Monday, September 14, 2009

Dah selesai....

Akhirnya.... selepas bertahun gak aku bertahan. Akhirnya aku terpaksa 'melepaskan'. Walaupun agak berat hati aku. Bukan kerana aku sayang sangat pun... tapi sebab aku sayang orang-orang yang ada kat situ.

Sorang-sorang tinggalkan aku. Tapi aku masih bertahan. Tapi akhirnya tak tahan dah kot. Jadi.. aku ambil keputusan untuk move on.

Alhamdulillah... agaknya sempena bulan yang mulia ni.... niat aku Allah makbulkan dan permudahkan segala urusan. Sekarang dengan bahtera baru... aku melayari lautan yang luas ni. Harap-harapnya aku ok dengan nakhoda bahtera ni. Dan semoga aku bertahan di lautan yang luas ini.

Kenapa berkias? Biarlah... biarlah dulu. Tak pandai sungguh aku nak cerita direct kat sini pasal perkara ini. Biarlah...

Alhamdulillah... terima kasih Tuhan atas kasih sayang Mu dan rezeki yang Engkau berikan...

1 comment:

izanireni said...

hmm... move on ek? all the best