Friday, December 04, 2009

alahaiiii astro

Sebelum aku pecah kepala nak start kerja. (aku ni pekerja dedikasi tau... walaupunnnn.... hihihihihi) Ni ha lah... malam tadi poyo gigih update blog buleh lupa kisah astro dan gadis astro.

Aku kan cuti raa haji kan lama. Hari isnin, hari terakhir aku cuti tu, dekat-dekat tengahari sikit asben call. Ingat ke nak lepas rindu kan.. yelah aku kan jauh di kampung... cewah.

"Yang, dekoder astro terbakar."

"Hah!! Apa dia??" Betul ke pendengaran telinga aku ni kan? Alamak... bukan 1st time aku dengar kes dekoder astro terbakar ni. Tapi 1st la aku alami... tv aku cemana? DVD player Sony aku yg baru dapat free tu cemana? Haishhhh... memacam kat fikiran aku ni.

"DEKODER ASTRO TERBAKAR" asben aku cakap lagi sekali.

"Cemana leh jadi macam tu?" Haisssshhh ni petanda nak perabih duit ni. Alalalalalalalala....

"Entah lah.. abang bukak tv macam biasa je tadi. Pastu bukak la astro. Tetiba astro padam. Pastu macam bau asap kat dalam kabinet tv tu. Pastu abang tutup la suis... bla bla bla bla..." Memacam la asben aku explain kan. Aku dah mula garu kepala yang tak berapa gatal tu.

"Hmm.. tak pe lah, nanti balik KL tengok."

Hati tak tenteram. Fikiran tak tenang. Aduuhhhh cemana kalo tak de astro ni. Aku ni dah la memang semedang jek bukak tv kat rumah tu. dari celik mata sampai la mata dah tutup, tv & astro la teman aku.

Aku bukak website astro, capai phone, aku dail 1300-82-3838. Tak de yang angkat. Wei... customer service pun cuti raya tak 'hingat donia' macam aku ke?

Mundar mandir depan komputer. Biha? Biar la Huda layan dia. Capai lagi telefon, dail lagi 1300-82-3838. Terus ke operator. Haaa... dapat pun.

"Saya nak buat pertanyaan pasal dekoder astro. Dekoder astro saya terbakar kat rumah tu. Cemana ek?"

"Puan ada kat depan astro ke?"

"Tak... asben saya yg bagitau. Saya kat kampung ni."

"Nanti puan ada depan astro, puan telefon kami balik."

"Eh jap.. gini lah asben saya cakap memang dekoder astro tu dah berasap dah. Dia dah try on tak buleh. Cenggini la... saya nak tanya.."

"Seeloknya puan ada depan dekoder tu. Boleh saya bantu."

"Dik, kita kira kalau la worst case scenario kan.... dekoder tu memang dah kong. Tak leh pakai... so camana? Berapa lama masa ambil..."

"Puan.." dan gadis astro itu terus memotong cakap aku. Agaknya ada lah 2-3 kali aku try nak explain apa aku nak tau. Tapi dok potong line. Eh eh eh... ni saja la bikin panas hati ni kan. Aku pun tinggi la suara.

"Cuba lah awak dengar dulu apa saya nak tanya. Kalau awak tak dengar apa saya nak tanya, macamana awak nak bantu saya? Saya nak tanya..." ~ ni nada aku dah mula keras.

"Apa puan nak tanya?" Eh... potong lagi cakap aku ek.

"DIKKKK boleh tak awak dengar dulu apa saya nak explain. Awak ni customer service kan? Saya ni customer kan? Kalau awak tak mau dengar apa saya nak cakap, macamana awak nak explain kat saya. Saya nak tau lepas technician awak datang, then berapa lama agak-agak boleh settle. Paling lama la.... Pastu berapa anggaran yang saya kena bayar, sekiranya it happen to be the worst case scenario."

"Itu saja puan nak tanya?" adoooiiii memang tak reti sopan la budak pompuan ni. Pastu dia suruh aku hold.

Lepas ni memacam lagi la kan. Dia bagi gak jawapan apa aku tanya tapi sungguh la tidak memuaskan hati aku. Aku tengok jam, aku tanya nama dia. Oh ya... nama dia aku masih ingat tau "AS".

Aku bukak website astro. Aku masukkan komplen la.

"Spoken to customer service (named AS at 12.16noon today) for some technical support. She did not LISTEN properly to what being asked and not keep on cutting... bla bla bla... customer service represents the company and should be POLITE... bla bla bla...."

Hamik ko!!!

Tak sampai sejam, dah dapat call dari astro. Kali ni yang bercakap seorang customer service (bahagian technical service, an indian guy. tak salah aku nama dia Yogan) who is very very helpful and attentive.

Aku salute la kat dia. Sangat la membantu. Hari Selasa tengahari contractor datang. Tukar motherboard kat dekoder tu. Pastu panjat kat bumbung betulkan kuali tu skit. Dah settle. RM50 je ko. Hahahaha.... Pastu mamat Yogan ni telefon balik untuk pastikan semua dah settle.

Tu laa... pengajaran... kalau berkhidmat direct dengan customer, bersopan santun la ok. Kita memang ada masalah kita... tapi masalah kita tu, orang lain tau ke? Jadilah pendengar yang attentive pada customer dan memberi khidmat yang terbaik.

Hahahhaa... pengajaran ni untuk aku gak. Aku pun tak le se'gah' mana. Masih banyak perlu aku pelajari....

No comments: