Monday, January 25, 2010

Kota Kinabalu bahhhhh..... (Day 3 & 4)

Huh.. lama nak menyambung kisah ni. Tapi kena gigih.. gigih...

Hari ke-3 kami kat KK, plan kami hari ni ke Kundasang. Kami tuju ke kaki Gunung Kinabalu. Nak daki memang hampeh la kan. Pancit la....

Jadi pepagi buta kami dah bangun la. Siap-siap terus ke Kundasang. Jam 7.30pagi kami gerak. Fuuuhhh... lalu Tamparuli. Eh, mana satu ni Jambatan Tamparuli tu? Lantak laaaa... kikikiki...

GPS Eya tu memang hampeh. Ada ke tak leh detect maps Sabah. Cesss.... buang karan jek bawak. Nasib baik la ada iPhone Suen... jadi guna iPhone suen la kami cari maps dan tuju ke sana. Hmm.. sapai je kat kaki gunung mula le kete terhegeh-hegeh panjat bukit.

Dari dalam kereta, aku dapat tengok la pemandangan Gunung Kinabalu. Exactly macam dalam gambar. Fuuuhhh... tidak tergambar dengan kata-kata. Dapat tengok puncak gunung yang berbatu. Pastu cam ada ala-ala glasier plak kat celah2 batu tu...

Ish.. by the time kami sampai kat pintu masuk, masa tu kabus dah mula turun. Puncak gunung yang breathtaking tadi, dah tak kelihatan. Putih aje.. dilitupi kabus.

Kami ambil kesempatan nak trekking la. Ha'ah dengan pakai selipar aje pun. Motif: trek ikut mana dan aje.

Hahaha... 100 meter treking kami sampai kat air terjun. Alahai... ciput jek pun air terjun tu.

Pastu trekking tu terus dakiiiiii jek.... aku berjaya sambung lagi 500meter aje. Pastu tak dan dah. Pancit dah. Tengok diaorang yang kerja bawak barang naik ke Gunung Kinabalu memang amazing. Sangat respect sama diaorang. Tough sungguh diaorang ni.

Aku, asben & Biha, kami patah balik. Hmmm tak dan deeee.... Eya & Suen teruskan perjalanan sampai ke next check point. Rasanya 1km gak la Suen & Eya treking.

Alahai... bukan leh daki sampai puncak pun. Kena ada permit la deiiii

Turun dari kaki gunung, kami tuju ke Poring Hot Spring, kolam air panas daaaa.... Sebelum tu singgah makan kat Ranau dulu.

Sampai Poring tu, gatai dah kaki nak mandi air panas. Tapi kami masuk ke dalam dulu. Kat sini kami berpisah da... sebab Eya & Suen nak mandi air terjun. Hahaha.. sejuk la deiiii air dia gila babas sejuk.

Aku dgn asben gi naik canopy walk. Huhuhu sungguh mencabar keimanan tau. Beberapa kali aku rasa nak patah balik. Beberapa kali jantung rasa nak luruh. Asben memang respek la kat dia. Siap leh lalu canopy walk tu sambil dukung Biha tau tak.. perghhh pergh... sayang laling i..... hihihi

Turun dari canopy walk, kami terus ambil bilik untuk mandi air panas tu. Kalau mandi kat luar plak kang segan plak kan.. jadi kami ambil la bilik. 1 jam RM15. Buleh laaaa.... Seronok gak mandi-mandi dengan Biha. Rendam-rendam. Ooo... gambar dalam bilik ni tak leh la upload ye. Sebab saya freehair huhuhu... Asben pun sensor.. saya buh gambar Biha jek la...

eh.. ni eksen-eksen macam berani ni. sebenarnya baru nak start ni... lom kecut perut lagi... masuk 2nd jambatan... huhuhuhuhu tinggggggggiiiiii giler

respect la kat ayah Biha... sambil dukung anak tu naik canopy walk.
pemandangan dari 2nd check point canopy walk. huhuhu... scccaaaarrrryyyyyyy

Habis mandi, kami gerak balik ke KK. Sampai KK, hari dah mula merangkak malam. Malam tu aku dah de janji dengan As & hubby untuk dinner sesama.

