Friday, June 06, 2008

Notebook oh notebook

Semalam pagi aku ambil notebook baru dari HR. Dah katanya dapat notebook baru, so aku kena la transfer semula file dan document aku ke notebook baru. Pastu kena pulangkan notebook lama pada HR supaya dia leh bagi noteboook lama pada staff baru.

Semalam aku dengan bangga amik la notebook tu. Belek-belek. Perghh!! Best siutttt.... Pastu mula buat senarai apa yang perlu aku install. Pastu mula prioritize.

So, 1st sekali kena buat partition la. Supaya next time kalau nak reformat tak yah la nak backup driver tu. So aku pun install Partition Magic. Siap install aku pun run la.... Sekali error. Erk!! error... rasanya aku buat sama macam dulu. Oooo... silap kot... aku pun run lagi...

Reboot pc, then tengok error lagi. Aku pun run lagi... error lagi... run lagi... error lagi. Aku pun buzz Mizi tanya cemana ni... dulu buat senang jek. Dia kata nanti dia naik tolong tengokkan. Ok.

Lepas lunch, dia pun try la run lagi... error lagi... Erk! Run lagi... error lagi... terus tak leh masuk windows dah. Abisss.... cemana ni. Mizi kata ada driver tak? Takde... tapi recovery ada la. Copy recovery dari notebook Yam (kebetulan Yam pun dpt notebook baru gak).

Pagi ni, aku mula la try run recovery. Tak leh... abis... Mizi bawak masuk spital (masuk sysnet). Dia dgn Shol pun usahalah... Tak boleh gak. Sebelom tengahari tadi dia kata, try run lunix, pastu install windows balik guna linux. Sukati la janji aku leh guna notebook tu. Sebab aku nak kena pulang notebook ni.

Aku pun email pada HR mintak time extention. Kalau tak berjaya gak, Isnin aku kena call HP mintak rescue 911. La ni aku rasa nak nangis pun ada... nak ngamuk pun ada... kenapa la kena macam tu. Aku lom sempat nak guna pun notebook tu.

1 comment:

abc said...

Ko tak baca Bismillah kot ..*lol*