Tuesday, December 21, 2010

Bali oh Bali

DAY 1

Setelah hampir setahun merancang percutian keluarga, akhirnnya kami 4 family sampai jugak ke bumi Bali.

Tanggal 4/12 memang kami tunggu sejak tiket kapal terbang dah beli, bulan 5 yang lepas. Gila la lama beli tiket kapal terbang. Jam 1.30ptg waktu Bali (sama je dengan waktu kat Malaysia) kami menjejakkan kaki ke bumi Bali. Panas yang amat. *sapa yang cakap Bali sejuk? meh aku nak jotos kepala skit...*

Memang panas giler. Bahang panasnya lebih panas dari KL. Terik matahari lebih perit dari kat KL. Sampai pulak tu, patut dah de orang sambut kat airport. Tapi kami melangu kejap. Sebab tak de orang jemput. Rupanya ada miscommunication (see... it happens every where, anywhere ok...)

mari mari bergambar dengan kalungan bunga. masa ni baru kira-kira 20 minit jejak kaki kat Ngurah Rai Airport, Bali
Hampir 15 minit menunggu, akhirnya sampai jugak bas persiaran kami. Yang best tu, siap ada kalungan bunga. Hahaha... sorang-sorang rasa seronok dan bangga je. Rasa macam artis plak dapat kalungan bunga. Hahaha... pasal lagi? Posing... jangan tak posing...

Oleh kerana kami sampai tu dah memang lunch time, kami terus tuju ke Sari Segar Resort yang terletak di area Jimbaran. Jimbaran ni memang terkenal dengan pantai yang cantik dan tempat yang sesuai untuk menyantap dinner sambil melihat sunset. Tapi oleh kerana miscommunication earlier, lepas kami letak barang kat bilik hotel, terus lunch kat Jimbaran. Hehehehe... terik sungguh mentari masa tu.
lunch @Jimbaran. Panas terik, jadi kami tak le makan kat pasir tu... 
 
pemandangan yang SUPERB mengingatkan aku pada Adam's Couple masa anniversary ke 200 hari.
kalau dapat dinner sampai tengok sunset kat sini lagi best
Lepas dah sedap-sedap makan seafood (ishhh... kalo la dinner mesti la menyelerakan), kami terus ke GWK. GWK ni sungguh femes. Kat sini terletak patung Wisnu yang berada di atas garuda yang suppose setinggi 150m. Kira nak kalahkan Statue of Liberty la ni. Dan GWK ni adalah dibuat dari kepingan gangsa. Gila kaya Indonesia ni rupanya. Patung Wisnu dah mula dibina pada tahun 1995. Tapi oleh kerana kemelesetan ekonomi, proses pembinaan masih tertangguh sehingga kini.
sampai je atas, persembahan Barongan bergerak yang dibuat di depan patung Wisnu.
berlatar belakangankan patung kepala garuda yang baru 10% siap. Jadi kepala Wisnu tempat lain, kepala patung garuda tempat lain. hehehe...
kat sini boleh buat open concert yang boleh menempatkan 2000 orang. Memang sangat lapang tempat ni.

Hinggalah masa kami sampai sana haritu, patung tu baru 20% siap. Yang dah siap hanya kepala dan sebahagian badan Wisnu dan juga kepala burung garuda. Itu pun dah cukup besar. Korang bayang kan kalu setinggi 150m agak-agak kalau kat bawah tu, memang tak nampak hapa la kot.

Kat sini yang best ada persembangan Barongan bergerak. Bergerak? Haah! Sebab team tu akan buat persembahan dari satu lokasi ke satu lokasi. Kami berpeluang la melihat persembangan barongan secara life. Tapi..... seketul haram pun tak paham apa dia cakap hehehehe..... ngomong jowo... mana nak paham.

Lepas ronda-ronda kat situ, (aduhai... banyak sungguh tangga) kami tunggu persembahan Kecak Dance yang akan mula jam 6.30pm. Kecak Dance ni sangat menarik. Errr... nak cerita cemana pun aku tak tau. Sebab aku bukan paham dia cakap hehehee....

Kecak Dance performance. tengok dari kejauhan aje. Sebab ada 2 budak kecik yang takut tengok barongan tu.
Lepas abis persembahan Kecak, kami terus dinner kat situ. Oh yea.... package yang kami ambil adalah full-board package. Dah siap dengan lunch + dinner. So.. best la jugak. Tak payah fikir nak makan mana, nak cari yang halal la. Lagi payah. Sebab package ni memang yg dengan halal food.

Balik dinner, kami terus beredar balik ke hotel. We have a loooonnnnggggg day tomorrow.

DAY 2

Hari kedua bermula awal pagi. Kami turun bekfas terus siap-siap untuk cek out. Sebab lepas ni kami akan pindah hotel ke area Kuta. Pak Made dah siap tunggu kami dengan bas seawal 8.30am.

Kami terus tuju untuk melihat live Barongan teater performance. Persembahan bermula jam 9.30pagi. Semalam dah tengok Kecak, hari ni Barongan pulak. Giler penuh tempat duduk. Sebelum duduk, kami diberi kertas yang menceritakan secara ringkas jalan cerita Barongan ni. Oooo... baru la aku paham. Mula-mula tu boring gak, sebab panas giler. Lama-lama bila dah paham cerita, baru la rasa menarik. Macam tengok teater di siang hari beb...
pagi-pagi dah tengak Barongan. Kali ni duduk jauh sebab masa sampai orang dah ramai.

Dari situ, kami terus ke Kintamani, Gunungapi Batur. Tempat ni kat gunung. Jadi tempat ni sejuk. Ditambah pulak masa kami sampai mula gerimis. Tapi kami dapat tengok Gunungapi Batur yang masih mengeluarkan asap-asap. Keliling gunung berapi ni masih ada bekas lava. Gunung berapi ni masih aktif.
pemandangan Gunungapi Batur yang agak kelam-kelam sikit. gambar diambil dari dalam bas dan cuaca yang gerimis pada ketika itu. oh ya.. yang orang-orang itu adalah aggresive sellers yang tunggu customer.

Ooo... satu pengalaman paling menarik dan ada takut sikit. Kat sini banyak giler aggresive seller. Wanita-wanita Bali yang berniaga dengan mengejar pelanggan dan menawarkan jualan barang-barang. Memang tertarik dengan barang-barang dia. Tapi takut nak beli. Even nak tanya harga pun takut. Pak Made dah pesan, kalau kita sentuh je barang dia, dia anggap macam kita dah setuju beli. Dia akan follow hingga ke tangga bas.

Sungguh scary, but yet still an interesting experience. Akak aku kantoi, kena beli sehelai baju berharga 30,000rupiah. Padahal baju tu kalau beli kat pasar ole-ole agaknya dalam 15,000rupiah je... hehehehe... Aku? Aku kan teror. Aku selamat, sebelum dia kejar aku, aku terus masuk kedai. Dapat tawar menawar lagi.

Dari Gunungapi Batur, kami tuju ke tempat proses kopi dan teh. Kat sini kami dapat tengok musang yang dibela untuk proses membuat Luwak Kopi. Kami tak beli la Luwak Kopi tu. Kami beli kopi biasa je. Aku beli ginger tea dan lemongrass tea. Sangat sedap. Sebab teh tu, dia dah siap buh gula. Kita tinggal bancuh dengan air panas aje.
mari la kita masak biji kopi. peluang untuk masak biji kopi sambil bergambar hehehe

sampai sini dia bagi test minum air kopi, teh dan koko yang sedap dan original. lepas minum konpem la nak beli tu.

Sampai kat sini, dia bagi kita minum free dulu. Dah puas minum, ikut kita la nak beli ke tak. Ooo.. kat sini pun ada pokok salak (aku jakun tak penah tengok pokok salak) dan pokok vanilla. Coklat pun ada. Coklat yang diproses sendiri dari koko.

Lepas tu tujuan seterusnya adalah ke temple yang terletak di... errr... aku pun tak tau kat mana. Aku ikut je. On the way, kami singgah ke tempat memproses dan menjual batik Indonesia. Proses batik tu sama je macam kat sini. Cuma.... batik lukis tangan dia memang lebih halus.

Lepas tu kami terus tuju ke kuil. 1st time aku masuk kuil. Kebetulan masa tu, 3 hari sebelum Hari Raya Galungan dan Kuningan (forgive me if i'm wrong hehehe), salah satu perayaan utama penduduk sana. Jadi ramai sungguh yang buat 'persembahan' kat kuil tu. Siap ada yang 'mandi tolak bala'. Kami sampai cuaca hujan. Tapi kami masuk jugak la. Kena pakai tali kuning lagi.

bergambar di dalam temple yang terletak ntah kat mana. tapi berhampiran temple tu ada rumah singgah bekas Presiden Sukarno. Masa ni cuaca hujan yang makin lama makin lebat. Jadi kami tak lama kat sini.

On the way balik ke hotel, kami dapat tengok penduduk-penduduk kampung bersiap sedia untuk membuat perarakan kelilingan kampung sambil diiringi persembahan barongan bagi kampung berkenaan. Such a great experience. Orang lelaki Bali berpakaian tradisional mereka - kemeja putih, kain batik dan bertengkolok. Wanita Bali pun siap berpakaian tradisional - kebaya sendat dan kain batik, sambil menjunjung makanan/manisan untuk persembahan di atas kepala.

Masa on the way balik ke Kuta, dapat lihat penduduk kampung mula berkumpul untuk perarakan dan persembahan sempena Hari Raya Galungan dan Kuningan yang bakal menjelang.

Menurut kata Pak Made, tourist guide kami, setiap kampung ada kumpulan Barongan masing-masing. Dan perarakan ini akan bermula dari hujung kampung ke hujung kampung. Dan setiap kampung ada kuil sendiri. Dan kuil-kuil kampung ni tak boleh dimasuki oleh orang lain. Hanya penduduk kampung tu aje yang boleh masuk kuil tu. Jadi, kuil yang kami boleh lawat hanya yang public temple aje.

Dan yang agak unik kat sini adalah rumah-rumah tradisional Bali. Kat bandar, suasana sama macam kita. Tapi bila kat kampung kita boleh tengok rumah-rumah Bali yang unik. Setiap rumah akan dipagar dengan tembok batu yang tinggi. Pintu gerbangnya hanya sebesar 6 kaki tinggi x 3 kaki lebar aje. Dan nak masuk pintu gerbang, ada tangga.

Dalam rumah trandisional Bali, ada bahagian-bahagian yang digunakan untuk aktiviti tertentu. Ada bahagian untuk bilik ibu bapa, ada bahagian untuk dapur, ada bahagian untuk aktiviti pemujaan, ada bahagian untuk tempat tetamu dan ada tempat untuk sembahyang. Malah, bahan yang digunakan untuk membuat rumah pun boleh menentukan taraf kedudukan tuan rumahnya. Contoh nya jika rumah diperbuat dari batu bata, pemilik adalah orang yang kaya. Yang pasti, rumah tradisional Bali memang unik.
gambar ni ehsan dari ini. kami tak le masuk rumah orang pulak nak tengok. lagi pun cuaca hujan yang tidak mengizinkan.

Sampai Kuta, kami dinner dulu kat restoran. Lepas tu terus balik hotel. Penat seh...


DAY 3

Day 3 kami agak lapang sikit. Dah pesan pada Pak Made supaya ambil kami jam 10.30pagi. Jadi pagi lepas breakfast, kami jalan-jalan ke Kuta Beach. Jarak pantai Kuta dengan hotel kami, cuma 100 meter aje. Pantai Kuta ni terkenal sebab ombak yang tinggi. Jadi ramai la mat saleh datang surfing kat sini. Kami cuma jalan-jalan tepi pantai aje. Pasir dia pun tak bape best. Sebab pasir dia jenis yang berkerang.
Jalan-jalan di Pantai Kuta.


Jam 10.30 pagi Pak Made dah tunggu kami. Hari ni kita shopping! yeay!! Pak Made bawak kami ke Krisna Bali - tempat jualan ole-oleh Bali. Kat sini harga dah tetap. Jadi ada yang lebih murah, ada jugak yang lebih mahal sikit dari yang kita tawar menawar tu. Oh ye... ole-ole korang tu dari situ la ye...

Lama jugak kami abiskan masa kat sini. Lepas selamat shopping, Pak Made bawak kami makan 'ikan terbang' hehehehe... Lunch kali ni sedap.. yummy!

Gambar kat parking lot depan Krisna Bali tempat jualan ole-ole Bali.

