Isnin ni (13/8/07) aku akan ke Bangkok dengan Yam. Bukan makan angin ek. Tapi gi training. Company hantar. Excited gak nak gi. Ye lah dulu memang la aku penah gi Haatyai. Tapi tu ikut trip member, pastu naik bas.
Tapi at the same time tension gak. Last minute betul baru kitaorg dapat tau kitaorg kena pergi. Boss kata suh pergi hari Selasa masa meeting. Petang tu terus Yam gi buat passport (psss.. yam pasni leh la kita carik keje kat Singapore hehehehe...).
Hari Rabu baru nak apply for training. Kitaorg pun sebenarnya naik segan + malu nak apply training. Ye lah... kitaorg ni sedar diri tau. Department aku, dah lama tak de projek besar. Asyik2 projek ciput2 je. Mana tak nya bos tak mau carik bisness. Kitaorg dengan nak handle customer lagi... (cukup la pasal boss aku tu... buat hilang mood je citer).
Dan kitaorg pun dengan confident nya ingat sure la Director tak approve training tu. Dah le kat Bangkok. Yang mintak team yg tak de sales lak tuh. Tak disangka2 petang Rabu tu boss approve.
Cuma aku rasa sesak nafas sikit la. Masa tu la sibuk nak carik flight. Sib baik ada Air Asia (sekarang semua orang boleh terbang .. wakakakaka). Flight settle. Hotel plak. Semalam dah sedap la ingat leh dapat Pan Pacific Bangkok sebab hotel tu satu building dgn Oracle. Tapi petang semlm dapat tau fully booked plak. Ada festival apa ke mende ntah kat sana.
Pagi ni masuk opis dapat tau dah settle hotel termasuk transfer from hotel to airport. oklah tu... Alhamdulillah... cuma jauh mana dari hotel ke Oracle aku pun tak tau. Hopefully jangan jauh sgt... Hopefully kitaorg still leh naik teksi le tiap2 hari. Kan apa... kitaorg kena bawak notebook sendiri gi training tu. Adeiii... dengan keadaan aku sekarang... nak usung notebook tu tiap2 hari ke hulu ke hilir... memang la aku tak sanggup.
Tapi Insya Allah aku dapat settle semua. Oooo... training sampai bila??? Dari 14/8 hingga 18/8. Full dari 9.00am to 7.00pm Bangkok time.
Tapi flight aku 13/8 la... dan balik sini 19/8. Toksah la nak kirim2 sgt ek. Aku ni tak berani nak janji apa2. Bukan apa aku tak tau ntah sempat ke tak nak jalan... Lagi le aku mana la leh bawak barang berat2. So mana yang sempat la ek (errr... buat akak2 dan adik badik aku, Insya Allah korang la diutamakan ok...) Jangan plak harap t-shirt je eh. 10 orang mintak t-shirt masak la aku nak bawak tuh... Kalau laki aku ada tak pe... ada orang tukang bawak beg wakakakaka....
Ntah kitaorg berani ke tak nak jalan kat tempat org. Hehehehe aku ni bawak anak dara orang tau. Wakakakakaka....
Sekarang ni ntah bila la nak dpt cash advance. Adoi... kalau tak dpt terpaksa la aku kuar duit aku sendiri... ooo tidakkkk.... Memang lah leh claim. Tapi claim ujung bulan tau beb! Ada yang balik Bangkok aku makan megi jek. Pastu nak tukar duit plak tu lagi. Tak mo la tukar kat bank.
Tapi pada masa yg sama excited la... wahhhh... ye lah takkan nak tipu kot. Mesti la excited dapat jejak kaki ke negara orang tanpa aku perlu kuar sesen pun hins hins hins...
So... Insya Allah kalao aku dapat hotel yg ada wireless aku update la perkembangan aku kat sana memalam kalau aku free ek. Kalau tadak (adoiii... mau mati kutu aku kalau seminggu dok terperap kat hotel tetiap malam tanpa internet), tunggu la aku balik nanti ek.
Erk!!! Lama la kita tak dapat borak ek. Semalam la last kita dpt borak jap. Hari ni ko dah cuti... Pastu aku lak gi Bangkok. By the time aku balik dari Bangkok ko plak gi Europe. Wakakakaka pastu tak cukup tangan la kita nak menaip pengalaman kita ek... Wahhhh....
No comments:
Post a Comment