Hari ni (6/5/2011), aku cuti. Memang ambil cuti khas. Flight jam 7pm. Tapi sebab hari ni kan anniversary aku, perancangan macam nak ajak asben keluar makan-makan dulu. Lepas tu baru ke Seremban hantar Biha ke rumah Kak Emi.
Tapi, dah nama pun perancangan. Kejut kejut tak bangun. Makan dalam mimpi jek la jawabnya. Lepas solat Jumaat baru kami bertolak ke Seremban. Kat sini aku rasa dah bermula dah la adventure aku.
Dari Senawang, dalam jam 4.20pm kami bertolak ke LCCT. Masuk highway PLUS, elok je kami lepas exit Seremban/PD, jem. Langsung TAK BERGERAK tau tak. Sampai jam 5.30pm kami masih 1km short dari exit Seremban/Labu.
Aku? Aku dah macam cacing kepanasan dah dalam kereta. Mulut kumat kamit baca doa. Tangan dah berpeluh-peluh. Kepala lutut dah menggeletar. Rasa macam sayup-sayup aje Kota Jakarta tu. Jari dah gatai je nak hantar mesej kat Alida 'selamat tinggal kawan ku. ingat la aku yang tertinggal ni masa korang shopping-shopping ye....'
Poyo betul! Tapi hasil ketangkasan asben aku, kami berjaya cilok dan keluar kat exit Seremban/Labu dan lalu jalan kampung ke LCCT. Dan aku berjaya sampai LCCT hampir jam 6.15pm. Terus cek in. Macam tak cukup tanah aku jalan kat LCCT masa nak gi cek in. Aduhaaaiiiii.....
Elok kami masuk aje ke balai berlepas, announcement flight delay to 7.30pm. Then another delay to 8.50pm. Dan kami hanya berjaya touch down kat Lapangan Terbang Seokarno Hatta, Jakarta jam 11.50pm (waktu di Jakarta).
Dari airport dah ada Pak Gunawan menunggu kami. Terus Pak Gunawan bawak kami ke Pasar Senen yang tak jauh dari hotel. Aku ingat besar la Pasar Senen ni, rupanya kecik aje. Tapi penuh dengan kuih-muih, kek-kek yang cantik-cantik dan sedap-sedap. Aku beli la jugak sikit kuih-muih, buat makan kat hotel aje. Takut nak beli banyak, takut tak habis. Masa ni, aku masih mampu berbelanja berhemah hehehehehe...
Lepas tu kami terus ke hotel untuk berehat. Kami menginap di Hotel N1. Harga bilik dalam 275,000rph semalam.
Esoknya (7/5/2011), pagi-pagi kami dah gerak ke Puncak. Perancangannya kami akan ke Taman Safar di Bogor. Lepas tu ke factory-factory outlet di Puncak. Tapi rupanya bila weekend jalan ke Puncak tu jadi one-way. So bila ada kereta turun, jalan naik ke atas di tutup. Jadi kami dah tersangkut dalam jem.
Fikir punya fikir, kami akan habis masa dalam jem aje ni. Pak Gunawan cadang ke Bandung kalau nak ke factory outlet. Sebab lebih banyak pilihan. Macam orang mengantuk disorongkan bantal. Kami dengan suka hati menerima pendapat Pak Gunawan. Jadi kami berpatah balik ke Jakarta untuk ke Bandung.
Kami sampai Bandung jam 1pm. Lokasi pertama, kami ke Jalan Setiabudi. Pak Gunawan berhenti di salah satu factory outlet dan bagi kami masa sampai jam 4pm untuk berjalan. Pergh... dari satu outlet ke satu outlet kami masuk. Dari sikit ke banyak barang kat tangan kami. Hehehe... macam dalam syorgaaaaaaa.... wakakakakaka syurga membeli belah.
shoes anyone? comel-comel kasut kat sini. tapi kat outlet ni aku tergoda dengan beg trolley LeSport. Tapi berjaya menahan diri dari membeli. Cumaaaa..... sampai sekarang dok terbayang-bayang beg tu. next trip to Bandung, I WILL DEFINITELY grab the bag hahahahahaha...
another shoes? kali ni posing kat dalam Donatello. Aku cuma dapat belikan Biha sepasang kasut kulit aje.
See our bags??? it's heaven yoooo....
Kemudian Pak Gunawan bawa kami ke Terminal Tas. Bermacam jenis beg ada. Kat sini aku berjaya merembat wallet. Dah lama nak beli wallet. Tapi tak jumpa yang berkenan. Sehinggalah kat sini. Sekali pandang dah jatuh cinta kat wallet tu. Lepas 3-4 kali lalu kat wallet tu.... 3-4 kali gak minta mbak manis tu keluarkan sebab nak tengok. Last-last aku beli jugak. Puas hati!!
Depan Terminal TAS. Imitation bags kat sini boleh bikin hati goncang woooo... huhuhu...
Then kami ke Rumah Mode. Sampai Bandung, Rumah Mode ni is a MUST ok. Kat sini la banyak baju-baju branded yang ada defect dijual. Kat sini, motif aku cuma nak beli baju Biha aje. Sebab yang lain-lain dah dapat dah kan....
Keluar aje dah Rumah Mode. Perut aku dah mula berkeroncong. Lapar. Baru aku teringat, aku memang belum ada makan apa-apa yang berat pun sejak dari breakfast. Pak Gunawan bawak kami ke Restoran Sangkuriang untuk makan malam.
Makan malam yang mewah dengan makanan. Sangat kenyang okay... dan sedappppp.....
Oleh kerana, duit yang kami collect untuk pas masuk Taman Safari tu ada lagi. Jadi, kami makan besar malam tu. Ada Sup Gurame, Gurame Bakar, Kepiting masak black pepper, Cumi goreng tepung, brokoli tumis ayam, ulam-ulam dan sambal. Memang mantap dan sungguh kenyang.
Balik ke Jakarta, semua tidur dalam kereta. Penat campur kenyang. Kesian Pak Gunawan yang terpaksa menahan mengantuk bawa kami kembali ke hotel.
Sampai hotel, kerana excited dengan hasil shopping hari ni. Aku tak boleh tidur. Jadi akuu amik keputusan untuk packing barang. Sebab, esok pagi lepas breakfast, kami akan terus check out sebelun ke Tanah Abang.
Esoknya (8/5/2011), destinasi kami ke Tanah Abang. Dulu masa aku ke Jakarta tahun 2005, aku tak pergi Tanah Abang ni. Memang syurga membeli belah. Dari jam 10 pagi sampai 3 petang kami cover 3 tingkat je. Itu pun masuk kedai-kedai tertentu aje.
Nasib baik la duit yang aku bawak dan tukar terhad. Jadi banyak tu je la belanjanya. Tapi ada jugak peniaga kat sini yang terima duit MYR. Hehehe....Memang giler tengok telekung, kain cotton, jubah-jubah kat sini. Cantik-cantik dan harga yang berpatutan.
Dari Tanah Abang, kami balik semula ke hotel. Kat lobi hotel kami kemas-kemas barang yang kami beli masukkan ke dalam beg. Siap berkemas, kami terus ke airport. Alhamdulillah sampai awal kat airport. Boleh rehat. Flight delay 40 minit. Dan kami akhirnya sampai ke tanah air jam 12.10pagi.
Syoknya jalan-jalan dan shopping.....
kat kedai Ibu Nita. Ramai yang borong telekung kat sini. Aku beli untuk mak mertua dan diri sendiri aje...
mari bergambar depan hotel...
pulang... mari la pulang... mari la pulang beramai-ramai.... pulang... mari la pulang... mari la pulang..... beramai-ramai

No comments:
Post a Comment