As & hubby ambil kami kat Marina Court. Eya & Suen tak ikut, sebab Eya dah de janji dengan kawan dia pulak. As bawak kami gi makan kat Restoran Nelayan. Huhuhu pilih-pilih sotong, udang, ikan & ketam. Order lauk...

Siap ada cultural show la. Ala-ala macam kat Saloma Bistro atau Seri Melayu la.... BIG THANKS to As & hubby kerana belanja kami makan. Sangat sedap... huhuhuhuhu
thanks As for the lovely dinner

wah wah sempat asben posing the penari-penari dari Restoran Nelayan

Balik hotel, sekali lagi kami tidur kekenyangan... fuuuhhh.... sedap sedap... penattttt...

(DAY 4)

Hari ke empat kami kat KK ni aktiviti aku dengan asben tak bape full sangat la. Tapi adalah aktiviti paling aku tunggu-tunggu.... jeng jeng jeng... shoppppppiiiiinnnnggggg yiiihaaaa!!!

Adik aku kata dia nak snorkeling pagi tu kat Pulau Manukan. Sukati la kan. Jadi pepagi tu kami anak beranak hantar la Eya & Suen ke jeti. Planning, lepas hantar diaorang, kami nak gi sarapan pastu balik hotel, mandi-mandi. Pastu baru keluar gi shopping.

Sekali tu baru je nak cari tempat breakfast, Eya dah telefon suruh ambil. Dia kata bot balik dari Pulau Manukan ke KK paling awal jam 12.30tghari. So dia tak jadi snorkeling.

End up, kami semua terus ke Pasar Filipino sambung shopping hahahaha... Ha'ah.. aku, asben & Biha yang tak mandi lagi tu pun terus jek la shopping.

Sebelum masuk ke Pasar Filipino, kami ke Jamilah Jewelry dulu. Kedai dia kat area belakang Hotel Le Meridien. Tu pun dapat info dari kawan Eya. Kat situ, pearl & kristal dia mahal la sikit. Tapi semua yang good kualiti la. Kat sini, aku tak beli apa. Tapi asben yang belikan huhuhuhu (sayang laling i... muah muah... oopppsss). Dia belikan aku seurat gelang, biha pun dapat satu dan emak dia sepasang brooch kristal.

Lepas tu kami terus ke Pasar Filipino. Aku pun tak de mende sangat dah nak cari. Dok fikir kang beli memacam cemana nak masuk beg? Huhuhu... jadi kami cuma beli beberapa helai t-shirt je. Tu pun untuk pakai sendiri aje.

Beli sikit kuih cincin buat makan reramai. Telefon hotel ingat nak checkout lambat... aiseh tak bleh la... nanti kena charge. Teringat EXTRA flight charge masa nak datang sini haritu, kami ambil keputusan balik cecepat ke hotel.

Sampai hotel dah jam 12.30tghari, kelam kabut la kemas-kemas barang... mandi-mandi... packing semua barang... Fuhhh.... siap jugak la packing. Terus check out. Babai Marina Court. Next time kalau ke KK, bagus duduk sini. Satu malam RM320.00 untuk apartment 3 bilik yang boleh muat 6 orang ni. Berbaloi kan?

Kami terus tuju ke 1 Borneo. Ini lah shopping complex terbaru dan terbesar kat KK setakat ni. Fuuhhh... aishhh sebab dah biasa la dengan shopping complex kat KL, jadi kat sini biasa-biasa jek la. Kitaorang pun takat gi makan jek kat situ.

Lepas tu kami ke tepi pantai. Apa ke nama pantai tu aku pun tak tau. Sebab aku tak pegi pun. Aku, asben & Biha kami dok dalam kereta jek. Lama tu nak tunggu & nak abiskan masa sebelum ke airport. Eya & Suen dok sibuk la posing-posing kat tepi pantai. Ye lahhh... kamera baru.

Pastu, kami terus gerak ke airport. Sampai sana memang awal giler la. Jam 6 ptg dah sampai sana. Sebab nak hantar balik kereta. Jadi dari jam 6 sampai jam 10 malam kami kat airport. Adooiiii...

Kami selamat sampai kat LCCT hampir jam 12 malam. Bayar parking... RM146.00 huarghahahahaha..... gilo.... Tapi... KK best. I might go there again someday....

No comments: