Plan asal nak gi Water World.... tapi memandangkan villa tu itself dah de swimming pool... so kami kuburkan niat asal nak ke Water World.
So Sabtu pagi, aku pergi rumah Aunty Nah dulu kat Subang Jaya. Ada buat doa selamat sikit. Thank you Aunty Nah & family sebab menjemput kami dan kami dapat makan yang sungguh sedap kat sana. Lepas dah kenyang makan, terus gerak ke Senawang dengan Kak Emi. Tinggal kereta kat sana, terus gerak ke A'Famosa dgn kak Emi.
Pusing-pusing gak cari villa ni. Last time kami stay kat A'Famosa, kitaorg duduk kat condo. Sampai je villa, tengok swimming pool, aku dengan Biha tak sabar-sabar nak terjun (bukan tau berenang pun... takat rendam-rendam je la pun huhuhu).
Malam tu, kami ke Cowboy Town. Kak Ida lom sampai lagi. Seronok gak Cowboy Town tu. The best show was the orang api.... (red Indians' show). Happening!! Sebab? Sebab mamat red indian paling sasa dan gagah dan ada 6 pad berada betul-betul kat depan kami... LOL
Anyway, the show was more then 1 hour and ended with a beautiful firework. Sangat menarik hati.
Keluar Cowboy Town, kak ida dah tunggu. Kami terus dinner, balik dan tido. Penat wooo main air.
Esok pagi-pagi... lepas breakfast, kami berendam lagi kat swimming pool. Asben sampai masa kami tengah syok berendam. Dia punn terus join sekaki hihihi... Then siap-siap check out terus tuju ke Jusco Bandaraya Melaka. Giler besarrrrr.....
Enjoy la gambar kami kat sana ok... (gambar hasil ehsan abg long)
memang budak-budak yang best dapat mandi swimming pool... hehehe (sila lihat muka irfan yg ketakutan itu ye)
kuda tu nampak kecik bila ifran yang naik ~ oh ye... juga terdapat gamabar mak-mak dan ayah-ayah memasing yang turut naik kuda (kesian aku tengok kuda tu... sengsara hahaha... yang pasti bukan aku laaa.... hahahaha) tapi tak perlu la papar sini kottt.... kang ada yang hantar surat saman...








No comments:
Post a Comment