Monday, November 23, 2009

macam-macam ada

Hari Sabtu lepas berlangsung la hari anugerah bintang hatiku anjuran nurseri Biha. Memula katanya Biha masuk menari. Tapi sebab bila depan orang Biha jadi takut. Kakakakak tau gak takut rupanya. Jadi diaorang suh je pakai cantik-cantik pastu buat ala-ala fashion show la.

Ni masa tengah sibuk-sibuk pakaikan biha baju. Nak susu la plak.

Ni masa majlis, biha & ayah tengah layan tengok budak-budak lain menari.

lamanya nak tunggu makan... biha dah lepak sambil isap jari...

ni budak-budak 2-3 tahun menari lagu chicken... ala kiutttttt gileeeerrrrr...

ni pulak budak-budak besar sikit... 5-7 tahun tengah menari lagu dhoom.
Semalam kami ke Seremban sebab akak aku semua kumpul kat sana. Kami layan je la. Baru nak gerak, akak aku cakap, tunggu kat Jusco Seremban. Hahaha.... sampai sana ada la astro buat show. Ada kumpulan XN3. Pastu katanya ada Aril. Tapi kitaorang tak tunggu la. Layan jek la budak2 ni makan fries kat situ.

Oh ye.... semalam, sebelum gerak ke Seremban, kitaorang singgah Jusco Equine dulu. Beli susu Biha dulu. Masa tu ada promo streamyx. Oleh kerana Eya dah terminate dah Maxis broadband dia, so aku pun register la streamyx.

Habis je register derang kata ada lucky draw. Hahaha layan je lah. Asben tanya apa hadiah? Dia kata digital kamera, dvd player, mp4 player, microwave & thumbdrive. Hahaha.. mesti la dapat thumbdriva la kan. Sekali cabut... jeng jeng jeng... dvd player. Kakaka...

Terus bagi tau tak. Macam tak caya. kekekeke.... Balik rumah malam tadi, asben bukak. SONY DVD Player.

No comments: