Beberapa malam lepas, aku mimpi ular. Dalam mimpi tu, aku dan seorang rakan sedang berjalan. Kami nampak macam ada kelibat benda bergerak2 di tepi jalan, di bahagian kanan kami.
Tetiba hati aku terdetik, 'Jangan la ular pulak yang keluar.'
Elok abis je fikir, aku nampak kepala ular tadi bergerak menyeberang jalan di hadapan aku. Ular tu adalah ular sawa bercorak batik yang sangat panjang dan besar. Tapi kelibat benda bergerak di tepi jalan (di balik semak samun) masih bergerak-gerak lagi. Tapi sebab kepala ular tersebut berada jauh di hadapan, kami tak la rasa takut sangat masa tu.
Ular tu bergerak melintas jalan. Tak berapa saat selepas itu, kepala ular muncul semula di balik semak samun di sebelah kiri kami dan melintas bebetul di hadapan kami.
Kami berdua terus kejung berdiri. Antara rasa takut dan surprise tengok ular yang panjang tu. Masa tu, ekor ular masih belum kelihatan. Tiba-tiba teringat.... kalau ular sawa lalu, JANGAN BERNAFAS!!! Seboleh mungkin kami menahan napas....
Tahan.... tahan.... tahannnnnn... sampai naik biru dah muka ni....
.
.
.
Lepas tu aku terjaga. Erk!! Nasib baik mimpi. Nasib baik muka tak biru.
Mimpi ni tidak le menghantui aku. Tapi buat aku tetiba terfikir, apakah makna mimpi itu ye? Kalau kena patuk ular, dengarnya jodoh nak sampai. Helloooo!!!!!! Aku dah kawin 10 tahun deeeeee.... takkan la sampai jodoh lagi.
Bahi kata: kalau ular tu ular hitam, ada petanda tak baik akan berlaku. Tapi bukan ular hitam yang dalam mimpi tu, tetapi ular sawa bercorak batik.
Mari kita cek kat internet.
(sumber: http://tafsirmimpi.org/ular.html )Tafsir Mimpi Ular
Berikut ini adalah tafsir mimpi / arti mimpi / makna mimpi mengenai "Ular":
Bermimpi melihat atau disembur ular. Artinya, akan mendapatkan jodoh (bagi yang lajang) atau disukai lawan jenis.
Bermimpi dipagut atau digigit ular. Artinya, akan disakiti orang.
Bermimpi melihat ular banyak. Artinya, akan panjang umur.
Bermimpi dikelilingi ular banyak. Artinya, akan ada banyak orang yang memusuhi

No comments:
Post a Comment