Buat kawan-kawan sekalian, atas sebab-sebab tertentu, saya MUNGKIN... sila repeat.. MUNGKIN akan privatekan blog saya buat sementara waktu ini.
Saya sedih la kalau kena privatekan... sebab sini la tempat saya mengadu domba. Tempat saya luahkan cerita gembira, cerita Biha... cerita sedih, cerita geram... tension semua ada di sini. Saya tak harap orang baca. Tapi secara tidak langsung di sinilah tempat kawan-kawan saya dapat tahu berita saya.
Akan tetapi adalah sesetengah kawan-kawan saya yang telah terkena. Blog tempat mereka bercerita cerita-cerita semasa berkenaan mereka telah disalahguna oleh orang yang tertentu. Apa dia cerita kat blog, biarlah habis di situ kan. Blog dia, SUKATI dia la nak cerita apa. Ni tak, ada pulak yang dok perli-perli la... what's wrong with these people? *gaya nabil okay*
Makanya... dengan itu, adalah jugak perkara yang perlu saya jaga... jadi dengan ini, selepas beberapa hari... saya akan privatekan blog saya ini. Kepada kengkawan yang nak saya invite mereka, sila lah email saya ok....
Tapi mungkin selepas keadaan kembali reda, tenang dan tiada kuis-kuis kata yang mengguris hati lain... saya akan kembali bersuara. Kembali mencurah rasa, kembali menceriakan suasana... *ceria ke??*
I'll miss u all. I'll be bakkkkk.....
No comments:
Post a Comment