Friday, January 06, 2006

4 January punya cerita

Hmmm Pinat gak yg ingat apa aku nak cakap yeaaaaa..... erkkkk... wokey lah since aku pun dah janji kan. Manaleh tak tepati janji nanti kena makan janji. heh heh...

Ok actually aku memang le meronta-ronta nak share this exciting news dengan kaum kerabat, sahabat handai, rakan taulan semua.

Pada 4 Januari 2006, dengan rasminya akak aku (yg no-2) dah disahkan mengandung. Yip yip horeeeee......

Mesti korang tertanya2 mengapa aku excited beriya sangat. (hanya yang mengetahui sahaja yang memahaminya...) Well, akak aku tu dah kawin masuk 9 tahun. Ini kali pertama dalam tempoh 9 tahun ini dia disahkan hamil. Sapa tak happy beb!!!!!

Lagi pun, Insya Allah kalau kandungan dia tak ada masalah, dan berjaya sampai lahir nanti. Itulah bakal cucu betul mak aku.

Aku dah puas lompat, dah puas tersengih. Happy giler utk akak aku. Alhamdulillah akhirnya Allah kabulkan permintaan, doa dan usaha dia. Semoga lepas ni sampailah giliran aku pulak... amin...

No comments: