Wednesday, February 15, 2012

Langkawi oh Langkawi


Kami ke LANGKAWI pada 4 hingga 6 Feb 2012. Trip kali ni dengan BFF opis. Aku, Ida, Sab, Wawa, Fizah dan Ayu. Aku bawak le Biha. Ida pun bawak Danish sekali. Tiket flight, setahun lepas kami dah beli. Dulu masa beli, rasa lambatnya nak sampai Langkawi.

Bila dah lagi seminggu nak pergi, rasa macam kejap dah setahun ek.

e.. ehhhh.. budak gedik kat belakang tu. ni masa memula sampai kat Kondo Istana. baru lepas ambil kereta

Selamat la kedai dah bukak. Hehehe... shopping time babeh!! Tapi kami cuma shopping coklat je. Tu pun sebab kami tengah tunggu kereta yang kami sewa sampai. Baru sebuah je dapat. Kami sewa 2 buah kereta Honda City. Driver dia siapa? Aku dengan Ida la... hahaha... Tapi kereta yang aku naik, aku ada co-pilot. Ayu co-pilot aku. Kalau aku malas, aku suh Ayu je drive hehehe...

giler la borong cekelat hehehehe.. errr anak mama mana ni?
Lepas shopping coklat, kami terus ke Kondo Istana. Nasib baik dah boleh check in. Kami check in dulu. Rehat. Lepas Zohor kami terus ke Oriental Village sebab nak naik cable car.

Plan asal nak naik cable car pada 5/2. Tapi kami cepatkan. Sebab firasat kitaorg cakap, esok tu (5/2/2012) sure ramai filer umat nak naik cable car nanti.

Nasib kami baik. Orang ramai juga kat Oriental Village tu. Tapi masih tolerable la. Excited giler aku dapat naik cable car. Rasa gayat gak la... lebih lebih lagi bila time cable car tu goyang bila angin kuat. Huhuhu.... serammmmm... gerunnnn... Tapi sebab semangat tu kuat nak naik tu. Dulu last aku gi Langkawi tahun 2001. Masa honeymoon. Giler dah lama tak sampai Langkawi. Cable car pun tak wujud lagi time tu.

Tapi sungguh la gigih dari 2nd point cable car tu nak ke Hanging Bridge. Huhuhu.... nak pergi tu ok. sebab turun je. Bila nak balik ke cable car tu, aduhaiiiii lenguh kepala lutut.. mengah... manjat tangga. Kusssss semangat.


Tapi bila sampai ke Hanging Bridge... pemandangan dia... Ya Allah.... Superb!!! Awesome!!

Balik dari Cable car, kami ke Idaman Suri. Tapi manusia ramai sangat. Kejap je kat sana then terus ke apartment. Lepak!! Malam baru kami keluar semula untuk dinner. Ingat nak makan kat Restoran Wan Thai. Wawa kata restoran tu popular dan sedap. Tapi kami sampai hampir jam 10 malam, order sudah tutup. Terpaksa la tukar arah, kami makan kat Pekan Kuah je.

Day 2.

Hari kedua, awal pagi kami dah keluar terus ke Jetty berhampiran Awana Porto Malai. Kali ni plan for Island hopping.

Pulau pertama, kami ke Pulau Dayang Bunting. Sampai sini, aku tak larat de nak jalan ke Tasik Dayang Bunting. Cukup la pergi sekali dulu. Jadi aku dengan Biha dok lepak kat pondok dekat jeti je.

Pengalaman pertama hampir kena serang dengan kera. Gile scary!! Masa tu dok pegang plastik berisi keropok. Ayu yang punya. Agaknya kera2 kat situ ada bau la kot. Seekor-seekor datang dekat. Biha dah jerit dan menangis ketakutan. Aku? Aku pun takut jugak. Nasib baik ada cucu-cucu makcik yang duduk sama dengan aku kat pondok tu tolong halaukan monyet-monyet tu.

muka budak ketakutan baru lepas kena kerumun dengan monyet... heheheh
Tapi sekali datang seekor monyet jantan yang besar. Gigi dia giler tajam dan panjang. Ngeri aku weh. Teringat plak pernah baca berita budak mati kena gigit kera. Aduhai.... bila kera tu datang dekat, aku terus rampai plastik keropok tu dari tangan Biha, campak kat kera tu. Senyap!!

Orang lalu dok sibuk nak ambik gambar dengan kera. Hello!!! Korang tak nampak ke anak aku dah nangis2 ni. Dapat kesempatan, aku terus keluar dari pondok, lari ke jeti. Tunggu budak2 lain kat situ je la. Biha pun muka dah penyek je.... sebab takut.

Lepas tu, kami pergi ke tempat Eagle Feeding. Banyak sungguh burung helang. Then, terus ke Pulau Pasir Basah. Pantai kat Pulau Pasir Basah ni memang cantik. Pasirnya halus. Best kalau mandi laut. Tapi aku malas le.. dah le kat pulau ni toilet pun tak de wehhh...

dok relaks kat Pulau Pasir Basah
Balik dari island hopping, terus balik apartment. Peatng sikit kami keluar ke Dataran Helang. Lepas tu makan kat KFC je... hehehehe

sila abaikan posing gedik ini ye. Ingat gambat tak jadi sebab cik Biha yang tukang amik gambar hehehehehe

isn't she cute? hehehehe

Day 3

Hari ketiga dan terakhir. Ida, Sab, Wawa & Fizah balik KL flight 12.30tghari. Jadi pepagi, kami keluar breakfast dah siap2 bawak barang. Barang aku dengan Ayu je tinggal. Kami ke Pekan Kuah semula. Sebab ada lagi barangan yang dicari. Then hantar la diaorang ke airport.

Dari airport aku dengan Ayu patah balik ke Pekan Kuah. Balik apartment, kemas barang nak checkout. Then, kami ingat nak ke Underwater World, jadi kami tuju ke Pantai Cenang.

Tapi Biha tido plak dalam kereta. Sampai sana pun rasa tak best nak masuk Underwater World. So, kami kensel. Patah balik ke Pekan Kuah, lunch kat Restoran Wan Thai. Hehehehe.. dapat jugak makan kat sini. Betul kata Wawa, memang sedap.

Then, kami ke Idaman Suri buat kali ke-2. Masa ni orang dah tak ramai kat sini. Sedap la sikit nak tengok-tengok. Then kami terus tuju ke Gamat Nusantara on the way ke airport. Flight balik jam 8.30pm. Tapi kul 5.30pm kami dah sampai airport. Tinggal kete kat parking then lepak airport je.

Jam 8.30pm kami gerak balik ke KL. Tata titi tutu Langkawi. Insya Allah ada rezeki boleh aku datang lagi.

No comments: