Wednesday, March 26, 2008

Selamat kembali bertugas

Hari ni hari 1st kembali bekerja selepas lebih 2 bulan berehat minda dari memikirkan kerja. Hehehe.. minda tang kerja opis je yg rehat. Badan... tenaga... tak rehat wo... Dok rumah jaga anak ni lagi penat tau. Otak tak penat. Tapi badan letih siutttt....

Hari Isnin lepas patut aku dah start keje. Tapi sebab aku lately asik demam je, so tak dapat nak uruskan nurseri anak on time. So sambung cuti lagi 2 hari la. Hari ni baru officially start keje.

Adeeeiii... lari jap la gi surau... nanti aku sambung citer.

Hehehe.. selesai... Tadi lari gi surau jap. Jalankan kewajipan baru selepas bergelar ibu ni. Perah susu... hehehehe *malu ni...* Kalau tak perah mau bengkak lagi la karang. Ni pun lepas perah rasa berdenyut-denyut lak. Sebab nak proses cycle baru kot. Adeeeiii.. ni la pengalaman paling tak boleh aku nak gambar kan, yelah lepas pengalaman bersalin la.

Bila anak menyusu badan tu macam2 aku rasa. Rasa happy bila anak menyusu badan. Rasa kasih sayang melimpah ruah mengalir... bila menatap wajah anak yang tengah menyusu badan. Ni lah orang kata naluri ibu agaknya.

Tapi pada masa yang sama rasa tension, penat, letih semua package ada la. Lagi la time anak nak mengempeng aje... Time dia tak tarik2 puting dengan gusi dia yang tajam tu sambil menggeliat. Adoooiii.... Rasa tension bila kena puting merekah dan tak baik-baik sampai sekarang. Uwaaa.... Rasa takut bila tengok puting bernanah pulak. Lagi takut bila orang kata, kalau nanah tak kuar kena minor operate bagi keluar. Rasa sedih dan sayu yang meruntun jiwa bila lepas beberapa hari tak menyusu badan, anak dah tak mau dah menyusu badan. Adeeeiii... rabak betul hati aku.

Tapi aku kuatkan semangat, sekarang aku perah je la. Khasiat susu ibu yang aku banyak baca buat aku rasa kalau boleh nak bagi anak minum susu badan sebanyak mungkin.

Adeeeiii.. apsal la dah perah pun masih rasa sakit lagi ni. Aku perah tak abis kot tadi. Hmmm nampak gaya petang sebelum balik kena la aku perah lagi.

Ish... tak malunya aku dok citer pasal perah susu badan lak.... Wakakakakaka... tak pe pada kengkawan yang baru nak melayari bahtera rumah tangga.... *wink kat awa* jangan takut ye. Pengalaman ni walaupun macam mengerikan tapi menyeronokkan. Hehehe sapa dah kawin dan ada anak je dapat rasa tau. Tak caya tanya Ida... Seli...

Errr... nanti la aku donlod gambar anak aku lenkali la ek... hari ni tak bawak kabel.

No comments: