Tuesday, February 14, 2006

Malap Tahap CiPan!!

Hari ni aku rasa malap jek. Yeah.. MALAP aka MALAS aka MANDOM. Rasa macam nak amik 1/2 day EL aje pas tu gi layan tengok wayang ek. Best jugak macam tuh. Keh keh keh... aku pun belum berpeluang gi tgk citer BULI BALIK ni.

Time time slow macam ni, best kalo gi shopping. (buang tebiat aku ni... abis la duit aku kalo gi shopping time ni)

Sejak malam tadi kepala hotak aku ni tak berhenti berfikir. Ada pelbagai jenis manusia kat dunia ni.

Ada yang suka bercerita, tapi tak betah mendengar.
Ada yang suka berdiam, dan lebih banyak mendengar.
Ada yang suka bercerita dan suka mendengar.
Ada yang hangin or moody tak tentu pasal.
Ada yang suka menolong orang.
Ada yang suka cakap2 belakang.
Ada yang tak suka tengok orang lain senang.
Ada yang ...

Ya, dan pelbagai lagi jenis manusia. Combination of attitudes, behaviour and acts. Betul kata pepatah; Rambut sama HITAM, Hati lain-lain.

Walau pun sekarang ni, pepatah tu dah macam lapuk dek zaman, pasal sekarang rambut manusia pun bermacam2 jenis kaler dah. Ada coklat, perang, kuning, merah, biru... Bukan susah nak kaler rambut sekarang ni, gi jek salon. Kalo bajet ciput, gi beli hair coloring dan buat sendiri kat rumah.

Tapi aku bukan la nak cakap pasal kaler rambut hehehe (mengarut la aku ni).

Attitude. Problems. People. Yep... dengan pelbagai jenis kaler rambut yang ada sekarang ni. Sama la juga dengan pelbagai jenis manusia yang wujud di muka bumi ni. Sedang kan dulu, masa rambut majoriti kaler hitam jek, pun dah perlbagai jenis perangai manusia. Ni kan pulak bila dah bermacam kaler rambut. Lagi haru... *sigh*

Aku kadang pelik dengan manusia yang tidak cuba memahami keadaan orang lain. Kita hidup di muka bumi Allah ni, ada pelbagai masalah, pelbagai tingkah dan rencah kehidupan. Bukan semua orang dilahirkan dan dibesarkan dalam keadaan yang serba serbi lengkap.

Malah ada juga orang yang lahir cukup sempurna. Dibesarkan dalam keadaan yang bahagia. Tapi, jauh di sudut hati dia, kita tahu ke yang dia mungkin ada masalah? Masalah setiap manusia ni berbeza. Macam mana pelbagai kaler rambut, macam tuh lah pelbagainya masalah manusia kat dunia ni.

Cuma kita... KITA aje yang perlu luangkan sedikit masa untuk berfikir, kenapa sesetengah manusia bersikap macam tuh. Tak perlu nak pening kepala pk pasal orang yang jauh2 tuh. Cukup kita limitkan scope kita pada orang sekeliling kita.

Kawan2 kita, rakan sekerja, family kita - Kenapa ada ketika mereka bertindak macam tuh? Kenapa ada ketika mereka berbohong? Kenapa kadang2 kita tgk mereka over happy? Mereka tak de masalah ke? Kenapa ada sesetengah orang suka bercerita? Kenapa ada orang over sensitive?

Cuba kita renungkan kembali dan berfikir secara rasional dan waras. Think positive.

Mungkin diaorang malu nak bercerita masalah diaorang.
Mungkin diaorang ada masalah duit.
Mungkin diaorang ada masalah family.
Mungkin diaorang ada masalah kesihatan.
Mungkin diaorang rasa dengan berbohong, diaorang buleh lupakan masalah sendiri.
Mungkin diaorang dah penat nangis, so better diaorang jadik happy.

Bukan semua ni dilahirkan sempurna; sempurna fizikal, sempurna hati, sempurna perangai. Bukan semua manusia ni boleh memahami orang lain. Ya memang betul. Tapi tak salah, if we're doing our part of life by trying to understand others.

Mungkin dengan cara itu kita secara tak langsung menyumbang kepada masyarakat dan pada diri kita sendiri.

..... aku bukanlah manusia yang sempurna, tapi aku sentiasa cuba untuk jadi lebih baik dari dulu .....

..... kalau ada salah dan silap, harap dimaafi. Man can only see other's back, but nt his own .....

..... sesungguhnya yang baik datang dari Tuhan, dan yang buruk datang dari diri aku sendiri .....


No comments: