Wednesday, May 06, 2009

IBU... kaulah RATU HATIKU...

Orang kata aku lahir dari perut mak..(bukan org kata...memang betul)

Bila dahaga, yang susukan aku....mak
Bila lapar, yang suapkan aku....mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. .mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....Mak
Bila bangun tidur, aku cari....mak
Bila nangis, orang pertama yang datang ...mak
Bila nak bermanja, aku dekati....mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah....mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya....mak
Bila nakal, yang memarahi aku....mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma....mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....mak
Bila takut, yang tenangkan aku....mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk....mak
Aku selalu teringatkan ....mak
Bila sedih, aku mesti talipon....mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.....mak
Bila bengang.. aku suka luah pada..mak
Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah....mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga....mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu....mak
Bila ada masalah, yang paling risau.... mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku....mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk.....mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku....mak
Yang selalu berleter kat aku...mak
Yang selalu puji aku....mak
Yang selalu nasihat aku....mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.....
mak
Sempena hari ibu yang bakal menjelang…. Menitik air mata aku baca. Sebab… aku tak de lagi peluang kat atas tu. Tak de lagi peluk-peluk mak… bila aku baca.. aku terbayang Biha dok gesel-gesel kat aku.. aku terbayang Biha yang dah pandai merajuk, menangis sambil berbaring, menjerit… dah pandai hulur tangan minta aku tolong garu kan…
Dan, itu semua buat aku terbayang betapa dulu aku mesti pernah buat macam tu. Mak… Lily sayang mak…

Pada korang yang masih ada pelung ni, pergilah makan-makan dengan mak korang. Kalau perlu ambil cuti… ambil la cuti… Beli la apa-apa yang patut. Gembirakanlah hati mak korang. Bukan lama lagi pun. Bagi isteri-isteri di luar sana, kalau suami masih ada mak, bagi la peluang dia spend dengan mak dia.

Kalau boleh kompromi, korang spend masa dengan mak korang, dia spend masa dengan mak dia. Aku tau.. aku tau.. mesti korang cakap, aku pun dah jadik mak… aku pun nak le kena pamper. Kan? Well… your time will come. The wish u had from your hubby is more than enough. Your children will follow what u did to your mom. Trust me. If not trust me pun tak pe… trust yourself…

I’ve been reading this for years… tapi setiap kali, menitik air mata aku baca:

Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

2 comments:

Alida Ali said...

kak sama la kita...nak copy paste leh tak...nak jadikan renungan kt blog I.....

LMj said...

buleh ida... sila la... kak lily pun amik dari email sabrina tu...