Friday, February 09, 2007

Banyaknya dugaan Tuhan

Hmmm... lamanya tak update blog ni. Banyaknya dugaan Tuhan kat aku... Macam-macam yang berlaku dalam tempoh 2 bulan setengah ni. Sampaikan aku rasa kalo aku nak cerita secara details kat sini aku dah tak tau nak start macam mana.

Jadi untuk kawan-kawan aku yang sebelom ni sentiasa mengikuti perkembangan aku kat sini, aku ringkas kan seberapa ringkas yang boleh ok.

1-Disember- 2006 menyaksikan pemergian bonda yang tercinta ke rahmatullah. Pemergian mak yang tiba-tiba sahaja amat mengejutkan aku sekeluarga. Tapi aku redha dengan ketentuan Tuhan. Masa mak dah sampai. Mak pergi dengan tenang...

Mak tak berseorangan masa dia pergi. Alhamdulillah adik-adik aku ada kat kampung. Malah beberapa hari sebelum tu mak sempat datang rumah aku, then gi rumah akak aku kat seremban. Macam dah tau-tau aje masa dia nak sampai, dia jumpa semua anak cucu dia.

Tapi masa tu mak memang sihat... yelah sihat dia lah kan. Dia masih boleh berjalan. Tapi tu lah... aku percaya Allah hanya menurunkan dugaan kepada hambaNya kerana Dia tahu hambaNya mampu melaluinya.

Aku redha, malah amat bersyukur kerana mak pergi dengan keadaan seperti yang dia doakan selama ini. Mak pernah kata, mak tak mahu menyusahkan sesiapa pun kalau mak meninggal - memang mak tak menyusahkan sesiapa. Mak tak sakit tenat. Malah mak pergi dengan kalimah Lailahaillallah. Mak tak mau bila saat tu sampai, mak berseorangan; Alhamdulillah dengan izin Allah saat tu anak-anak bujang mak ada kat sisi mak. Kami, anak-anak redha aje lah. Cuma terkejut... memang terkejut... Ya Allah, sekelip mata kami adik beradik dah jadik yatim piatu.

Sekarang ni Alhamdulillah aku dah tenang. Rindu tu memang lah ada... Rasa menyesal pun ada. Sebab tu pepatah melayu kata, menyesal kemudian tiada gunanya. Aku sesal sebab tak menelefon mak 2-3 sebelum dia meninggal. Aku sesal sebab aku tak pernah ucap, aku sayang mak depan dia. Aku sesal kerana aku rasa aku rasa tak cukup peluk mak sejak aku dewasa ni. Aku sesal kerana aku tak cukup apa aku beri kat mak selama ni, tak seperti apa yang dia pernah bagi kat aku. Aku sesal kerana, aku takkan berpeluang buat tu semua lagi.

Pada kawan-kawan yang masih mempunyai bonda, telefon la dia selalu. Jangan apa yang aku sesali sekarang korang lalui nanti dah la.

Seminggu lepas pemergian mak, 9-Dis-2006, kakak aku yang sulung pergi ke menunaikan haji. Aku rasa lost sangat tapi takkan nak tunjuk depan akak aku kan. Nanti dia pergi tak tenang, tak dapat pulak haji mabrur.

Mak tak de... kakak sulung tak de. Kami yang tinggal kena lah pandai-pandai sendiri. Pulaknya Huda asyik cakap dia rindu jedah. Mama Ly pun rindu jedah, Huda.

Then 3 minggu lepas, pada tanggal 19-Januari-2007, aku buat laproskopi & minor operation kerana disahkan mengandung luar rahim. Salur sebelah kiri tak dapat diselamatkan, jadi doktor terpaksa buang untuk mengelakkan dari jangkitan di rahim. Masa aku tau aku mengandung dah agak lambat, kerana masa tu aku dah start bleeding.

Bila scan doktor kata rahim aku kosong, tapi test upt +ve. Dan bila scan luar rahim dah banyak darah. Terpaksa buat operation secepat mungkin. Agaknya dah memang belum sampai rezeki aku.

Sedih. Sayu. Macam-macam aku rasa. Paling sedih bila aku fikir, kali ni tak de sapa jaga aku. Teringat masa aku gugur hari tu, mak terus dtg KL. Bawak aku balik kampung. Jaga makan minum aku selama seminggu. Tapi kali ni aku macam tak pantang sangat. Pantang gitu-gitu la. Sapa nak jaga aku lagi... hehehe kena la berdikari sendiri.

Sekarang ni kami masih pening memikirkan macamana la nak uruskan pembahagian harta. Tak le banyak tapi urusan macam tu manalah kami pernah buat. Selama ni kami adik beradik memang banyak bergantung pada mak. Semua mak. Kali ni kami bebetul rasa patah kaki sebab kena uruskan sendiri.

Tapi... setiap yang berlaku ada hikmahnya kan? Aku percaya itu... dan walaupun apa yang berlaku aku bersyukur kerana atas didik mak & abah kami adik beradik bersatu.

No comments: