Huh!! Baru balik shopping kat Jusco Maluri. Fuh... dah dua hari lunch time macam bapak aku punya company sesuka hati aku lak nak masuk pukul berapa. Hari ni aku memang tak de mood nak buat keje (apa nak jadik dengan aku ni hah!!!??? <-- marahkan diri sendiri nih)
Ala tadi pun aku bukan shopping apa.. cuma beli baju dgn seluar yg aku nak bawak gi Australia nanti. Itu pun, my actual intention for my mom's. Sebab my mom tak tahan sejuk, so just prepare for her la. Aku tak kisah sangat. Kalau dia nak aku bagi, tak mo, aku pakai jek. Aku bukan kisah sangat trend-trend ni. Aku main bohhh aje.
Hmm... tengah berkira2 bila la aku nak cakap dengan boss aku pasal cuti aku ni. Aku dah apply cuti since last week, tapi boss aku belum approve lagi. Hmm kalau tunggu lama lagi alamat tak cuti la aku. Mana buleh aku buat passport, dah selamat semua, dah shopping apa yang patut. Tinggal tunggu tiket dengan visa aje. Tu pun budak kat travel agency tu kata, just a phone call from us, she will arrange everything. We just come and pick up the ticket and visa, then off we goooooo..... huhuhuhu...
Huh!! Kalo kat company lama aku, waktu ni dah boleh balik dah. Pasal kalau ikut trend, memang every year during Merdeka Eve memang balik awal... kalo tak 1/2 day, kul 3 ptg dah buleh balik. Kat sini pulak, petang2 ni lah boss aku buat meeting. Lucky I was not summoned to be involved. Fuhhh...
Hmm esok MERDEKA. Apa erti kemerdekaan? Aku rasa it's quite a common question nowadays. Dalam dunia serba moden ni, apakah yg kita tahu tentang erti kemerdekaan. Kita bukan lagi duduk di zaman penjajah, kita dah lama merdeka. Esok genap kemerdekaan Malaysia yg ke-48. Tapi bagi kita generasi moden yg lahir selepas kemerdekaan, apakah sebenarnya erti kemerdekaan tu pada kita?
Bagi aku, dulu aku akui memang aku tak berapa 'faham' maksud kemerdekaan, selain dari Public Holiday la hehehe....(believe, me it's true) Tapi kini, lepas dah bekerja, aku makin menghargai dan menilai erti kemerdekaan itu.
Walaupun aku tidak secara langsung terlibat dengar program2 atau aktiviti2 ramai, tak de parti, tak de countdown, malah aku kadang sedapppp tidur kat rumah heheh. Tapi aku sambut kemerdekaan dengan cara aku yang tersendiri. Aku hargai pengorbanan orang2 lama dalam usaha mereka memerdekakan bumi Malaysia. Malah, aku bangga dengan anak bangsa yang terlibat secara terus dengan aktiviti yg dianjurkan ramai. But then, as I said, I celebrated it with my own way.
Well... to all Malaysians, Selamat menyambut Kemerdekaan Bumi Malaysia yang ke-48. MERDEKA!! MERDEKA!!! MERDEKA!!!!
No comments:
Post a Comment