Thursday, September 13, 2012

heir nostalgic moment




Browsing through my bro's old blog and found this... huhuhu.... Walau pun macam tak abis je video ni. Tapi cukup buat aku ingat zaman kecik-kecik dan buat mata berkaca-kaca....

Rumah yang gah berdiri tu, rumah nenek aku. Sampai sekarang masih gah berdiri. Gambar-gambar ni courtesy arwah mak dan arwah abah yang sangat rajin menyimpan gambar-gambar lama.

**tetiba teringat zaman kanak-kanak. nak balik kampung......

Aduuuu... aduuu... mata suda masuk abukkkkkkk.....

Raya dah abis

Syawal pun dah nak sampai ke penghujungnya. Tapi aku baru nak update status raya. APTB!!

Anyway.. raya kali ni aku rasa syok... gembira... happy... semua in 1-package.

Tahun ni pagi raya di rumah mertua dulu. Then baru kami balik ke Ayer Hitam. Dua-dua tempat pun rasa meriah.

Lepas raya kat kampung. Kami buat makan-makan sikit (kecil-kecilan aje sebab asben jemput kengkawan dan adik beradik dia sekali). Pastu sambung pula sesi makan-makan raya kat opis di SBI. Kali ni buat rushing sikit, sebab lepas tu aku dah kena masuk projek lain (uwaaaa.....)


Seperti yang kami janji sebelum puasa lagi. Aku berdondong-dondong la pakai baju 'kedondong' huhuhu... macam orang rewang kenduri kawin plak dah.

Dan aku memang terasa sangat raya kali ni lebih meriah. Sebab, aku cuba sebaik mungkin penuhi jemputan kawan kawan dan sedara mara. Walau pun aku ni tak le se'femes' mana kan? Tapi... the thought that count. ewahhh.....

Tapi...

Di saat aku menulis ni, aku sorang-sorang duk kat tempat ni. Projek baru. Suasana baru. Kawan baru.... errr rasa macam dah tukar kompeni baru plak. Pressure dia pun lain macam je. Aduuuu.... stresss!! Oii.. kengkawan... korang tak ingat kat aku ke? Uwaaa!!!

Anyway, dalam kegembiraan ni, aku sayu gak. Sebab asben dah tak de job. Gerai chicken chop kat SAS dah kena slash dengan abg kantin tu. Cehh!! Typical Malay!! Tak bleh tengok orang baru nak menapak.

Tapi kedatangan Syawal ni dengan rezekinya juga, adalah sekali sekala job datang. Katering kecil-kecilan yang asben buat pun dah mula mendapat tempat.

Dah mula ada order. Alhamdulillah.... rezeki Allah ada di mana-mana. Kita cuma kena usaha. Aku pun dah penat dah keje... kenapa la aku tak de bakat memasak ke... buat kuih ke.. menjahit ke... kalau ada... lama dah aku berenti keje dan buat bisnes sendiri. Ni nak bisnes pun tak pandai. huhuhu....

Ok... cukup ye jari jemari ku yang mulus ni. Aku tahu banyak mende lagi ko nak taip-taip. Tapi, kita ada keje ok. Now time to work!! Adios.

Tuesday, August 07, 2012

M.E.N.Y.A.M.P.A.H

Menyampah! Tau tak?

Menyampah!!

Apa yang aku menyampah kan?

Menyampah deeeee.... Selalu Monday Blues. Hari ni Selasa Blues.

Ish.. bulan posa tak baik menyampah-menyampah kat orang.

Abis tu nak buat cemana? dah bulan posa ni la, dia nak buat aku hangin. Lagipun, kalo kat menatang, dah aku tendang jek la menatang tuh. Ni orang la ni. Nak tendang tak bleh... berdosa! Nak maki tak bleh, berdosa! Nak marah tak bleh, berdosa!

So...

Aku menyampah je la kat dia untuk hari ni. Lantak la siapa pun dia kan? Tunggu tenang, nanti hilang la rasa menyampah aku ni. grrrrr.....

Friday, July 20, 2012

Harapan Ramadhan



Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula
Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah…
Dengan rahmatMu oh Tuhanku…
Ku tempuh jua

Selamat menempuh Ramadhan Kareem. Mohon ampun maaf segala kesilapan, terkasar bahasa, terlebih kata, terlajak perbuatan, terlanjur makan minum.... semoga mendapat barakah di bulan yang mulia ni....

Tuesday, June 12, 2012

Bandung lagi.... 26-29 Mei 2012

Tanggal 26 Mei 2012, group 'foya-foya' kami menjejak kaki ke Bandung (lagi???) hehehe... Group 'foya-foya' tu siapa? Group kali ni terdiri dari ibu nya Sabrina dan anak-anaknya aku (dan family... ye.. kali ni akak bawak family ye....), Ida, Ruby, Wawa & company (Ulai & Zura), Kak Mazia & Kak Su.

Ini kali ke-3 aku ke Bandung. Tapi yang istimewa dengan trip kali ni, kami terus ke Bandung. Tak de jengah-jengan Jakarta la... cilok-cilok Punchak la... Tak de ye. Direct Bandung.

Flight dari LCCT jam 6.45pg. Flight delay sikit la. Tapi jam 8pagi (waktu Indonesia) kami dah jejak kaki ke Bandung. Yeay!! FO oh FO... akak dah datang....

Sampai airport Bandung (kecik gilo woooo airport dia), bergasak la penumpang semua ambil gambar sampai kena sound dengan bapak-bapak kat sana, baru la mencicit memasing nak cek imigresen.

Dari airport, kami terus ke Cherry Homes Residence. Tak boleh cek in lagi. Sebab masih awal pagi, jadi kami tinggal beg segala bagai. Terus keluar. Tak sabar-sabar nak shopping ni.

Jom ke Pasar Baru!!! Park jauh sikit, dan kami berdondong-dondong la kami berjalan ke Pasar Baru. Panas tak rasa weh... mata dok pandang Pasar Bar u je...

Lepas seronok perabih duit kat sini. Sedar tak sedar banyak juga kami belanja kat sini, dah agak kesiangan dah. Then Pak Dadang bawak kami ke makan petang kat salah satu restoran Sunda. Kami anak beranak dah makan, jadi tak le makan lagi. Cuma minum je.

Lepas semua dah kenyang, kami ke FO.... hoyeh!! hoyeh!!!

Dari satu outlet ke satu outlet kami menapak. Aku suka giler.... sebab my laling asben tunggu Biha yang dah tertidur kepenatan. Dapat la akak window shopping sambil cuci mata, cuci wallet hehehehe... 

Lepas dompet dah makin menipis, kami minta Pak Dadang bawak kami makan tempat yang murah-murah je. Yang sederhana je pak sebab wallet kami dah menipis. Betul-betul Pak Dadang bawak kami dinner masakan padang kat Restoran Sederhana miahahahahaaa....

Balik dari dinner, kami semula ke Cherry Homes, check in (baru nak check in???) dan tido. Penat sehhhh...



DAY 2 - 27 Mei 2012

Hari kedua di Bandung, bermula seawal pagi. Lepas breakfast, kami berkumpul dan tuju ke Tangkuban Perahu. Kali ke tiga jejak ke Bandung, baru le first time aku sampai ke sini.




Cuaca kat sini sejuk..... sedap sedap je cuaca dia. Aku suka. Yang tak berapa suka sebab turun je coach, dah kena kerumun dengan aggresive sellers. Tapi pengalaman kat Bali lagi hectic. Aggresive sellers kat sini, not as aggressive as the one in Bali.

Dari Tangkuban Perahu, kami ke Kampung Daun untuk lunch. Dulu aku dengar nama ke Kampung Daun ni, rupanya sangat best kat sini. Makan sedap... tapi mahal la beb!! Nasib baik sekali je makan kat sini.

Kat sini kami berpeluang tengok macamana buat Kerak Telur. Nampak macam tak best je. Kerak pun orang makan kan? Tapi sedap woooo.... (courtesy of Kak Mazia, ni la gambar cemana Kerak Telur ni dibuat).

Dari Kampung Daun, kami terus ke FO. Hoyehhhh!!!!!!! Shopping time yo! Tak yah la citer pasal shopping ni kan? Boring la korang baca. Akak yang shopping je rasa seronok. Tu seronok sebelum tengok compet yang makin tipis dan tipis.

Habis shopping for day 2, kami dinner kat Baso Malang restoran. Dah kenyang? Jom balik hotel dan tido. There's another day tomorrow.


DAY 3 - 28 Mei 2012

Hari ke-3, masa untuk ke Trans Studio. Tapi oleh kerana Trans Studio bukak lewat sikit, kami singgah Pasar Baru dulu. Sempat eh...... then baru kami ke Trans Studio.

With high expectation kami ke sini. Letak plak bench mark dengan USS. Tapi hampeh la. Sesapa nak pegi, just letak bench mark as Berjaya Time Square aje ye. Sebab Trans Studio ni macam kat Berjaya Time Square aje with more rides.


The only best thing adalah 4D ride Marvel Superheros The Rides. Memang marvellous la yang ni huhuhu....

Kami layan Science Centre and a few rides. Biha sangat suka kat Science Centre ni. Lain kali kita boleh ke Pusat Sains KL ok laling.

Habis kat Trans Studio, kami ke FO lagi.... yuhuuuuuu....!!! Kali ni bebetul shopping sampai kosong wallet hehehehe... Jom ke Kartika Sari, Amanda dan FO lain.

Then dinner masakan padang dan balik hotel. Kena packing la. Esok pepagi buta nak kena berangkat balik.


DAY 4 - 29 Mei 2012

Balik time!!! Macam tak percaya tengok luggage masing-masing.

Sendat dah kereta. ooppssss.... saya sempat la beli beg kat sana. Memang hajat nak beli beg. So, kalau nampak beg bunga-bunga yang terang benderang, itu la beg baru saya....  *wink*

dah 3 bulan????

ish.... jangan salah paham.

Dah 3 bulan aku tak bukak, tak update blog ni. Pergh!! Bersawang!

setting kat sini pun dahlain, aishhhh kena study balik nih.....

Tadi tengok kat blog member, aik last aku update kat blog aku 3 bulan lepas? aiyak!!!

Len kali aku update la ye. ni jengah je kejap. nak gi cari cleaner jap tolong kemas blog nih huhuhu.....

Friday, March 02, 2012

Iklan - Tiket USS untuk dijual


Buat kengkawan yang ada hajat nak ke USS bawak family ke sendiri ke.... ada kawan saya tengah nak jual tiket USS yang telah dibeli.

Harga tiket yang telah dibeli seperti berikut:

Umur (13-64th) = SGD62.90 (x2.4 = RM151 seorang)

Umur (4-12th) = SGD45.90 (x2.4 = RM110 seorang)

Tarikh tiket tersebut pada 12 Mac 2012.
 
Untuk maklumat lebih lanjut, boleh ke laman web ini ye... MAZIA BLOG . Saya cuma tolong kawan je ye...