Tuesday, January 29, 2008

Hadirnya NURUL NABIHAH

Alhamdulillah... selepas 6 tahun 8 bulan menanti... akhirnya life aku & family lengkap dengan kehadiran NURUL NABIHAH BT MOHD NADZRI pada Ahad, tanggal 20 Januari 2008 yang lepas, bersamaan dengan 11 Muharram 1429 hijrah, jam 4.15pm

Aku dah selamat melahirkan cahayamata pengarang jantung hati mama & ayah ni kat Hospital Serdang. Alhamdulillah lahirpun normal (walaupun aku dah hampir putus asa nak operate je hehe)...

Terima kasih pada kawan-kawan yang memberi ucap selamat samada melalui sms, phone or email. Minta maaf banyak-banyak sebab aku terus je balik ke kampung lepas discharge dari hospital. Pada yang dah plan-plan haritu nak jenguk kami anak beranak kat spital ke kat rumah ke... ampun maaf dipinta. Postpone la ek... nnt ujung Februari atau paling lewat 1 or 2 March aku balik KL.

Gambar? Ada banyak..... dalam hp & kamera. Tapi tak bawak kabel la beb. So nanti next time aku upload gambar anak aku. Aku pun nak buat 'cerpan' (cerita panjang) cewah... pasal pengalaman pertama aku di saat bergelar ibu... Tapi nanti la bila kelapangan ek.

Ni pun anak aku buh kat bouncinette je nih... sebab dia tido-tido ayam je tu. Mama dia sibuk la nak bukak internet gak wakakakaka....

4 comments:

edrina said...

Hi Lili,

Tahniah dr ed & ajis. Selamat berpantang & jaga diri elok2 :-).
Nurul Nabihah..sedap makna tu :-)
Hope u enjoy every moment of it.

LMj said...

Tq Ed. Masa kat labor room aku dok pk la cemana korang leh branak ramai2 ek. hahaha.... tapi lepas dah mula leh duduk ni, aku dah pk nak tambah anak lagi wakakaka... bestnya kurniaan Allah yg satu ni.

abc said...

Tahniah lilyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy.....i'm sooo...sooo happy for you both... berbaloi ngan apa yang ko lalui sebelum nih..

LMj said...

to ReD,
toce toce... memang berbaloi. setiap apa yg Allah turunkan tu ada hikmahnya.