Thursday, November 27, 2008

Selamat masuk 'spital'

Semalam lepas ding dong sana sini. Gi balai polis trafik Seri Kembangan.. tak leh... kena gak gi balai polis Shah Alam. So malam tadi terus panggil cina bengkel tu. Bawak kete ke balai polis Shah Alam sebab nak buat report.

Kete leh jalan lagi. Tapi kena masuk bengkel gak. Sebab nak claim insurans. Adeeeiiii.... So malam tadi terus la cek in kat spital dah kete tu.

Gini la ropenya....


Oppss... yang last tu bukan gambar kete tau. Tu gambar anak aku.... Sementara tunggu asben & adik aku gi report kat balai polis, aku tunggu kat kete dengan Biha. Dok capai sana sini. Aku bagi la dia pakai spek. Kua kua kua... kiutttttnya anak aku.


Wednesday, November 26, 2008

Kete oh kete...

Alahai.... hari ni kena sound plak dgn Cikgu Temah. Ala cikgu... i bzbodi la cikgu.

Hari ni aku EL half day. Tengahari tadi dapat call dari adik aku.

"Kak Lily, Eya accident"

Erk!!! Mamposss!!! Kete laki aku plak tu. So aku memula tak tau nak buat apa. Perlu ke aku balik? Perlu ke perlu ke?

Last last aku balik. Sebab aku tak sedap ati. Wooo... teruk gak kete aku. Uwaaaa!!!!! Tapi nak buat cemana. Orang kata malang tak berbau. Skang kami lepak2 kat rumah sambil tunggu laki aku balik. Memang kena hantar bengkel kete aku tu. Pretty bad shape wooooo

So... tunggu la laki balik la ni... uwaaa...

Saturday, November 22, 2008

one BIG happy family

Proudly presenting.... my family....
(gambar diambil selepas selesai majlis kawin adik aku pada 26-Okt-2008)







Thursday, November 20, 2008

i wanna runaway.....

Korang ada tak terasa nak lari dari rutin hidup?

Kadang aku rasa letih la dgn rutin hidup.
Aku rasa nak lari.
Nak cari ketenangan la kononnya.

Bukan nak lari 100meter ke... cross country ke...
Bukannnnn.... cuma nak bawak diri kejap.

Penat la.
Penat.
Aku rasa PENAT.

ps... entry ni pasal keje tau... wakakakak aku nak lari dari rutin keje... sbb penat la tiap hari meeting...

i also need CPR!!!!

tarik napas....
turun napas...

tarik napas...
turun napas...

Aku pun perlukan CPR. Help!! Help!!!

Rasa macam dah tak bernapas dah minggu ni. Very very tight schedule. Macam rasa pakai beautiful kiah *ampun kiahhhh*

Tambah plak memikirkan flow yang aku lom buat lagi. Adoooiyaaaaiii help!! help!!

Susun strategi la kono awal minggu hari tu. Konon hajat hati memalam nak bangun malam buat flow. Tapi, baru nak start anak aku plak bangun. Adoii...

Biha plak skang gigi atas dah mula nak tumbuh. Haritu dengan sedapnya dia gigit tangan aku. Aku ingat, ye lahhh takat gigi bawah tak le sakit sgt kan. Sekali... hamik ko!! Ngap!!! ADOIIII!!! Sakit laaa biha... Sib baik aku tak sepuk budak tu. Lepas tu jadi peringatan la kat aku... jangan bagi tangan kat biha.

Skang pun biha dah mula sibuk nak bercakap. Bangun je pagi membebel-bebel je keje dia. Ntah bahasa jerman mana aku pun tak tau. Wakakaaka.. kelalar pun ada. Skang pun dah mula paham apa kita cakap. Kalo petang amik dia kat nurseri. Dia punya sengih.. adoiii hilang penat badan mama ni biha.

Pastu pandai lak tu. Bila cakap babai babai kat kakak kat nurseri terus angkat tangan. Alahaiii... cute nya...

Hehehe.. citer pasal biha i got my CPR already lor. Tapi kejap je. Bila pk petang ni sambung meeting terus sesak napas aku balik... help help!!!

Monday, November 17, 2008

Susun Strategi

Aku perlu susun schedule aku. Bukan schedule kat opis... tapi schedule berkaitan dengan kerja gak la. Aku fenin... fenin... Kerja banyak tapi aku tak tau where to kick off. Kerja yang memerlukan aku duduk dan konsentret... konsentret... konsentret...

Tapi minggu ni time table aku pun dah penuh. Kalo la aku leh lari gi library sat ke... atau amik cuti dok rumah dan settle with my documentations. Shoooottttt..... damn i need time.. more time babehhhh...

Schedule next week...
Monday - pagi ke CIDB, ptg internal discussion on UPM kat opis
Selasa, Rabu & Khamis - meeting kat upm. Full day.
Jumaat - pagi, kick off meeting kat Radicare. At the same time, aku ada meeting kat spital serdang. Full day.
Then.. abis dah satu minggu... Then, i can foresee, i might need to go to work on Saturday. Shooootttttt!!!!!!!

Sigh.... i wish for some time off... hahahaha end of year ni beb... aku nak holiday gak abis kan cuti aku... kalo tak forfeited..... uwaaa!!!

Thursday, November 13, 2008

ARGHHHHh!!!!!

*please see my time stamp below

Aku still kat opis. Tetiba jam 7 lebih tadi dipanggil meeting tergempar @ 8.30 pm.

Arggghhhh!!! Tension sungguh. Skang dah kul 10 lebih. Bila nak abis ni?