Hari ni saya berada di opis. Di hari sabtu ni saya kena keje lagi. Sekarang ni keje tak tentu masa dah. Ikut sesukati depa je nak buat hari weekend la.... malam la. Ye lah nak kejar dateline memang la macam ni. Kalo dak, dead la jawabnya...
Tapi buat saya yang ada anak kecik dan tak de maid kat rumah. Agak susah gak la. Kalau setakat hari tu sabtu tu ok la lagi. Sebab saya masih boleh hantar biha ke nurseri... Tapi kalau ahad dan malam, so far saya cuba kalau boleh jangan la kena schedule saya. Mana la saya nak buh anak saya.
Nurseri tutup. Asben keje shift. Haiihhhh... bukan semua orang paham kan? Pada yang paham, Alhamdulillah la... pada yang tak paham... ada la yg cakap suh amik maid la... suh bawak anak gi keje la... suh berenti keje la.
Sedey la macam ni kan?
Tapi saya cool... hahahaha nawaitu saya bekerja untuk cari nafkah untuk diri dan keluarga saya. Jadi biar la orang nak kata apa. Macam pernah saya cakap dulu... hanya yang melaluinya yang memahaminya.
Haizzzz.....
Saya nak sign off jap. Saya kena sambung diskusi. Saya tak mo dtg keje esok. Esok saya nak main-main dengan anak saya. Dah la biha demam. Muntah-muntah, batuk-batuk. Sedey la tengok dia skang. Tapi mama dia lebihkan keje je skang.... uwaaa..... Biha, maafkan mama....
Oh ya.... skang ni saya bz tahap gaban. Jadik jarang beno saya update blog ni. Sebelum saya terlupa nak update pada tarikh tu nanti....
20-Januari ni besday biha yang pertama. HAPPY BIRTHDAY ANAK MAMA.....
Pejam celik pejam celik.... sekejap biha dah setahun. Rasa sakit bersalin masih ngilu2 jek lagi. Tau-tau je anak saya dah jalan, dah berlari, dah tumbuh gigi 6 batang.... sekali sekala leh panggil saya mama.... hahahahaha aduiiihhhhh..... nikmatnya anugerah Allah yang satu ni.
Hari selasa ni gak Biha akan kena cucuk. Tapi skang dia semam. Saya harap demam dia leh baik sebelum selasa ni. Kalau postpone susahnya mama nak allocate time lain ni.
No comments:
Post a Comment