu ayah biha pun sampai... yeay! Tunggu la ayah biha siap... Biha dah gigil-gigil. Tapi layan gak... hihihi... next time kita pegi lagi ok biha...

mari gambar beramai-ramai

tengah tunggu lucky draw...

Bersedia untuk pertandingan makan sate.... dan pemenangnyaaaaaa...... asben kak suzana

bos tengah berucap.... biha pun berucap sama gak...

wahhh sedap ye berendam dalam kolam. esok jangan sakit badan pulak... demo dah berderet-deret menunggu...


bagi chance la depa ni posing maut...

wah syiiioooookkkkk main air yeeeee

alamak cekci plak anak mama pakai swimming suitttt... mama tak leh pakai... SEKSAAAA huargahahahaha

shejukkk shejukkkk

biha yang excited ke mama biha?


cik eya pun excited gak nih.... biha biha peaceeeeee jangan skodeng anak orang lain ok

Thursday, November 12, 2009

cari jodoh? ...dah dapat?

Gilo ko letak lirik lagu ni kat sini? Korang carik la ek video lagu nih. Paling best kalau korang dapat video yg ala-ala cerita hindustan tu.. kakakakak sungguh kelakar sekali.

Untuk KIAH... sila la layan lagu ni ye. Aku tau ko mesti suka tahap cipan.


CARI JODOH - WALI BAND
~lirik, credit to asyanas~

Apa salahku apa salah ibuku
Hidupku dirundung pilu
Tak ada yang mau dan menginginkan aku
Tuk jadi pengobat pilu
Tuk jadi penawar rindu
Tuk jadi kekasih hatiku

*Timur ke barat selatan ke utara
Tak juga aku berjumpa
Dari musim duren hingga musim rambutan
Tak kunjung aku dapatkan
Tak jua aku temukan
Oh tuhan inikah cobaan

**Ibu-ibu bapak-bapak
Siapa yang punya anak
Bilang aku aku yang tengah malu
Sama teman-temanku
Karna cuma diriku yang tak laku-laku

***Pengumuman-pengumuman
Siapa yang mau bantu
Tolong aku kasihani aku
Tolong carikan diriku kekasih hatiku
Siapa yang mau

Back to *, **, ***

Ibu bapak punya anak
Bilang-bilang aku aku yang tengah malu
Sama teman-temanku
Karna cuma diriku yang tak laku-laku
Back to ***

Monday, November 09, 2009

hmm... mari berfikir

......
....
...
..
.
atas sebab-sebab peribadi entry ini terpaksa saya pindahkan...
harap maklum
.
..
...
....
......

Tuesday, November 03, 2009

besday JC

01.11.2009 yang lepas aku ke rumah temah a.k.a red kat Cheras sempena besday JC yang ke 6. Aku pun tak pernah gi rumah dak temah ni. Jadi lepas planning-planning dengan Kiah... kitaorang pun muncul. Memula Kiah kata nak datang lambat sikit, sebab nak tolong temah kemas-kemas basuh pinggan hahahaha... tapi last-last kitaorang percepatkan lah.
Oh ye... kerana sibuk dok fikir cemana aku nak ke rumah ReD, aku terlupa wedding opismate aku pada hari yang sama. Buat Zuraida & suami... maaf ye. Harap majlis perkahwinan korang meriah.... dan perkahwinan berkekalan selamanya....
Gambar-gambar kat bawah ni aku songlap dari FB Kiah & Temah... hihihi tq ye...

ni la majlis ReD yang meriah. ReD dah macam pengawas sekolah dah aku tengok hihihi...

anak aku cam biasalah.... dak khalim dok sibuk ambik gambar anak aku... macam besday biha la plak...





aku & biha yang mengikut tema ReD haritu... putih & pink.... dengan aku-aku sekali pakai putih & pink tau tak.....


aku & kiah yang sibuk bergambar. kiah tak ikut tema pun cessss.... errr... mana mata biha? hihihihi



Monday, October 26, 2009

cerita weekend

Sebenarnya tak de apa-apa yang menarik pun. Hari Sabtu, tinggal saya dengan Biha jek. Asben keje. Pukul 4 pagi dia dah masuk kerja. Saya masih sedap diulit tidur lagi masa tu... macam sedar-tak sedar je masa dia cakap dia gi kerja dulu... ok laling.... selamat berjuang... fighting!!

Eya pulak macam biasa, dating la.... gi wedding la.. pastu ada la program-program lain.

End up, Sabtu lepas saya bawak Biha ke Giant aje. Plan nya lepas makan, nak beli susu & pampers Biha. Baru je sampai makanan, Biha tak mau makan. Sibuk ajak turun. Adeii... Biha, mama lapar tau. Saya buat dek je. Sempat la saya suap nasik 4-5 suap. Pastu tak lalu dah. Aiseh... dah la nasik goreng mahal lak tu....

Ish.. pastu bawak Biha gi tingkat 4. Ada playground. Wah... apa lagi best la Biha. Panjat sana. Panjat sini. Saya bagi chance la.... sukati la anak....

Last-last stop sebab ada sorang budak lelaki ni, dalam 2 tahun kot, gi debik anak saya. Eh eh.. spontan saya jerit... eh... apsal pukul anak saya? Haaa... amik ko.

Biha plak menjerit kesakitan. Biha ni plak jenis dia, kalau tak sakit, dia tak nangis. Tu mesti la sakit kan... Lantak la mak dia nak cakap apa kan? Yang dia tak jaga anak dia tu apsal. Mentang-mentang anak lelaki sukati jek kan... debik anak dara saya.... perghhhh... marah ni.. marah...

Hari ni.. (Ahad), asben dapat cuti. Memula plan nak ke Sg Buluh then nak ke PJ. Last-last kensel semua. Gi Bangi jek. Asben kata nak tukar player kereta. Saya pun bagi chance la. Lama dah dia tak layan kereta dia tu. Saya sponsor la separuh hahahaha.. separuh jek la. Sebab saya ada plan lain....

Jadi sekarang hubby tengah melaram jenjalan dengan kengkawan dia... sambil pasang player baru dalam kereta dia.

Thursday, October 22, 2009

tiup asap

Fuhh... fuhhhhh...
fuuuuuhhhhhhhhhh.......... tiup asap kat kepala.

Bila terbakar?
Semalam. Nasib baik tak hangus.
Hari ni tinggal asap je la....

Betul ke terbakar?
Alaaa.. kiasan la...

Sekarang?
Masih ada asap-asap sikit. Tengah tunggu turn untuk demo. Sempat ke abis?
Jawapan : ENTAH, asyik standby je.

mood : boring & berasap

Wednesday, October 14, 2009

kepala ku berat

Kepala berat, otak lembab, mata tak boleh nak bukak. Ni semua gejala tak dapat tido lena malam tadi. Hampir jam 4.30 pagi baru aku dapat lelap mata. Tu pun 6.45am aku dah terjaga.

Lepas mandi-manda.... hantar Biha ke nurseri, aku ke opis dengan semangat waja. 'Hari ni aku mesti siapkan apa yang aku plan nak buat. Malam ni ada demo. Chaiyo!!!'

Tapi tu semangat pagi tadi. Sekarang ni, semangat tu makin pudar. Macam suasana kat opis yang senyap ni. Kepala aku makin berat.... Otak makin tak boleh nak berfikir dengan waras....

Mata? Tok sah tanya la khabar mata.... Mata aku dah nampak bayang bantal je. Lantai opis yang berdebu dan busuk ni pun aku dah nampak macam katil yang empuk berlapik comforter, bagai memanggil-manggil aku untuk beradu....

Adooiii tahan la mata... Sabar la kepala otak.... Aku masih ada banyak kerja.

