Dah lama sangat teringin nak ke sini. Dulu pernah pergi. Tapi setakat jalan-jalan balik hari je. Kali ni, kami bermalam kat sini. Kat Colmar Tropicale. Yeay!!!
Sebenarnya perancangan ke sana tak plan sangat pun. Cuma advance celebration for our 10th year anniversary, tahun ni.
Oleh sebab on 6/5/2011 ni, on our 10th Anniversary, aku tak de. Aku nak pergi berjimba ke Jakarta dengan rakan ronggeng aku, jadi tetiba datang idea nak spend weekend with family sambil ambik kesempatan asben kata dapat cuti 2 hari for weekend. Perancangan asal nak ke PD. Tapi last-last gi Bukit Tinggi pada 23/4 & 24/4/2011.
Bilik tu aku tempah online aje. Bayar semua online. Bila sampai sana... aku sungguh impress. Sebab bilik yang aku dapat macam apartment 1 bilik. Besar... ada kitchen, sofa set, bilik dan 2 bilik air.
Malam tu ada magic show. Jadi kami layan magic show je la. Lepas tu dinner kat sana. Makan kat sana memang mahal giler. Kalau seharian kat sana, belanja makan aje mau lebih dari harga bilik hehehehe...
Esoknya, lepas breakfast, kami pusing-pusing dalam Colmar. Then check out, terus ke Rabbit Park. Kat sana ada gak rusa dan keldai. Biha la yang seronok. Dapat main-main dengan arnab, dapat bagi makan rusa dan dapat tunggang keldai.
Next time boleh la pergi lagi. Tapi lama lagi la kot...






No comments:
Post a Comment