Lama la nak tunggu gambar-gambar dari professional cameraman. Ntah bila aku dapat tengok. Tapi hasil ihsan Nur (cousin aku yang baru beli kamera hehehehe) dapat la aku cilok beberapa keping gambar masa reception adik aku dari FB dia.
Alhamdulillah majlis berjalan lancar. Terima kasih beribu-ribu lemon buat akak sulung aku dan abang ipar aku yang merancang penuh teliti dan penuh kasih sayang. Juga terima kasih buat ketua rewang a.k.a abg ipar aku sorang lagi. Juga buat asben aku yang jadi toke air.
Buat adik lelaki aku yang jadi majlis perbandaran... hehehehe
Aku? Aku jadik maid... jaga anak sendiri. Sebab anak aku tak mo dengan orang lain. Tapi sempat aku selit prepare acara memotong kek. Yang mana selepas tu kitaorang yang belasah. Pengantin tolong potong jek.
Yang pasti tema haritu sepatutnya purple.... sebab tu kitaorg prepare semua purple. Siap adik badik beli baju purple lagi. Datang pengantin gi tuko baju kaler cekelat. Ok la tu.. tema cekelat - purple. Sib baik kak Sarah (mak andam) leh adjust pelamin ada combination cekelat & purple...




No comments:
Post a Comment