Sungguh! Aku kena bertahan sampai malam nanti. Larat ke? Malam ni ada demo... sib baik aku dah minta Sha yang buat sebab aku kena bawak Biha sekali. Tapi aku pun kena standby kan? Kerjasama la mata.... bantulah aku kepala.....

Fuhhh.... aku kalah. Aku perlu lelap sekejap. Aku rasa kalau aku dapat lelap 5 minit jadi la. Bagi kepala aku kembali waras. Supaya aku dapat kembali berfikir dengan jelas....

zzzzzzzz..............

Monday, October 12, 2009

TAHNIAH Eya & Suen!!!

10.10.09 selamatlah akhirnya majlis pertunangan Eya & Suen. Eya, adik aku yang bongsu.. dah dapat jodohnya dan makin hampir menuju ke jinjang pelamin. Insya Allah kalau tak de aral, tahun depan berlangsung la lagi sekali majlis besar kat rumah kami.
Maaflah gambar tak banyak. Ni pun ihsan dari Suen sendiri... ambil dari FB suen... (songlap eh Suen...). Gambar kat kamera Abg Long & Abag Ipin lupa nak ambil...

majlis pertunangan eya dan suen yang berlangsung kat Muar. Alhamdulillah akhirnya..... akhirnya sorang ni je la dapat orang Johor... hahahaha...

macam biasalah... kami yang hantar rombongan ni.. berdiri.. susun susun sikit & ambil gambar. Eh? Mana aku ni? Aiseh.. aku dok belakang plak.

"Apa kata kita kahwin kan je la budak 2 orang ni? Sedara mara adik beradik, wali, saksi semua dah ada ni."
" Saya setuju sangat la Tuan Haji... senang ceritakan? Balai makan pun dah ada... saya memang sokong"

ni la rombongan kami. makcik-makcik semua dah sakit kaki la.. sakit lutut la... duduk atas kerusi hihihi.. dari kiri, tu la maklong aku (akak kepada arwah mak), sebelah dia aunty tina (adik ipar mak), Aunty opi (adik mak paling bongsu), yang pakai spek hitam tu Umi Hajar (adik mak), yang duduk tunduk tu Aunty Amah (adik mak gak), belakang sikit terselit tu Iba (anak aunty opi yang bongsu), pastu Wak Niah (ni kakak arwah abah), sebelahnya Kak Ida (kakak sulung aku), pastu Huda, Biha dan belakang sikit tu Irfan...

baru le ada gambar aku. eh!!! ha'ah.. eya pun masuk sekali... tak malu kakakakakaka...

berdebar-debar suen menunggu saat disarungkan cincin ke jari... (psss.. santek tak hantaran tu... i la buat... kakakakakakakaka... perasan sungguh...)

dah selamat... suen... welcome to our family yaaa.... "Lega.. lega dah selamat..."

suen, maklong & Kak ida lepas selamat bergelar tunangan Eya

ala... santeknya cincin... tu pilihan Eya sendiri... sedang elok je terletak kat jari suen...

eya.. ngantuk ke? menguap eh? tak sesuai sungguuuuhhhh...
"Syukur... dah 'ikat' suen dah... pasni sakit kepala la.. mana nak fikirkan kahwin, nak fikir rumah sewa.. nak fikir itu, nak plan ini.. Adoi!! Botak la kepala aku ni!"
Aik! Ni sorang lagi? Khusyuk ke tido? Lain macam je dia punya tunduk.

mari kita bergambar.... dari kiri, Aunty Tina, Wak Niah, aku la..., suen, kak Ida & Fatiah
ehem... pasan tak barang hantaran tu... alahai... aku rasa best sungguh sebab dapat buat kaler yg soft macam ni....

bakal pengantin baru
~ ISKANDAR & SUHANA ~
tahniah... semoga ke jinjang pelamin...
aku & suen...