Tuesday, August 30, 2022

lirik lagu


Sayang sayang Jangan Terlalu Sayang Pada Diri ku

Lagu ni memang kejam sebenarnya. Dengar macam lagu cintan kan? Salah!!

Lagu balas-dendam-kesumat-yang-bersarang-di-lubuk-hati nama nya.

Katanya ku sakitimuYa maaf ku tahu kesalahankuDia sakitKau tak fikirIni cuma dendam teman lama
Kataku sayang padamuPercaya itu silapmuKau menangis aku tersenyumDengar ini sayang pesanan dariku
Sayang sayangJangan terlalu sayang pada dirikuAku tak baik seperti yang kau fikirAku dekatimu kerna ingin kau tahuKarmakan berbalik
Jika benarPerbuatan lebih penting dari kataApa kau happy ku pergi tanpa kataAtau balik sama diaTeman baikku yang kau sudah tinggal dulu

Hadam betul-betul. Kejam kan?


#dengarliriklagu

i'm feeling blue


Sejak semalam air mata ni asik nak mengalir je. Tak de sapa pun yang buat aku marah, sedih atau kecik hati. Diri sendiri je.

Salah sendiri. Tak pandai jaga diri.

Semalam pergi klinik, doktor kata aku kena gout. New addition to my history.

Lepas High BH > Kolestrol > Kencing Manis now... Gout.

Tapi sedih sangat sebab aku rasa aku tak de sapa aku nak luahkan rasa hati ni. 

But seriously, i'm feeling down. Down sangat. Dapat ke aku lihat anak aku berjaya? 

Dapat ke aku lihat anak aku ada family & hidup bahagia?

Mende ni semua bermain kat fikiran aku.

Tapi setiap kali aku nak luahkan rasa sedih... my partner in crime langsung tak bagi kerja sama. Bukan nak acah2 pujuk aku ke. Tapi dia bleh plak bang aku 'Tu lah... dah cakap.. jaga makan. Nak makan macam-macam. Tak reti nak jaga diri sendiri.'

I dont need that at the moment. 

Aku tau salah aku sendiri. Tapi apa salahnya pura-pura kesian kat aku. Dengar luahan hati aku sekejap. Jangan lah sapu garam kat luka hati aku ni. I'm feeling down. u know. Tu la sebab kolam air mata ni asik merembes keluar je. 

Semoga aku tabah hadapi ujian ni. Allah ada. Allah uji aku sebab Dia sayang....


 

Tuesday, October 12, 2021

Bye for now!


 Bye... for now. Till we meet again. Sometimes it is funny how things turn out to be. 

Ingatkan nak stay kat situ sampai pencen (akak dah tak bape nak muda). Well, Allah knows better. Nampaknya situ bukan tempat untuk stay sampai pencen.

I didnt leave them, they 'kicked' me out. Sad. Speechless. Down. Cry and cry and cry...

Aku ambil masa seminggu untuk terima hakikat tu. Then seminggu lagi untuk cuba bounced back. I need to wake up! Allah ada.

Allah sentiasa ada bila kita memerlukan... kita kena usaha dan yakin dengan ketentuan Allah.

Doa pada Allah.

Moving on... appreciate apa yang ada di sekeliling kita. Allah uji sebab Allah sayang. 

Mungkin Allah nak sediakan yang lebih baik untuk kita. Yakin tu.




Thursday, September 26, 2019

#happybirthdaytome


CINTA LUAR BIASA



Waktu pertama kali ku lihat dirimu hadir
Rasa hati ini inginkan dirimu
Hati tenang mendengar suara indah menyapa
Geloranya hati ini tak ku sangka

Rasa ini tak tertahan
Hati ini slalu untukmu

Terimalah lagu ini dari orang biasa
Tapi cintaku padamu luar biasa
Aku tak punya bunga aku tak punya harta
Yang kupunya hanyalah hati yang setia
Tulus padamu

Du... Du... Du...
Hari hari berganti kini cinta pun hadir
Melihatmu memandangmu bagai bidadari
Lentik indah matamu manis senyum bibirmu
Hitam panjang rambutmu anggun terikat

Rasa ini tak tertahan
Hati ini slalu untukmu

Terimalah lagu ini dari orang biasa
Tapi cintaku padamu luar biasa
Aku tak punya bunga aku tak punya harta
Yang kupunya hanyalah hati yang setia
Tulus padamu

Terimalah lagu ini dari orang biasa
Tapi cintaku padamu luar biasa
Aku tak punya bunga aku tak punya harta
Yang kupunya hanyalah hati yang setia
Terimalah cintaku yang luar biasa tulus padamu



Wednesday, February 20, 2019

Kemarin - 17


Kemarin engkau masih ada di sini
Bersamaku menikmati rasa ini
Berharap semua takkan pernah berakhir
Bersamamu
Bersamamu

Kemarin dunia terlihat sangat indah
Dan denganmu merasakan ini semua
Melewati hitam-putih hidup ini
Bersamamu
Bersamamu

Kini sendiri di sini
Mencarimu tak tahu di mana
Semoga tenang kau di sana
Selamanya

Aku selalu mengingatmu
Doakanmu setiap malamku
Semoga tenang kau di sana
Selamanya

Kini sendiri di sini
Mencarimu tak tahu di mana
Semoga tenang kau di sana
Selamanya

Aku selalu mengingatmu
Doakanmu setiap malamku
Semoga tenang kau di sana
Selamanya

Friday, February 08, 2019

Singgahsana Soffiyah

Amboi.. nama memang sedap. Ni la homestay kami untuk 1 malam semasa di Kelantan baru-baru ni. Oh ye... nanti free, aku cerita pasal perjalanan Kembara Pantai Timur keluarga HMJ 2-6 Februari 2019 ye.

Hari ni aku jump terus cerita pasal homestay ni. Homestay ni adik ipar yang carikan. Dia host la kiranya untuk kami masa di Kelantan. Cari pun online je. Mula-mula dengar RM650 untuk 1 malam. mak aiiiii mahal giler kot

Tapi dia kata bungalow. Ada 5 bilik. Ok lah. Kami pun bayar tong tong.

Sampai KB sebenarnya dah lewat petang. Jam 6 kot kami baru sampai ke homestay. Sampai je agak impress... sebab rumah ni memang besar. Dalaman dia luasssss...

Tapi bila masuk rumah... erkkk! Baru kepam!

Tingkat bawah, ada 1 bilik master. Bagi la kat akak sulung aku memangkan kaki dia tak larat nak naik turun tangga.

Anak-anak dari berlari keliling rumah. Sampai atas je melompat la anak-anak nampak swimming pool. Tak tentu arah jadinya. Masing-masing melompat nak mandi pool.

Malam tu lepas dinner, kami sembang-sembang kat hall bawah. Sedar-sedar dah jam 10.45 terus siap2 nak ke Wakaf Che Yeh. Tapi yang pergi aku, ang ipin & irfan je. Lain tido, ada yg pergi sendiri.

Balik dari Wakaf Che Yeh jam 1.30 pagi. Aku terus naik atas, teringat nak amik baju swimming Nabihah kat pool luar. Bukak pintu sliding tu.. eh.. gelap. Amik la henpon. Suluh bawah je. Masa tangan mencapai baju nabihah tu... tetiba rasa meremang kat tengkuk. Terus cepat-cepat pusing. Adehhhh langsir plak buat hal hahaha... gigil2 selak langsir. Terus tutup pintu sliding.

Huh.. tak de apa la... (ayat penyedap hati sendiri). Masuk bilik, mandi... tukar baju...then tak leh tido. Capai henpon.. masuk bilik budak-budak, selimutkan anak. Bukak TV. Duduk la depan TV. kul 2 lebih adik aku balik dari Wakaf Che Yeh. Dok sama-sama tengok TV.

Pastu aku tertido. Tak tau jam berapa tersedar.. nampak adik duduk sebelah.. tapi tido. Aku kejut la suh masuk bilik. Aku pun tido.

Esok nya sebelum checkout, kami baca yassin dulu kat rumah tu.

Selesai urusan kat KB, kami pun balik ke Kuantan. Ceeehhhh.. masa tu lah bukak cerita.

Rupanya bibik & abg ipin.. sampai je rumah tu dah rasa lain macam. Dia kata, nampak kat hall bawah, kat dapur, kat toilet dapur, kat pool dan kat ruang TV kat atas. Hahaha... kecut perut aku dengar ok.

Aku tak nampak... tapi aku rasa gak la lain macam hahaha...

Lepas tu adik aku plak bukak cerita. Dia tanya aku masuk bilik kul bape malam tu. Aku cakap la aku terjaga tak tau kul bape. Tengok dia masih ada kat sofa. Tertido. Kejut dia, aku pun masuk bilik. Dia gelak hahahaha... dia kata... dia masuk bilik dulu sebelum aku.

Krik.. krik.. krik... hahaha lantak ko la dek nak cakap apa... hakak ko dah kecut perut ni. So.. aku percaya aku la masuk bilik dulu sebelum adik aku. Ok.. fullstop!

Tapi sejak kejadian tu... dah 2 malam ni aku tido kat bilik sendiri bukak lampu hahahaha....

Thursday, January 10, 2019

2019


Diam tak diam dah masuk tahun 2019. Lama betul tak jengah ke sini. Setahun lebih....

Terlalu sedih tinggal eNCoral kot hehehe...

eNCoral ajar aku banyak perkara, beri aku banyak kenangan. Tapi hidup mesti diteruskan.

Hari ni.. aku dah setahun lebih ditempat baru. Emosi dah stabil skit.... tetiba datang seru nak sapu sapu sawang kat blog ni.

Tapi baru sapu sikit, boss dah mari la plak.

Alhamdulillah.... dah setahun di sini. I have to look at new field. eNCoral has turned his back from me. So.. i learnt new things the hard way. Well... nak buat camana kan?

This new field... alhamdulillah... harapnya berkekalan. Walaupun agak boring sikit. Sebab banyak masa free huhuhu... (Free pun salah kan? Kang banyak keje sangat pun salah huhuhu...)