Tanggal 26 Mei 2012, group 'foya-foya' kami menjejak kaki ke Bandung (lagi???) hehehe... Group 'foya-foya' tu siapa? Group kali ni terdiri dari ibu nya Sabrina dan anak-anaknya aku (dan family... ye.. kali ni akak bawak family ye....), Ida, Ruby, Wawa & company (Ulai & Zura), Kak Mazia & Kak Su.
Ini kali ke-3 aku ke Bandung. Tapi yang istimewa dengan trip kali ni, kami terus ke Bandung. Tak de jengah-jengan Jakarta la... cilok-cilok Punchak la... Tak de ye. Direct Bandung.
Flight dari LCCT jam 6.45pg. Flight delay sikit la. Tapi jam 8pagi (waktu Indonesia) kami dah jejak kaki ke Bandung. Yeay!! FO oh FO... akak dah datang....
Sampai airport Bandung (kecik gilo woooo airport dia), bergasak la penumpang semua ambil gambar sampai kena sound dengan bapak-bapak kat sana, baru la mencicit memasing nak cek imigresen.
Dari airport, kami terus ke Cherry Homes Residence. Tak boleh cek in lagi. Sebab masih awal pagi, jadi kami tinggal beg segala bagai. Terus keluar. Tak sabar-sabar nak shopping ni.
Jom ke Pasar Baru!!! Park jauh sikit, dan kami berdondong-dondong la kami berjalan ke Pasar Baru. Panas tak rasa weh... mata dok pandang Pasar Bar u je...
Lepas seronok perabih duit kat sini. Sedar tak sedar banyak juga kami belanja kat sini, dah agak kesiangan dah. Then Pak Dadang bawak kami ke makan petang kat salah satu restoran Sunda. Kami anak beranak dah makan, jadi tak le makan lagi. Cuma minum je.
Lepas semua dah kenyang, kami ke FO.... hoyeh!! hoyeh!!!
Dari satu outlet ke satu outlet kami menapak. Aku suka giler.... sebab my laling asben tunggu Biha yang dah tertidur kepenatan. Dapat la akak window shopping sambil cuci mata, cuci wallet hehehehe...
Lepas dompet dah makin menipis, kami minta Pak Dadang bawak kami makan tempat yang murah-murah je. Yang sederhana je pak sebab wallet kami dah menipis. Betul-betul Pak Dadang bawak kami dinner masakan padang kat Restoran Sederhana miahahahahaaa....
Balik dari dinner, kami semula ke Cherry Homes, check in (baru nak check in???) dan tido. Penat sehhhh...
DAY 2 - 27 Mei 2012
Hari kedua di Bandung, bermula seawal pagi. Lepas breakfast, kami berkumpul dan tuju ke Tangkuban Perahu. Kali ke tiga jejak ke Bandung, baru le first time aku sampai ke sini.
Cuaca kat sini sejuk..... sedap sedap je cuaca dia. Aku suka. Yang tak berapa suka sebab turun je coach, dah kena kerumun dengan aggresive sellers. Tapi pengalaman kat Bali lagi hectic. Aggresive sellers kat sini, not as aggressive as the one in Bali.
Dari Tangkuban Perahu, kami ke Kampung Daun untuk lunch. Dulu aku dengar nama ke Kampung Daun ni, rupanya sangat best kat sini. Makan sedap... tapi mahal la beb!! Nasib baik sekali je makan kat sini.
Kat sini kami berpeluang tengok macamana buat Kerak Telur. Nampak macam tak best je. Kerak pun orang makan kan? Tapi sedap woooo.... (courtesy of Kak Mazia, ni la gambar cemana Kerak Telur ni dibuat).
Dari Kampung Daun, kami terus ke FO. Hoyehhhh!!!!!!! Shopping time yo! Tak yah la citer pasal shopping ni kan? Boring la korang baca. Akak yang shopping je rasa seronok. Tu seronok sebelum tengok compet yang makin tipis dan tipis.
Habis shopping for day 2, kami dinner kat Baso Malang restoran. Dah kenyang? Jom balik hotel dan tido. There's another day tomorrow.
DAY 3 - 28 Mei 2012
Hari ke-3, masa untuk ke Trans Studio. Tapi oleh kerana Trans Studio bukak lewat sikit, kami singgah Pasar Baru dulu. Sempat eh...... then baru kami ke Trans Studio.
With high expectation kami ke sini. Letak plak bench mark dengan USS. Tapi hampeh la. Sesapa nak pegi, just letak bench mark as Berjaya Time Square aje ye. Sebab Trans Studio ni macam kat Berjaya Time Square aje with more rides.
The only best thing adalah 4D ride Marvel Superheros The Rides. Memang marvellous la yang ni huhuhu....
Kami layan Science Centre and a few rides. Biha sangat suka kat Science Centre ni. Lain kali kita boleh ke Pusat Sains KL ok laling.
Habis kat Trans Studio, kami ke FO lagi.... yuhuuuuuu....!!! Kali ni bebetul shopping sampai kosong wallet hehehehe... Jom ke Kartika Sari, Amanda dan FO lain.
Then dinner masakan padang dan balik hotel. Kena packing la. Esok pepagi buta nak kena berangkat balik.
DAY 4 - 29 Mei 2012
Balik time!!! Macam tak percaya tengok luggage masing-masing.
Sendat dah kereta. ooppssss.... saya sempat la beli beg kat sana. Memang hajat nak beli beg. So, kalau nampak beg bunga-bunga yang terang benderang, itu la beg baru saya.... *wink*
No comments:
Post a Comment