Friday, August 07, 2009

caca merba

1 kali hua... 2 kali hua... 3 kali hua... hua hua hua....

hahahhaa..
Pernah dengar lagu Apek yang baru? Hua Hua Hua... keh keh keh. Best gak layan lagu ni. Dok bermain-main kat kepala hotak aku ni.

Hua hua hua.....

Hmmm minggu ni tenang sikit. Bukan pasal lepas balik cuti-cuti. Tapi sebab tak de demo yang berderet. Jadi aku boleh concentrate buat dokumen dan test system. Cuma yang agak hectic sikit, life kat rumah.

Sebelum pergi Penang, asben dah tak berapa sihat. Balik dari Penang, worst! Hampir tiap malam bawa dia ke klinik. Lepas cuti 5 hari, dia sambung MC 2 hari, sambung lagi off day 1 hari. Aku dah risau, tapi doktor dia tu bangang tahap cipan la... dia tak buat blood test plak. Dah la sekarang ni macam-macam kes. Dengan H1N1 la... denggi la...

Last-last hari Jumaat lepas dah malam baru la asben ajak gi hospital. Aku dah lama ajak, dia tak mahu. Lepas member dia yang kerja MA kat HUKM suruh, baru la dia nak pergi. Sampai Hospital Serdang kul 10 malam. Tengok manusia.... Ya Rabbi!! Ramai giler. Yang nak daftar je pun dah beratur.

Aku dengan asben dok fikir, kalau tunggu kul 2 pagi pun belum tentu dapat jumpa doktor. Biha dah mula lalok pulak tu. Budak kecik ni memang, bawak je naik kereta malam-malam, kejap je nak lelap. Kalau kat rumah, naik tunggang langgang rumah dia kerjakan pun masih cergas lagi.

Pastu, kitaorang balik aje la. Hari Sabtu, pepagi aku ajak asben gi KPMC Puchong. Kali ni aku cakap, kalau dia tak ajak pun saya nak masuk bilik doktor tu. Kalau doktor tak suh buat blood test, aku mintak. Biar kena cucuk.

So Sabtu pagi gi KPMC Puchong. Masuk jumpa doktor, doktor terus suh buat blood test. Hamik ko.. padan muka kena cucuk. Hihihihi *buat pengetahuan: asben saya takut jarum*


Resut keluar, Alhamdulillah tak de apa. Cuma infection biasa aje. Dia bagi antibiotik kuat sikit. Balik rumah asben terus makan ubat dan tido.

Aku plak? Dah plan hari Sabtu nak gi Jalan TAR dgn adik aku nak beli barang-barang untuk buat hantaran dia. Sampai Jalan TAR dalam kul 11 lebih la. Hmmm... terus parking kat belakang KWSP, then jalan ke Semua House. Hmmm... kenapa la ramai sungguh orang hari ni. Pepagi pun polis trafik dah jaga jalan.

Tapi aku dengan rasa tak bersalah apa, terus ke Kedai Bunga Reben tu. Sampai sana, salesgirl dia tanya, kenapa pagi-pagi ramai polis kat Sogo. Erk! Ada ke? Ooo.. tadi aku tak lalu Sogo. Entah, saya pun tak tau.

Pastu jiran aku plak tepon.
Jiran: Kat mana?
Aku : Kat Jalan TAR.
Jiran: KL tak jem ke?
Aku : Tak de. Saya datang tadi pagi lagi. Tak bape jem la.
Jiran: Bukan ada demo ke kat Dataran Merdeka?
Aku : Erk! Ada ke? Entah la kak, saya kat dalam kedai.
bla blabla.... dan perbualan lain yang tak de kena mengena.

Oooo... ada demo ke? Hmm.. aku ni macam tak percaya lagi ni. Pastu terus gerak ke Wisma Yakin, sebab adik nak beli songkok. Sampai sana, tengok kat Masjid India tu... kenapa la ramai sangat orang berkumpul ni? Tengok jam... oooo diaorang tengah solat Zuhur kot. Bagus la orang KL ni... solat Zuhur pun sampai penuh masjid kena solat kat luar.

Lepas beli songkok, kitaorng bergegas balik. Balik weh.. balik.. kang sangkut plak kat KL ni. Masa kitaorg gerak balik, baru la nampak FRU semua dah kumpul ready-ready kat depan Dataran Merdeka. Jalan lengang, sebab rupanya diaorang dah tutup jalan.

Baru gerak sikit, sangkut. Alamak... depan kitaorg derang tengah berarak demo ke Dataran Merdeka. Kitaorg pusing jalan lain dan terus balik. Fuhhhh selamat.

Malam tu dengar berita... mak oiiii teruk rupanya demo hari tu. Nasib baik kitaorg dahsempa balik... kalo tak....

1 comment:

edrina said...

aku first time dengar lagu tu terus sukak.. hua hua hua..