Hari ni tetiba dah petang-petang macam ni saya rasa amat tension sekali.
Bukan dari pagi. Pagi tadi saya ada training SQL kat opis SBI. Tak rasa tensen sgt pun walaupun saya tak berapa menumpukan perhatian. Sebab bila exercise, Alhamdulillah saya masih boleh buat.
Tengahari tadi pun saya masih bersukaria makan tengahari di Pizza Hut Taman Cannought sempena meraikan farewell Siti Hajar yang akan menyambung khidmat ke jabatan kerajaan minggu depan.
Balik opis, saya turun ke admin sebab nak fotostat report untuk discussion saya Isnin nanti. Tetiba ada orang sergah saya dan cakap "tahniah! tahniah! meh la kembali ke ERP. project MCMC dah dapat. akak telah dilantik jadik PM. Pagi tadi masa meeting dah announce." Lebih kurang cam tu la ayat dia (lepas saya tolak campur mana patut)
Adakah saya bergembira? TIDAK!! Sebaliknya saya amat lah tidak happy. Sebab? Saya memang dengan boss saya, saya tidak boleh nak bekerja bersama dia sangat. Saya tak happy bekerja dengan dia. Jadi saya berusaha untuk keluar dari team lama (actually still masih team saya) saya.
Alhamdulillah atas usaha saya dan pertolongan Aziz (yg takkan saya lupa), saya dapat keluar dari team lama saya. Since end of 2007 saya telah mulakan tugas dengan team lain. Saya jadi SA. Buat requirement analysis. Bagi training, meet customer.... well i found my happiness. Walaupun kerja saya penat sebab kena ke sana sini. Sebab pada masa yang sama, saya masih buat support untuk existing customer saya. Dan masa saya sibuk.... kadang sabtu saya kena kerja. Malam pun kena bukak balik notebook sebab nak siapkan dokumen.
Tapi saya happy. Dan saya suka kerja saya. Sekarang beban saya makin banyak sebab saya kena belajar technical plak supaya saya boleh paham kehendak developer pulak dan buat document untuk mereka. Tapi saya.... happy....
Sebab tu bila saya dapat tahu saya akan ditarik semula ke team lama saya utk manage project baru saya tak happy. Saya rasa tension. Bukan saya tak bersyukur dengan kepercayaan yang diberikan kepada saya. Saya bersyukur... tapi saya tahu dalam hati saya, saya akan rasa tension balik macam dulu.
Sekarang sejak 1-2 tahun ni saya dah tak cari kerja tempat lain lagi. Sebab saya happy dengan kerja saya. Walau sibuk pun... saya masih boleh senyum. Saya takut kang, lepas ni kerana tension dengan boss ada pulak saya carik kerja di tempat lain.
*sighhhh*
Adakah saya patut apply........................................ *sigh*
3 comments:
Bagitulah gamak nya keje dibwh telunjuk org. main tolak tarik jek. sy merasainya juga satu ketika. tp x pe kite seorg pejuang. kak lily hwaiting! kimbum hwaiting haha
mmm tak best kan biler boss tak best... lily..aku tgh pulun cariks kejer ni..harap2 sangkut lah mana2 :-)..
seli, ye kita ada adalah jet pejuang.. opss!!
ed, aku doakan ko cecepat dapat keje. Insya Allah ada aja nnt rezeki ko.
Post a Comment