Lepas lunch, kami terus tuju ke Tanah Lot. Next destination ke Kuil Tanah Lot yang terletak kat tepi laut. On the way tu, kami singgah kat Monumen Pengingatan Rakyat Bali. Tapi kanak-kanak ribena dah 'abis bateri'. Semua pakat tido. Jadi, aku tak turun la. Yang mana tak de anak kecik, pakat-pakat turun posing. Hehehe...

Depan Monumen Bali. Seronok ye ayah gambar sorang. Kami 2 beranak tunggu dalam bas aje sebab Biha tido.

Masa ayah posing sorang... eceeeehhhh...

Then, kami singgah kat satu tempat yang menjual dan melukis lukisan. Aku tak le giler sangat dengan lukisan ni. Tapi sesungguhnya lukisan-lukisan pemandangan yang dibuat dari cat minyak tu mengingatkan aku pada arwah abah. Arwah abah sangat suka lukisan yang berbentuk pemandangan macam tu. Jadi kami tiga beradik, macam diseru-seru. Masing-masing balik dengan sekeping lukisan pemandangan. Rasa masa tu, abah ada kat sebelah sesama melihat lukisan-lukisan tersebut.

Petang kami sampai ke Kuil Tanah Rata. Baru sampai kat pintu depan aje. Nak sampai ke view yang cantik tu, kena menapak 150meter lagi. Petang ni kalau ikut plan, kami sepatutnya stay kat tepi pantai sampai jam 6.15pm untuk tengok sunset. Tapi oleh kerana, cuaca tidak mengizinkan. Dan... kami pun masih mood shopping hehehehe... lepas tangkap-tangkap gambar, kami gerak ke main entrance untuk jamu mata dengan kedai yang berderet-deret.
Ini la group kami yang besar. Kak Ida, Abg Long & Huda. Kak Emi, Abg Ipin, Irfan & Aaliyah. Aku, Nadzri & Biha. Abg Long, Cik Yong & Nurul. Seronok jalan dengan family besar macam ni. Paling seronok kami semua satu kepala je... hehehehe





Kuil Tanah Lot ni memang terkenal sebab kuil ni dibina di atas batu. Bila air surut, macam masa aku sampai tu, sesiapa pun boleh turun ke batu-batu dan tuju ke kuil tu. Tapi kami tak pergi la. Cukup tengok dari jauh aje. Dan bila air pasang, air laut akan meutup sampai ke kaki tangga menuju ke kuil. Sapa dah de kat kuil tak boleh balik la. Kena bermalam kat sana, tunggu sampai air surut. Dan masa ni aku boleh imagine, kuil tu seolah-olah terapung di atas air, seperti pulau yang dikelilingi air.

Oh ye. Kami diberitahu oleh Pak Made, kuil ni dinamakan Tanah Lot sebab dalam bahasa Bali, Tanah Lot tu tak salah aku bermaksud tanah yang dikelilingi air. And the view is so breathtaking. Bukan nak mengagungkan kuil mereka. Tapi tanah dan pemandangan ciptaan Tuhan kat sini memang sungguh cantik.

Balik dari Tanah Lot, kami singgah dinner dulu. Lepas tu terus balik ke hotel. Esok dah last day. Tapi sesampai ke hotel, kami letak aje barang-barang kat lobi dan kami menapak keliling hotel. Aku sebut tak aku dok mana? Untuk 2 malam terakhir kami duduk ka Kuta Beach Resort. Berdepan dengan pintu hotel memang berderet-deret kedai jualan. So, malam terakhir kat Bali, kami ambil kesempatan jalan-jalan kat kedai jualan tu.

Habis ronda di kedai-kedai tu, aku dan husband terusnya perjalanan ke Hard Rock Bali. Hard Rock Bali ni dekat aje dengan hotel kami. Dalam 10 minit berjalan, sampai lah. Saja la kami ke sana untuk beli t-shirt Hard Rock *poyo betul.... Hard Rock KL pun aku tak pernah jejak hehehe*

Habis ronda, kami balik hotel dan mula berkemas untuk balik esok.

DAY 4

Hari terakhir kat sini, kami tak de plan lain pun. Flight tengahari. Jadi kami pesan Pak Made minta ambil lambat sikit. Sebab hari ni kami nak spend masa kat hotel aje. Bawak anak-anak mandi kolam. Selesai mandi kolam, kami berkemas dan terus berangkat pulang.

Kami lunch dulu. Dan Pak Made bawak kami pusing-pusing bandar Denpasar sebelum ke Ngurah Rai Airport.Oh ye.. nama airport ni sempena nama salah seorang pahlawan Bali yang bernama Ngurah Rai.

Fuh... penat sungguh. Tapi tersangat la seronok cuti kali ni. Best bercuti dengan keluarga yang besar. Meriah!!

Ok... next year kita boleh plan lagi. Terima kasih Pak Made yang sudi layan karenah kami.

Monday, December 13, 2010

Alahai blog aku

Fuuhh.. FUUHHHHHHHHHHH!!!!!!

Alahai... sawangnya blog aku ni. Lama betul tak bersih kan. Perlu ke aku 'pinjam' Sal atau Sari untuk bersihkan blog aku jugak? hahahaha.... *ketawa sambil ketuk-ketul kepala sendiri. lawak budus yang hanya aku yang paham*

Aku BZ GILERRRR!!!! Dah bz tahap gaban nak meletopsssss.... tahan cipan nak beranak...

Aduhai... jangan kata nak update blog. Nak jengah pun kadang tu tak de masa. Hek eleh.. macam la bz sangat kan?

Dalam bz tak bz tu sempat aku jalan gi Bali.

BALI????? ye betul!!! Bali tempat Gain & Jo Kwon celebrate 200th day Anniversary *oh! aku rasa macam kat Korea masa tengok tempat tu hihihi*

Tapi nanti bila aku senang sikit, baru aku update cerita dan gambar ok. Aku tau ramai peminat-peminat aku kat luar sana yang tak sabar tunggu aku bersiaran... *uweeekkk* hehehe

Till then...

Thursday, October 28, 2010

Indahnya Bumi Kenyalang

Pada tanggal 17 - 19 Oktober yang lepas, kami anak beranak berpeluang ke Sarawak. Destinasi kali ni, Borneo Highland, Sarawak.

Nak kata cuti-cuti Malaysia, lebih kurang jugak la. Walaupun percutian kali ni tak syok macam percutian ke Sabah yang lepas. Tapi sebab most of the expenses is free (termasuk la flight ticket) jadi kami pergi la jugak. Seronok dapat berjalan.

Destinasi utama ke Borneo Highland yang terletak 60km dari bandar Kuching. Tempat tanah tinggi yang ala-ala macam Cameron Highland. Tak la berapa sejuk, tapi udara dia sejuk. Pemandangan yang sangat menarik hati. Golfer will definitely love this place.
Biha depan cafe tempat kami menjamu selera sepanjang di sana

Jungle Cabin tempat kami menginap untuk 2 malam

Kami bermalam 2 malam kat Jungle Cabin yang tak berapa hutan sangat la kan. Dari Jungle Cabin ke Clubhouse jauhnya 2km. Jadi akan ada shuttle yang sentiasa ambil dan hantar kami ke Clubhouse.

Naik shuttle nak tour Borneo Highland

Hari pertama kami sampai, lepak-lepak aje kat bilik. Then malam tu dinner dan tido awal.

Hari kedua. Kami diberi 2 option. Samada nak pergi jungle trekking atau ronda Borneo Highland. Kami pilih 2nd option la. Tak sesuai la pulak nak bawa Biha pergi jungle trekking kan?


@Kalimantan View Point

Seronok jugak ronda tempat ni. Destinasi pertama, ke Kalimantan View Point. Kat sini terletak tanda memisahkan 2 negara - Malaysia dan Indonesia. Hehehe... kira dengan selangkah je kami dah jejak ke Indonesia. Illegally hahahaha....

Dari sini pemandangan dia sangat-sangat menarik. Sangat-sangat cantik. Speechless.... Kata tour guide yang bawa kami tu, dia kata kalau nasib baik dapar tengok burung hornbill. Hmmm.... berharap juga la. Tapi kami memang tak bernasib baik la. Hampehhh...

Next destination, ke Nursery dan Grape Garden. Tak le besar sangat Grade Garden tu. Tapi selain pokok  anggur, ada juga pokok markisa (Passion Fruit).  Dan saya dapat petik dan makan buah markisa (yang masih masam itu hehehehe).
aksi seronok dapat petik buah markisa

Next destination ke Herbs Garden. Segala macam tanaman herba ada kat sini, dari ginseng, tongkat ali, kacip fatimah, misai kuching, pokok ketumbar, basil dan segala macam pokok-pokok lain ada kat sini.



Di hujung  perjalanan kami tuju ke Tea House. Nak tuju ke Tea House tu, ada la trekking sikit. Naik jambatan buluh dan jambatan batang kayu. Huhuhuh.... gayat gak sehhhh... hehehehe tapi dalam gambar kena la cool.

Petang tu, kami lepak-lepak dan rehat kat bilik. Cuaca yang sejuk buat rasa syok giler tido petang tu.

Oh yea! Sepanjang kat sini, kami macam back to basic, back to nature. Makan semua vegetarian.

Hari ketiga, kami check out awal. Terus ronda ke bandar Kuching. Inilah yang paling dinantikan. Hehehe... Memula kami ke tempat pasu, then terus ke Cat Museum. Then kami lunch. Then bawa gi tempat beli kek lapis kat Petrajaya.

depan Waterfront

Then kami ke Muzium Sarawak. Pastu terus ke tempat jual & proses sarang burung. Oleh kerana kami bergerak dalam kumpulan dan ikut tour package. Agak terhad tempat dan masa yang kami lawati.

Masa kat tempat proses sarang burung tu, coach yang kami naik tak boleh start. Bateri kong pulak. Terpaksa la kami pecah 2 group ke airport. Memang cuak betul masa tu. Takut tertinggal flight. Flight jam 5.35pm. Takut check in kaunter Air Asia tutup. Tak pasal-pasal 'kejadian ke Sabah dulu' berulang balik.

Alhamdulillah, kami selamat sampai kaunter check in 10 minit sebelum tutup. 3 hari habiskan masa bersama-sama, kami dalam group yang kecik tu agak mesra la jugak. Sekarang dah jadi kawan FB... hehehehe

Ok... can't wait for my next trip end of this year... yeah!!!!

Wednesday, October 13, 2010

Perang? Gaduh? Tak puas hati? hmmm...


Kerana nila setitik rosak susu sebelanga...

Eh! Boleh pakai ke perumpamaan ni?
Hmmm.. cari lain la.

Bagai ibu ketam mengajar anak berjalan tegak.

Errr... pun macam tak boleh pakai gak perumpamaan ni.

Air yang disangka tenang, jangan disangka tiada buaya.

urgh!! Pun macam tak kena gak perumpamaan ni.

Apa ke aku susah-susah je carik perumpamaan ni? Lama dah tak sekolah la dah lupa banyak dah perumpamaan Melayu ni.

Hmm... banyak mende berlaku kat muka bumi ni. Tapi apa yang aku pandang, cuma perkara yang berlaku sekitar kehidupan aku sehari-hari.

Manusia memang tak boleh kena sergah sikit. Cepat aje melenting. Yang tengah khusyuk bekerja pun, kalau tetiba kena sergah ada demo... pun melenting jugak (ni aku la ni hahahaha...)

Manusia yang dah senang lenang tak buat kerja, tetiba kena sergah suruh buat kerja lebih sikit. Pun melenting jugak. Paling best bila pastu perang. Hahaha.. bukan perang tembak-tembak macam kat medan perang tu. Hah? Gaduh tarik-tarik rambut? Lagi la old fashion punya style.

Ni cara lama yang telah diadaptasi ke zaman moden. Orang panggil gaduh-gaduh manja. Hahaha... zaman dulu bila balak dengan awek gaduh-gaduh manja. Diaorang tulis-tulis surat. Kira gaduh kat surat je la. Tapi yang tak bestnya, mana ada orang lain baca kan? Surat cinta la katakan... walaupun surat cinta gaduh.. tapi sendiri-sendiri baca la.

Berkisar dari idea ni, gaduh-gaduh manja zaman sekarang bukan hanya untuk balak dan awek. Boleh jugak antara kawan-kawan. Sesama satu opis. Sesama satu kampung. Sesama satu sekolah. Lebih canggih lagi, gaduh-gaduh manja zaman sekarang tak pakai surat style lama tu. Zaman sekarang pakai surat elektronik. Atau lebih dikenali dengan nama EMAIL.

Lebih menarik lagi... surat kali ni bukan setakat 2 orang terlibat aje yang terima dan baca. Kalau nak satu kampung pun boleh baca. Satu opis pun boleh dapat tau. Satu MALAYA pun boleh dicanangkan. Kan lebih meriah. Orang kata.... the MORE, the MERRIER...

Hahahahahaha.....
Perlu ke aku gelak dengan idea zaman moden ni? Orang dulu kata MATA PENA LEBIH TAJAM DARI MATA PEDANG. Sebab? Sebab dengan tulisan yang ditulis dengan mata pena tu boleh membelah hati dan perasaan orang yang membaca. Seperti pedang membelah manusia.

Kalau kita adaptasi dengan idea zaman sekarang. JARI YANG MENAIP LEBIH KEJAM DARI TANGAN YANG MEMUKUL... hmmmm boleh pakai tak idea perumpamaan moden aku tu?

Sebab... ketukan jari jemari yang menaip email tu... dapat menikam hati dan perasaan orang yang membacanya... lebih kuat dari pukulan tangan. Kesian jari.... padahal dia jalankan tugas dari otak aje. Otak pulak ikutkan sangat kata hati.

Hati yang marah tu la punca segalanya. Kan baik kalau bawa istighfar... mengucap.. berzikir... supaya hati dapat bertenang. Otak dapat berfikir dengan waras. Dan jari dapat menaip kata-kata yang lebih lembut dan sopan. Tak le jari dipersalahkan.... kan???

Apa aku merapu ni? Sebenarnya ni hakikat kehidupan zaman sekarang. Aku menaip lebih untuk peringatan diri sendiri. Supaya aku tidak terlalai dengan hasutan hati.

Wallahu'alam

Monday, September 27, 2010

one year older and wiser


Aminnnn....

Semalam, 26-SEPT-2010 aku melangkah setahun lagi ke usia yang baharu. Dah berapa umur aku? Ehemmm... tak payah la war-war kat sini kan. Bagi yang tahu tu, tahu lah kan.

Alhamdulillah... walaupun tak de celebration yang meriah mana. Ye lah... asben pun keje dari seawal pagi sampai la lewat malam. Aku pun dah tau dia keje. Jadi, I didnt put any expectation. Just a wish from him, already means a lot to me.

Semalam, walau pun tak celebrate apa-apa, tapi Alhamdulillah aku dapat pergi makan free. Hehehe... dari Sabtu bawak ke Ahad aku asyik pegi makan aje.

Sabtu, aku sempat ke rumah Kak Jah aje. Anith --> mintak maaf, zahir batin ye. Aku teringin sangat nak pergi rumah ko. Tapi hajat tak kesampaian nampaknya.

Ahad, lagi banyak tempat aku cover. Thanks to E, Huda, Rosma & Esoh yang sudi ke rumah aku. Then kami ke rumah Pn Faridah... hehehe main suka-suka je redah ni. Pastu raya rumah Seli, Rosidah, Maisara & Rose. Terima kasih daun keladi ye...

Aku?
Bila aku nak buat open house?

Hmmmm....
Ntah la. Hajat hati kalau boleh memang nak buat. Tapi setiap kali raya, asben memang busy giler. Hujung minggu pun cuti. Aku pun tak dapat nak ke mana-mana, kalau tak dengan kengkawan lain. Insya Allah satu hari nanti, kesampaian la hajat kami.

Thursday, September 23, 2010

Kembali Cerah

Berarak mendung kelabu
Menyusuri langkahmu...

2-3 hari ni rasa lemau semacam aje. Jiwa rasa mandom aje. Nampak aku gelak-gelak ketawa ceria. Tapi hakikatnya.... Otak rasa sakit. Belum la sampai tahap sakit otak ke sakit mental ke... Tapi dah agak dekat-dekat jugak la.

Alhamdulillah... Lepas 'minum energy booster' yg disarankan kawan-kawan. Lepas bertafakur sekejap. Lepas tenangkan fikiran yang kusut. Akhirnya... Malam ni jiwa dapat rasa sikit ketenangan. Otak yang kusut, sikit-sikit makin terurai. Harapnya berpanjangan.

Fikiran dah tenang sikit nih. Meh kita tido... ZZzzzZZZzzzz.....

Tuesday, September 21, 2010

shoulder to cry on

Sapa dah abis cuti raya? Boleh buat part time kejap tak?

Pinjam bahu jap...
.
.
.
.
*shroooottttt*
(unable to say in words)

Terima kasih daun keladi.