Friday, July 23, 2010

Dari kerana nama

Hmm.... satu persoalan yang menarik. Salah ke beli barangan branded? Or, salah ke beli barang mahal?

Eh! Ikut suka orang yang membeli la kan. Ada duit, ada keinginan.. beli la barangan branded. Sekali sekala, apa salahnya. Kalau setiap kali pun biarlah kan. Duit dia hihihihi...

Oh.. kat sini aku bukan nak cakap pasal sesiapa pun. Aku nak cakap pasal aku. Lately ni aku rasa aku dah jadik "branded-freak". Kalau aku beli barang, selalu minat tu jatuh kat barang yang mahal sikit. Mahal sangat macam original Gucci ke... LV ke... tak le sampai tahap macam tu.

Tapi... aduuuiiii pening jugak la aku fikir.

Kasut
Bermula dengan kasut. Dulu, kalau beli sandle yang takat RM15, RM20, RM30 tu biasa aje la kan. Setakat buleh pakai 3-4 bulan pun ok la. Perempuan! Kan suka tukar-tukar kasut. Tapi makin lama, kaki aku makin manja. Mengada-ngada nak kasut mahal (kaki ke yang salah? ke aku? hahahahha). Beli la scholl. Memang sedap woooo pakai. Selesa... tahan lama. Kaki pun tak le mengada-ngada lagi. Cuma poket la rabak masa memula nak keluar duit.

Tapi biasalah kan, scholl ni memang selesa. Tapi tak cun hahahaha..... dah mula pandai plak beli kasut Carlo Rino, Bonia... Sembonia.... aduuuiiii... dah sekarang ni aku kalau beli kasut tak hagak-hagak. 'I dont mind spending a little bit more for the comfort of my feet' ~ ni la yang aku pujuk hati aku bila masa nak keluar duit bayar....

Handbag
Then handbag. Penyakit beli handbag ni berjangkit kat aku baru-baru ni la. Kiranya akhir tahun lepas. Sebelum ni aku beli handbag setahun sekali la. Tu pun pakai sampai dah mula koyak ke... baru le aku beli baru. Tak pernah at one time, aku ada 2-3 handbag. Sebab aku tak pandai tukar-tukar handbag.

Sekarang? Sekarang aku dah terror part tukar-tukar handbag. Kakakaka.... serve me right!!! Bermula aku temankan akak aku masuk butik Carlo Rino. Dia kata lama dah berangan nak beli handbag Carlo Rino. Akak aku ni memang suka beli handbag. Kalau dia datang KL, paling koman dia akan beli 1 atau 2 handbag baru. Tapi tak de le yang mahal sangat. Takat RM50-RM80 je kalau dia beli.

Berbalik cerita kat butik Carlo Rino. Lama giler la tunggu akak aku belek. Belek-belek belek belek.... dah 1/2 jam masih lagi membelek. Nak masuk 1 jam masih tak decide mana satu nak beli. Aku dah penat layan budak-budak ni. Anak aku dah selamat dah susun-susun kasut. Dia pakai tumit tinggi... tinggal plak kasut dia kat tempat display kasut tu... huhuhu... anak... anak...

Aku plak? Aku mula tolong belek sama. Tapi dah bukan untuk akak aku dah. Aku plak yang terberkenan.... huhuhu... tapi pada masa itu aku baru je 2 bulan sebelum tu beli handbag baru.

Adeeeiiii... last-last sebelum akak aku even decide which handbag she wanted to buy, aku dah beli dulu. Kakakaka... padan muka aku!

Bermula dari itu, aku mula suka belek-belek handbag bila pergi window shopping. Memang tertarik, menarik da bomb la kalau belek handbag. Hahahaha... Beberapa bulan selepas tu, aku terjebak lagi sekali bila ter'masuk' ke butik Bonia masa kat Alamanda. Yang menyebabkan akhirnya aku keluar dari butik Bonia bersama beg kertas Bonia yang besar.... ye sebijik handbag Bonia telah berjaya aku sambar.

Yang terkini, baru-baru ni kerana tension tahap gaban yang melampau, aku terbeli handbag Sembonia plak... adusss... aku dah kena ketulahan akak aku. Tapi even worst, coz aku kena dengan yang high maintenance skit aduuuuu aduuu... kena mandi bunga la aku ni... Makanya, sejak aku mula terjebak dengan aktiviti handbag ni, belum pun setahun aku telah berjaya merembat 4 bijik handbag....TOLONG!

Baju
Huh! Baju plak. Actually, pasal baju dah lama dah. Tapi pasal baju aku tak la rasa bersalah sangat dengan diri aku sendiri. Sebab, dulu aku selalu kalau belikan asben ke... belikan orang lain ke... aku tak pernah lokek. Huhuhu... aku cuba beli kan yang terbaik. Aku bagi budget agak tinggi jugak la untuk baju-baju mereka.

Tapi untuk aku? Untuk aku, aku beli yang longgok-longgok aje. Tunggu 50%-70% baru aku membeli untuk aku. Lelama aku fikir, 'eh kesian kat aku... beli orang lain bukan main, aku?'.

Sejak tu, aku belajar jangan lokek dengan diri aku. Aku rasa berkenan kat baju tu, takat RM100 sehelai aku tutup mata dan beli aje. Ye lah kan sekali sekala. La ni... aku beli ikut suka aku je... nak baju murah ke... mahal ke... asal aku berkenan aku beli.

Biasa la perempuan, dapat beli sehelai baju pun rasa macam dah jejak kaki kat pintu syurga... hahaha... syurga dunia!

Risau
Tapi... perkara ni semua membuatkan aku risau. Ye lah! Most of the time aku shopping sorang. Bukan aku tak suka shopping dengan orang. Dulu aku selalu shopping dengan kawan aku. Dia memang branded-freak. Tapi masa tu aku low profile je. Aku follow je dia. Aku tak pernah terfikir pun "waaaahhhh!! giler la kawan aku ni beli barang mahal!", sebab aku punya mind set senang, dia ada duit.. dia beli la mana dia suka.

Tapi bukan semua orang ada pandangan sama dengan aku kan? Baru-baru ni aku ada beli baju. Hmmm sebab nak jadik members to a butik, i spent quite a lot. Out of my normal spending. Aku cuba sebaik mungkin settle sebelum kawan-kawan aku sampai. Tapi... huhuhu by the time aku bayar, masa tu la kawan-kawan aku sampai. And i can feel that they were shocked with the amount i spent, which i dont blame them at all.

But then, tetiba aku rasa huuhuhu..... macam ada gap. Alamak! Aku perasan ke? Ye la kot... perasaan aku je kot. Tapi i learnt from my mistake. Next time shop alone!!! Hahahaha....

Jangan jadik macam aku ok? Control yourself.....

3 comments:

izanireni said...

ok aper kak lily. yg penting kepuasan diri hehehe

Eetee said...

ye betul, as u said, beli utk org mahal2 ... kenapa utk diri sendirik longgok2? (ckp dgn diri sendirik gak neh..kahkahkah )

LMj said...

izan & anith: ye sangat sokong... huhuhu