Friday, February 08, 2019

Singgahsana Soffiyah

Amboi.. nama memang sedap. Ni la homestay kami untuk 1 malam semasa di Kelantan baru-baru ni. Oh ye... nanti free, aku cerita pasal perjalanan Kembara Pantai Timur keluarga HMJ 2-6 Februari 2019 ye.

Hari ni aku jump terus cerita pasal homestay ni. Homestay ni adik ipar yang carikan. Dia host la kiranya untuk kami masa di Kelantan. Cari pun online je. Mula-mula dengar RM650 untuk 1 malam. mak aiiiii mahal giler kot

Tapi dia kata bungalow. Ada 5 bilik. Ok lah. Kami pun bayar tong tong.

Sampai KB sebenarnya dah lewat petang. Jam 6 kot kami baru sampai ke homestay. Sampai je agak impress... sebab rumah ni memang besar. Dalaman dia luasssss...

Tapi bila masuk rumah... erkkk! Baru kepam!

Tingkat bawah, ada 1 bilik master. Bagi la kat akak sulung aku memangkan kaki dia tak larat nak naik turun tangga.

Anak-anak dari berlari keliling rumah. Sampai atas je melompat la anak-anak nampak swimming pool. Tak tentu arah jadinya. Masing-masing melompat nak mandi pool.

Malam tu lepas dinner, kami sembang-sembang kat hall bawah. Sedar-sedar dah jam 10.45 terus siap2 nak ke Wakaf Che Yeh. Tapi yang pergi aku, ang ipin & irfan je. Lain tido, ada yg pergi sendiri.

Balik dari Wakaf Che Yeh jam 1.30 pagi. Aku terus naik atas, teringat nak amik baju swimming Nabihah kat pool luar. Bukak pintu sliding tu.. eh.. gelap. Amik la henpon. Suluh bawah je. Masa tangan mencapai baju nabihah tu... tetiba rasa meremang kat tengkuk. Terus cepat-cepat pusing. Adehhhh langsir plak buat hal hahaha... gigil2 selak langsir. Terus tutup pintu sliding.

Huh.. tak de apa la... (ayat penyedap hati sendiri). Masuk bilik, mandi... tukar baju...then tak leh tido. Capai henpon.. masuk bilik budak-budak, selimutkan anak. Bukak TV. Duduk la depan TV. kul 2 lebih adik aku balik dari Wakaf Che Yeh. Dok sama-sama tengok TV.

Pastu aku tertido. Tak tau jam berapa tersedar.. nampak adik duduk sebelah.. tapi tido. Aku kejut la suh masuk bilik. Aku pun tido.

Esok nya sebelum checkout, kami baca yassin dulu kat rumah tu.

Selesai urusan kat KB, kami pun balik ke Kuantan. Ceeehhhh.. masa tu lah bukak cerita.

Rupanya bibik & abg ipin.. sampai je rumah tu dah rasa lain macam. Dia kata, nampak kat hall bawah, kat dapur, kat toilet dapur, kat pool dan kat ruang TV kat atas. Hahaha... kecut perut aku dengar ok.

Aku tak nampak... tapi aku rasa gak la lain macam hahaha...

Lepas tu adik aku plak bukak cerita. Dia tanya aku masuk bilik kul bape malam tu. Aku cakap la aku terjaga tak tau kul bape. Tengok dia masih ada kat sofa. Tertido. Kejut dia, aku pun masuk bilik. Dia gelak hahahaha... dia kata... dia masuk bilik dulu sebelum aku.

Krik.. krik.. krik... hahaha lantak ko la dek nak cakap apa... hakak ko dah kecut perut ni. So.. aku percaya aku la masuk bilik dulu sebelum adik aku. Ok.. fullstop!

Tapi sejak kejadian tu... dah 2 malam ni aku tido kat bilik sendiri bukak lampu hahahaha....

No comments: