Friday, December 28, 2007

Weekend Paling Bermakna

Aku rasa weekend ni lah paling bermakna dalam hidup aku. Bukan kerana baru lepas raya haji or sebab aku cuti panjang dok perabis cuti tahun, tapi sebab...

Sabtu, 22-Disember-2007 yang lepas, tanpa plan,aku balik kampung aku. Walaupun dah sarat dah sekarang, akak dah 36 minggu dah dek... tunggu hari je ni. Tapi aku tetap gagah dan bersemangat nak balik.

Sebenarnya haritu family aku, keluarga Haji Salleh Kassim al-Jusmi buat julung-julung kalinya anjurkan hari
keluarga yang betul-betul dirancang dengan penuh teliti dan terperinci. Hampir semua anak cucu cicit keluarga Haji Salleh balik. Kecuali akak aku dan cousin aku yg merayakan Raya Haji kat pantai timur.

Aku pulak, kalau ikutkan plan memang aku tak balik. Takut la kan terberanak ke kat sana hahahaha... Tapi last minit aku berjaya memujuk laki aku balik. Walaupun penat giler. Sebab Jumaat mlm tu kul 1.30pg baru kami bertolak balik Johor, sampai jam 4.30 pagi. Dan lepas aje abis acara majlis jam 11 mlm, kitaorg bertolak balik ke KL. Fuh!! Penat siuttt...

Tapi memang bermakna. Majlis yang penuh perancangan bermula seawal 8 pg. Setiap ahli keluarga diberi buku majlis yang dinamakan Qalam Keluarga Al-Jusmi. Kulit depan dan belakang penuh dengan gambar-gambar lama. Qalam keluarga tersebut bukan aje padat dengan aktiviti yang dirancang, tapi yang lebih bermakna di dalamnya penuh dengan sejarah dan salasilah keluarga aku.

Baru le aku tahu dengan details asal-usul Tok Adi (panggilan untuk atok aku) - Haji Salleh Kassim al-Jusmi dan nenek tercinta - Hjh Saripah Ali. Atok aku berasal dari Aden, Yemen. Berhijrah ke Tanah Melayu seawal 1938. Berkahwin dengan nenek aku, yg pada ketika itu berusia 16 tahun pada tahun 1941. Dikurniakan 13 orang anak (termasuk seorang yang ditinggalkan di Yemen, sebelom berhijrah ke Tanah Melayu).

Dan aku baru tahu, nama asal nenek aku bukan Saripah. Tapi Khalifah. Selepas berkahwin dengan Tok Adi, atok aku tukar nama dia kepada Saripah (ejaan sekarang ni Sharifah la kan.. komersial sikit).

Dulu mak aku selalu gak cerita asal usul Tok Adi dan nenek. Tapi ye lah tak le mengikut rentetan cerita. Tapi sikit-sikit la kan. So dengan adanya hari keluarga, mak long aku telah bercerita dengan lebih lengkap. So at last, I managed to put parts and puzzles into pieces hehehe...

And believe me, I am more appreciative towards my family now. Sebab baru aku faham betapa susahnya hidup arwah Tok Adi dulu. Betapa susahnya hidup mak aku yang dia lalui masa zaman dulu. Atok aku penah rupanya kena tangkap beberapa kali masa zaman Jepun dan hampir kena hukum tembak. Tapi berjaya melarikan diri. Semata-mata komunis sangka dia ni pemberontak.

Pagi tu majlis dimulakan dengan explorace. Hahaha.. aku ingat budak-budak je la kan. Tapi rupanya sapa je masuk kategori cucu kena masuk. Sib baik aku excuse sebab sarat hahahaha... Cucu tua pun masuk tau. Giler best!! Mana taknya cucu tua yang dekat 40 tahun satu group dengan cicit yang baru 3-4 tahun. Hehehe... tak ke haru.

Tengah hari, kami jemput penceramah dari luar untuk bagi ceramah keluarga. Memang best la ustaz tu bagi ceramah. Petang majlis BBQ. Time ni dah rileks-rileks sikit la...

Malam pakcik aku dan mak long aku mula bercerita tentang asal usul keluarga kami. Dan majlis diakhiri dengan slide show yang adik aku prepare dari gambar-gambar lama. Huh!! Memang climax giler la. Sayu siuttt..... Lagi-lagi bila tunjuk gambar-gambar ahli keluarga yang dah meninggalkan kami buat selamanya.

Paling aku sayu, part family aku la.... slide show mak & abah aku. Alahai... meleleh aku. Malah suasana senyap giler time tu. Semua rasa tersentuh dan terharu.

Tapi itu lah weekend yang paling bermakna buat aku. Hehehe nasib baik aku balik. Berbaloi... Aku sayang keluarga aku...

4 comments:

izanireni said...

waah.. family day..tak masuk news paper ke? selalunya ada kan

LMj said...

tak de... tak yah la masuk paper. ni kitaorg mmg close to each other bukan yg mcm masuk paper tu tak semesti close. dulu-dulu pun penah buat gak, tapi tak le teratur mcm ni. hehehe

izanireni said...

oooo hehehe. ingatkan long lost family

abc said...

ok lagikla nenek ko kawin age 16..nenek aku kawin age 12 ko!! serius!

kata nenek aku masa dia kawin ngan tok ayah aku tu..memang bebudak la...main2 kejar2 lagi hehehehe..