Tuesday, October 10, 2006

Kisah keluarga aku...

Hmm hari ni masuk hari ke-17 puasa di bulan Ramadhan. Bersamaan dengan hari Nuzul Quran. Petang ni ada majlis berbuka puasa anjuran opis kat Equatorial Bangi. Aku join la, makan free beb!

Hari ni gak 10/10/2006 - Birthday Wiwie. Happy birthday my dear!

Hari ni gak... (hehehe! macam-macam sungguh berlaku hari ni) boleh balik awal. Kul 4 dah dibenarkan balik. Yahoo!!!

Hari ni gak... aku gi ronda ke website pendita rog merangkap adinda aku.

Hmmm i'm always very-very impress dengan kebolehan adik aku sorang ni berkarya. Entah kenapa dia lama dah stop. Aku tau dia sendiri tahu kebolehan diri sendiri. Cuma kenapalah tak dikembangkan bakat yang sedia ada tu?

Mungkin jugak kalo aku singkap sejarah keluarga, bakat menulis (serba sedikit la) yang aku ada, yang adik aku ada... kami dapat dari arwah abah. Arwah abah dulu seorang yang aktif dalam cabang seni.

Dia boleh bermain alat muzik, dia boleh menari. Dia juga agak kreatif. Mana tumpah kuah kalau tak ke nasi. Cuit sini sikit, sana sikit ada la anak-anak yang dapat tempias-tempias genetik arwah abah. Hehehe...

Akak aku yang sulung aku akui la, mempunyai suara yang agak merdu. Tak le popular. Tapi lebih baik la dari kami adik beradik lain hehehe. Malah dia juga paling aktif (dulu la) dengan tarian. Sehingga membawa dia sampai ke Sabah Sarawak hanya dengan tarian. And she is a damn good counselor. Just that, aku tak mo le cakap depan dia, nanti kembang semacam jek wakakakaka...

Akak aku yg no-2. Hmm... yg ni agak kureeeng skit seni nya hahahaha... Tapi dia lah yang paling rasional antara kami. Macam tak percaya dulu aku dengan dia macam anjing dengan kucing. Tak leh jumpa, mesti gaduh jek. Sekarang ni, aku rasa diri aku lebih rapat dengan dia. Ye lah masing-masing dah berkeluarga kan.

Adik aku yang first, agak terserlah bakat keseniannya. Dia boleh bermain alat muzik. Walhal tak pernah dia dapat pendidikan formal tentang muzik. Tapi dia sorang jek la yg ada gitar tong 2 ketul, dan gitar karen 2 ketul kat rumah tuh. Dia jugak paling berbakat dalam penulisan dan berkarya. Dia pernah jadi ketua editor masa zaman persekolahan. Cuma dia tak kembangkan bakat dia. Dan kami amat jarang sangat dpt membaca hasil nukilan dia. Well, my dear now u can start writing back. And I will always be behind you and support u.

Adik aku yang bongsu. Hehehe... yang ni pelik skit. Dia sorang jek dalam adik beradik yang aktif sukan. Dia main ragbi & bola. Hehehe... Seni?? Hmm kureeeng gak kot hahahahah... Tapi aku tgk gambar-gambar dia ada gak dia terlibat aktiviti kesenian masa kat Sydney. Tapi yang sorang ni memang ada tokoh sebagai pemimpin.

Dan aku.... hehehehe aku paling low profile antara kami adik beradik. Aku rasa aku tak de bakat yg bebetul terserlah. Cuma sikit sana, sikit sini. Boleh berkarya, tapi tak sehebat adik aku. Aku minat gak menari (masa dulu la) tapi tak sehebat akak aku. Aku minat gak muzik, tapi tak sebaik dan sehebat adik aku. Sukan? Hehehe aku suka tgk sukan, segala macam jenis sukan. Tapi terlibat dalam sukan? Heheheh kim salam jek la.

Kalo korang tengok kitaorg adik beradik, bukan aje perangai dan bakat tu lain-lain. Tapi rupa pun tak sama. Hehehehe....

Tapi yang paling aku greatful. Pada mak. Kerana pada aku mak adalah wanita paling tabah pernah aku jumpa. Selama lebih 15 tahun mak membesarkan kami adik beradik sorang-sorang aje lepas arwah abah kembali ke rahmatullah. Mak very independent. And she is very strong.

Alhamdulillah walau pun anak-anak mak tak de le sampai yg jadik Datuk ke... hehehee tapi tak de sorang pun yg flop. Semua anak-anak mak menjadi. Boleh berdikari dan berusaha sendiri. Dan kami close sesama kami.

Till the end do us part....

No comments: