Monday, March 12, 2007

Beregu kita juara Seluruh England

Sapa tengok match malam tadi? Hehehe... best giler....

KUALA LUMPUR 11 Mac – Pasangan sensasi negara, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong menamatkan kemarau 25 tahun Malaysia apabila muncul juara beregu lelaki kejohanan badminton berprestij Seluruh England di Birmingham, hari ini.

Pasangan remaja negara itu, yang memulakan tahun 2007 pada ranking ke-119 dunia, mengejutkan beregu nombor satu dunia yang juga juara dunia, Fu Haifeng-Cai Yun dari China 21-15, 21-18 pada perlawanan akhir.

Kali terakhir Malaysia merangkul kejuaraan beregu lelaki Seluruh England adalah menerusi pasangan adik-beradik, Razif-Jalani Sidek pada 1982. selanjutnya...

No comments: