Raya makin merangkak ke penghujung Syawal. Tapi hujung-hujung minggu makin meriah dengan open house sana sini. Ramai yang ambil kesempatan buat open house sekali dengan house warming. Hehehe... tahun ni Alhamdulillah aku cuba gagahkan diri hadir ke setiap open house yang kawan-kawan atau sedara mara jemput.
Bukan apa, tahun lepas memang hampir semua jemputan aku terpaksa ketepikan atas sebab-sebab peribadi. Ala hubby aku dah la every weekend memang TAK cuti. Takkan nak pergi open house lone ranger lak kan? Orang lain kan main datang laki bini, anak beranak. Ish... aku cam tak tega lak datang sorang-sorang.
Tahun ni Alhamdulillah... so far setiap jemputan aku hadir. Bukan dengan hubby aku. Dia tetap busy macam biasa. 2 minggu lepas, 2 minggu berturut-turut aku import adik ipar aku mintak tolong temankan aku ke open house. Ala dia pun ikut je, dapat makan free lagi. Hehehee nasib baik juga adik ipar aku ni memang tak banyak songel. Dia follow je aku. Ni buat aku cayang kat dia lebih ni hehehehe...
Minggu ni aku pergi open house dengan ex-colleague aku. Aku memang seronok betul raya tahun ni. Aku dapat jumpa semula dengan ramai kawan-kawan lama. Ni untuk weekend ni pun dah de masuk dalam schedule dah ni hehehee..
Aku pulak? Bila aku nak buat open house? Bila nak buat house warming? Hahahaha naik jenuh aku nak menjawab soalan orang. Dah lebih setahun aku pindah ke Bukit Jalil. Malah dah dua kali raya, aku beraya kat rumah baru. Tapi... belum lagi buat house warming atau open house. sigh~
Sebenarnya bukan aku tak mahu buat open house, diulangi bukan aku tak mahu buat. Tapi kalau aku sorang je nak kena handle semua benda, baik la tak payah. Penatnya tak terhingga beb! Aku dah cakap kat hubby aku, unless dia boleh apply cuti 2 hari untuk bantu banyak benda, else lupakan aje hasrat nak buat open house tu.
So rasanya setakat nak makan-makan ni tak perlulah tunggu masa bulan Syawal aje kan? Aku rasa lepas Syawal pun masih boleh makan-makan lagi. Insya Allah, kalau tak de aral melintang. Aku ingin jugak nak jemput kawan-kawan ke rumah aku yang dah naik basi tu.
< ------------------------------------------------------------------------ >
Korean Series
Siapa gemar tengok Korean atau Japanese series? Well, I am one of the Korean / Japanese series fans out there. Aku sampai sanggup keluar duit untuk beli vcd-vcd Korean or Japanese series ni. Hahaha gilo agaknya aku nih...

Hari Sabtu baru ni, aku ke SPEEDY video MidValley cari cerita Something About 1%. Cerita ni sebenarnya masih lagi main kat TV2 setiap petang Isnin – Jumaat pukul 6 petang. Tapi aku balik kerja dah pukul berapa. Selalu aje tak berkesempatan untuk tengok cerita ni.
Jadi dengan semangat waja, lepas hantar hubby aku pergi kerja, aku pun pergi lah ke MidValley. Aku jumpa vcd ni kat SPEEDY video. Tapi sales person tu cakap tak de Malay subtitle, Cuma English subtitle. Aku pun no hal lah. English subtitle bukan aku tak paham. Aku beli la (my mistake – aku tak minta dia test dulu).
Aku balik rumah terus lah aku tengok cerita ni. 5 minit… 10 minit… 15 minit… ish.. negara mana guna English macam ni. Langsung lah aku tak paham. Nak kata direct translation pun erk… rasanya takkan la teruk sangat English dia. Aku punya lah cuba re-translate balik English subtitle supaya aku boleh paham jalan cerita, cehhhh langsung tak boleh.
No choice!!! Aku tepon balik SPEEDY video tu. Nasib baik dia kata boleh tukar dengan cerita lain. Pasal dia kata, kemungkinan there will be no other version for this series. This makes me curious, pasal member aku dapat pula yang ada Malay subtitle. So, Syam, terpaksa la aku mintak jasa baik kau untuk pinjam vcd cerita Something About 1% ni nanti.
So left with no choice, hari Ahad, lepas hantar hubby aku pergi kerja, sekali lagi aku buat lawatan sambil belajar ke MidValley. Sampai sana, sekali lagi aku habiskan masa untuk belek-belek cerita lain. Belek punya belek punya belek punya belek... last-last aku berkenan dengan cerita ni Sang Doo, Let’s Go To School. Sebabnya? Main actor dia Rain Bi hehehee. Aku dah ada koleksi cerita Full House yang dilakonkan oleh Rain Bi jugak. So I was quite excited to watch another great action from him. Well, still aku kena tambah 20 bucks coz this one is more expensive.So semalam lepas balik open house aku pulun tengok 3 cd. Hmmm menarik jugak cerita ni. Kelakar ada, sedih pun ada. Nanti kalau ada kesempatan, lepas aku habis tengok the whole 16 cds, aku cuba buat rumusan ok. No promise, but I will try my best.


Antara babak-babak menarik dalam Sang Doo, Lets Go To School
No comments:
Post a Comment