Minggu lepas memang minggu yang sungguh kelam kabut. Serabut. Biul pun ada. Pening kepala. Segala bagai la katakan.
Bermula hari Isnin lepas (22/3/2010), pepagi aku rasa tak sedap hati. Sebab aku dengar nafas Biha kuat sangat. Asben kebetulan memang dah cuti. Ajak dia pergi Annur kat Bangi.
Sampai sana, masuk bilik doktor. Doktor cek. Hmmm memang kuat la nafas Biha. Pastu doktor suruh ambil nuebelizer. Lepas amik nuebelizer, cek balik masih kuat lagi nafas Biha. Terus doktor suruh admit kat hospital.
Erk!! Terkedu aku kejap. Erk! Cemana ni. Tak pernah pulak terfikir sampai nak kena warded. Tapi sebab aku tengok muka doktor tu nampak lebih risau dari aku. Ditambah dengan rasa bersalah yang tak tau mula kat mana tu.... aku iyer kan aje la.
Terus doktor buat IV procedure. Cucuk tangan Biha... ambil darah. And... percaya tak? Biha langsung tak nangis. Jangan kata nangis, terperanjat pun tidak. Tenang sungguh....
Tapi masa tu tak dapat la masuk wad lagi sebab tak de wad kosong. Jadi kami balik dulu... makan, then balik rumah. Kemas barang-barang. Then hospital call kata dah de bilik kosong terus masuk.
Sampai wad, doktor cek.... pasang drip. Alahai... kesian Biha. Dah pasang drip tak dapat la dia lompat-lompat. Lepas maghrib je aku paksa dia tido. Bila dah tido baru la tenang. Aku dengan asben pun bermalam kat spital jugak. Asben tido kat lantai jek huhuhu.. sib baik lantai kayu. Aku tido kat sofa.
Hari kedua kat spital, tengahari tu baru drip Biha bukak. Lepas tu bawak pergi jumpa pakar fisioterapi. Dia ajar teknik tepuk untuk bagi Biha batuk supaya boleh buang kahak. Biha melalak la tak mau.
Malam kedua di hospital, Biha tido lewat sikit. Tapi Alhamdulillah dia tido tenang aje. Aku dengan asben 2-2 tertido kat lantai. Aku sedar tengah malam, asben dah naik katil tido dengan Biha. Aku pun sakit badan, gi sofa sambung tido.
Hari ketiga kat hospital, pagi tu doktor cek kata dah boleh discharge petang tu. Lepas ambil ubat dan makan. Bukan main banyak ubat doktor bagi. Aku pulak mula pening lalat. Kepala jadi berat. Selsema plak. Adoiii takkan la aku pulak demam ni.
Haah la... memang Tuhan tu Maha Adil. Lepas Biha keluar hospital aku pulak tersadai kat rumah. Dah la pening kepala, selsema, dah tu kena pulak jaga anak yg sungguh aktif tu. Huhuhu...
Tapi Alhamdulillah la... sekarang Biha dah ok. Aku pun dah ok. Tadi pagi bawak Biha gi check kat Annur. Alhamdulillah... doktor kata dah ok.





1 comment:
Lily.. kalau anak2 ni bunyi nafas dia lain macam..wheezing etc, cepat2 pegi klinik amik nebulizer, sebab kalau biar lambat nanti paru2 dia bengkak tu yg biler amik nebulizer sekali masih tak hilang.. jgn tunggu lama2 ok?
Post a Comment