Sunday, July 10, 2011

Korea ~ Day 1 & Day 2

Day 1

 selepas 4 jam dalam kapal terbang... sudah penat woooo...

Tak banyak berlaku hari pertama ni. Sebab hampir sepanjang siang kami kat dalam flight.

Sampai Incheon Airport jam 9 malam. Mr Choi dah tunggu kat airport. Dari airport kami terus tuju ke area Gimpo. Agak jauh jugak kot.

Aku agak terpesona jugak la dengan Incheon Airport. Airport yang terletak di atas pulau. Walaupun pulau yang dikelilingi oleh lumpur. Memang mantap.

Malam pertama, kami menginap di Green World Hotel. Best jugak hotel ni.


Day 2

di Gimpo Airport. kami nak ke Jeju... yeay!!

dah dapat boarding pass for Jeju Air

Hari kedua kami di Korea agak hectic sikit. Seawal pagi kami dah breakfast, check-out dari hotel dan terus tuju ke Gimpo Airport. Jom ke Pulau Jeju!!!!

Flight ke Jeju jam 9.30 pagi. Pengalaman ngeri jugak la naik flight ni sebab ada mal function. Sampai Biha dan budak-budak lain menjerit-jerit dalam flight sebab tak tahan tekanan. Asben aku pun sama. Tapi tak le sampai menjerit-jerit. Cuma... by the time flight landing, hidung sudah keluar darah. Aduhai...

Dari Jeju Airport. kami terus ke Dragon Head Rock Beach. Ada la bentuk macam kepala dragon, tapi pada aku biasa-biasa aje la.

at Dragon Head Rock Beach. angin sangat kuat kat sini. tapi kami rasa best. orang jeju dah boring hehehehe


Yang menarik kat Jeju pasal angin dia kuat. Kadang sampai terlalu kuat. A lottttt of stones. Kat sini yang famous, patung berbentuk seperti lelaki tua yang banyak ada kat sini. Orang Jeju kata 'haraban'.

Sebelum ke destinasi berikutnya, kami lunch dulu. Kami makan bubur abalon. First time aku makan abalon. Sedap jugak rasanya.

Next destination, kami experience satu keajaiban. Kami lalu kat Mysterious Road. Hmmm... ada satu point kat sini, driver kereta kami tutup enjin kereta, biarkan kereta di dalam keadaan neutral. Tapi kereta tetap berjalan terus dan naik bukit. Ajaib betul.

Mulanya memang aku tak percaya. Tapi bila dah experience sendiri dan lihat dengan mata kepala sendiri, wohhh ajaib woooo...

Then, kami ke Jusangjeolli Cliff yang terkenal dengan batu-batu laut berbentuk hexagon. Batu-batu ini terbentuk dari lava gunung berapi yang mengalir dan dibekukan oleh air laut. Sangat menarik dan sungguh ajaib.






Next destination, kami ke Teddy Bear Museum. Tempat paling aku ingin nak pergi. Memang ada 2 lagi tempat ada muzium ni. Tapi, bahana cerita Goong, aku purposely nak pergi yang dekat Jeju. Hehehe...








Aku dengan Biha yang paling excited kat sini. Hehehe....

Then, oleh kerana masa yang tidak mengizinkan, kami terus tuju ke hotel. Kali ni kami stay kat Aroma Hotel. Lepas check in, aku siap-siap dan turun. Dapat la kami jalan-jalan kaki keliling hotel. Mr Choi bawak kami dinner for a chinese dish. Kali ni vege + fish je la yang kami boleh telan.

Lepas balik hotel, kami decide nak berjalan kaki ke Jeju city.  Jeju ni bandar dia pada aku agak bersih. Kami singgah pekena kopi kat Cafe Benne. Dapat la online kejap. Setakat update status kat facebook hehehehe.



End of day two. Have a good night sleep. Esok nak balik ke Seoul.

Day 3 & 4
Day 5 & 6

No comments: