Tuesday, December 20, 2005

5 WEIRD / RANDOM THINGS ABOUT ME

Well, once again i let myself being tagged by - who else hehehehe PINAT la. No offence my dear, I luv it anyway. Lagi pun hari ni aku geram tahap cipan dengan laptop aku ni. Sepanjang hari dok betulkan power cord jek.

Ada problem dengan power cord laptop ni. Kadang baru charging 1-3% dah blackout pasal letrik tak masuk. Sabo jek...

Dari sehari ke sehari aku nak buat mende ni tapi tak terbuat jek. Ok pinat, the complement should go to you (aku tau ko nak tau benar perangai pelik aku kan?)


5 WEIRD / RANDOM THINGS ABOUT ME (at least these are what I tot weird about me)

1. Aku suka tengok vcd citer jepun/korea/kantonis dan yang seangkatan dengannya. Lebih-lebih lagi cerita yang bersiri yang panjang-panjang tuh. Kadang sanggup berhabis duit beli vcd cerita2 ni. Kadang tengok leh ketawa sorang2 kadang nangis sampai leleh air mata. Hehehehe mendalami sungguh. Tapi pun bukan semua. Aku pilih pelakon gak *wink*

2. Aku suka check hp laki aku. Check sms la... check miss call la... dial call la... Yea yea aku tau memang tak elok perangai tu. Tapi pengalaman lalu mengajar aku supaya berhati2. Which sometimes I admit I become over cautious pulak. Ok... my mistakes... but I cannot help myself. I think I better be ready than sorry.

3. Aku tak suka baca surat khabar atau dengar/tengok berita - in details. Ada tak ada pun aku baca headlines aje atau pun dengar headlines kat radio on the way to office. Bukan aku benci langsung. Cuma aku rasa kadang berita2 kat surat khabar ni mengarut jek lebih. Perkara yg penting tak diutamakan tapi perkara remeh yang didulukan. ~sigh~

4. Aku suka belikan laki aku barang. Macam2 lah dari majalah motor dia, baju seluar, kasut, stoking etc. Pantang aje aku tengok kasut dia dah mula koyak ke... aku mula la ajak dia shopping dan aku yang akan bayarkan. Kadang aku keluar sorang untuk belikan dia barang. Dari dulu sampai lah sekarang. Kalau aku keluar shopping sorang atau dengan kawan2 aku, mesti tak tinggal barang utk laki aku. Huh... bukan aku dapat anything in returns. Cuma aku suka tengok dia guna or pakai barang yang aku belikan untuk dia. Aku rasa dihargai. Yang untung laki aku la... hehehehe tak yah dia susah2 fikir. Semua isteri dah sediakan.

5. Aku suka simpan koleksi komik. Hehehe macam budak2 aje aku ni. Well... dulu la sekarang aku dah kurang beli komik2 ni pasal duit tu dah aku salurkan ke koleksi vcd dan buku cerita aku hehehehehhe. Koleksi yang paling aku minat dan aku simpan sekarang - Detektif Conan, Penyiasat Remaja Kindaichi. Koleksi aku yang aku simpan kat rumah mak aku - Dragon Ball, Dragon Quest, Yuyu Hakusho, Satria Pedang etc. Hehehehehe... koleksi yg kat rumah mak aku tu. Aku kongsi bersama dengan adik2 lelaki aku - Eya & Apis. Selalu dulu kalau nak beli Aku kuar RM2, adik aku tambah sorang RM1. Sekarang ni kira 70% masih ada. Yang lelain tu banyak cousin2 aku datang dan tumpang baca, kadang ada 'yang tumpang bawak balik'. hehehehe...

Ok I rest my case. So, I would like Izan, Syam, Sal, Imel, Red, Pinat (manalah tau ko nak buat sekali lagi ke hehehhe) dan sesapa kenalan yang baca blog ni to keep the chain going. Just think and jot it down. Boleh jugak buh kat comment aku ni supaya kita sesama buleh baca dan gelakkan diri sendiri hehehehehe.

2 comments:

PiN(u/a)Ts said...

wei, tak hinggin aku nak buat lagi sekali de.. :P

jom dating!

LMj said...

jom jom hari jumaat ni leh dating la... aku kat BTS