Yea... demam Merdeka la ni. Sana sini orang memperkatakan pasal Merdeka yang ke-50. Aku tak nak ulas panjang lebar la. Sebab erti kemerdekaan bagi setiap orang tu berbeza. Kita yang lahir selepas berlalu zaman penjajahan ada erti kata sendiri berkenaan dengan kemerdekaan.
So, macamana merdeka celebration? Aku? 31 Ogos yang lepas aku gi warehouse sale Bata kat Klang dengan Seli & Ida. Hehehe... merdeka gak tu, dalam erti kata aku la. Seronok jugak membeli belah kasut. Abis penuh satu bakul. Adoii nak rambang mata aku. Mana taknya sandal comfit yang selalu rege RM88 leh dapat dlm RM19.50. Kasut bata yang selalu rege RM39.99 ke RM29.99 leh dapat RM4.50 ada yang RM9.50.
Kasut jenama POWER leh dapat dalam RM14.50. Adoii... gilo wakakakaka... Tapi tak leh celen 'gilo' si Ida tu la. Balik je dari Bata dengan kitaorg terus dia gi balik ke Klang gi Bata tu dengan laki dia. Hehehe...
Semalam aku gi jumpa Aiza & Fatin. Lama tak borak. Macam-macam yang kami borakkan. Fuh... balik tu, aku singgah bilik hotel Aiza. Jumpa plak dengan Anis & laki dia. Hehehe 2-2 semakin berkembang. Hehehe... rindu plak akt kengkawan lama.
No comments:
Post a Comment