
Sebenarnya banyak yang perlu aku lakukan hari ni. Biasalah asal Friday aje mesti banyak kerja yang mesti nak settle sebelum hujung minggu. But then since last nite, I had been wanted to write down my tot on film KL Menjerit 1.
Malam tadi opening show for KL Menjerit 1, kebetulan my hubby's fren asked us to join them watch the midnight show. Well, ok lah kan. Since my hubby memang mat motor (say it properly haaa bukan mat rempit tau). And he's such a fan of the previous KL Menjerit. Sampaikan cd KL Menjerit tu ntah dah berapa puluh kali tengok da. Nasib baik beli cd original kira tengok 40-50 kali pun masih ok cd tu. Kalu pirated cd, I believe baru 2-3 kali tgk dah sangkut sana sangkut sini.
Ok back to bisness! Kalau ada yang tanya pendapat aku (kalau adalah kan.... kalau tak de pun tak pe hehehehe), aku cuma boleh bagi **1/2 aje dari 5 bintang bagi cerita KL Menjerit 1 ni. On second tot, buang la 1/2 tu... so kira aku bagi ** out of 5 stars. It's not that aku tak suka cerita melayu. Aku suka jugak cerita melayu. Dan cerita KL Menjerit 1 ni memang aku tunggu. Lebih-lebih lagi dengan gandingan Erra Fazira dan Rosyam Nor, dan bersuara latarkan Saiful Apek hehehe. Memang aku tunggu juga cerita ni.
Tapi malam tadi, honestly I was quite disappointed. Bukan setakat aku rasa permulaan cerita tu yang lembab. Malah aku rasa pemilihan pelakon utama bagi watak Ku dan Khatijah yg kurang ternama dan asing bagi aku dan kebanyakan kita ni agak melemahkan semangat. Bagi aku la yang memang agak asing dengan dunia teater nama Que Haidar (pemegang watak Ku) adalah begitu asing selaki. Lebih2 lagi la Shahira Iskandar yang memegang watak Khatijah. Cuma, kalau tak bagitahu pun boleh tau, yang Sheera ni anak Aznah Hamid.
Cerita ni sebenarnya cerita 'flashback'. Cerita KL Menjerit 1 ni bukan sequence dari KL Menjerit, tapi 'antecedent' of KL Menjerit. In fact from the beginning, dah tunjuk what will happened. So selepas tu cuma to make up all the stories macamana Shahrul boleh sampai KL, macamana Shahrul dapat motor TZM tu, macam mana Shahrul kenal dengan Mamat, macamana sebenarnya cerita Ayu tu timbul (yang diawalnya dipegang oleh Lisdawati dalam KL Menjerit), dan pelbagai macamana lagi.
Aku rasa kebanyakan orang yang datang tengok cerita cuma nak tengok banyak part racing2 tu. Dan lagi bagi aku yang tak berapa kisah dengan adegan racing aku lebih suka tengok the story plot, cara bagaimana ia diterjemahkan dalam bentuk lakonan. Tapi permulaan yang lembab betul-betul mengecewakan. Terlalu panjang! Hah tu lah terlalu panjang masa yang diambil di permulaan cerita sebelum penonton rasa excited. Sehinggakan ramai yang mengeluh dan ada yang tertidur menunggu part2 yang menarik.
Aku rasa tak salah untuk menonjolkan watak Ku dan Khatijah, tapi ada di sesetengah tempat jalan cerita agak tergantung. Contohnya masa Nani (watak Erra) dan Shahrul berjumpa dengan Sam (aku tak tau nama pelakon ni, tapi he is the one yang merosakkan Khatijah ni lah). Dari mana Nani tu dapat tau tempat lepak Sam. Kenapa Ku nak berhijrah ke JB. Macam mana Nani boleh kenal dengan Khatijah. It's very vague dan mencacatkan jalan cerita. Malah cara cerita ini menerangkan kepada peminat betapa bermasalahnya Khatijah itu pun agak hambar dan mengelirukan.
Yang aku rasa bagus dan menarik ialah suara-suara 'belakang' dengan dialog bersahaja dan kelakar. Macam dialog Apek yang bersahaja, orang yang bercakap di telefon. Dialog-dialog macam tu yang banyak menarik minat aku.
Ok mungkin pengolahan pendapat aku bagi cerita ni kurang menarik dan agak lemah, I admit it. In fact this is the first time ever, I had writen my tot on any films in the net. Normally aku main cakapppppp je. But, why not you guys watch it out at the cinema. Probably later you guys boleh bagi pendapat you all pula berkenaan cerita ni. Till then, I pen off dulu.
adiosss... amigosss...
2 comments:
kot camtu kan li, buang karan aku je kot pegi... tunggu vcd jelah...
yup... kalau ko or laki ko bukan jenis 'gila motor' macam laki aku, then better off ko tunggu vcd la. but then, kalo ko berusaha nak menaik-tarafkan filem2 melayu, then boleh la ko tgk kat cinema. the sound system is much much better anyway.
Post a Comment