Monday, October 10, 2011

Korea Day 3 & 4

Day 3

Seawal jam 4 pagi aku dah terjaga. Tengok kat tingkap cuaca macam dah mula nak cerah. Eh! Awalnya.... terus bukak laptop asben, layan cerita Lie To Me. Hehehe...

Jam 7 pagi kami dah turun, siap bawak beg semua. Pagi ni cek out dari hotel. Terus ke Jeju Airport balik ke Gimpo. Sampai Gimpo, kami terus naik ke van tuju ke Nami Island dan Mt. Seorak.

Sepanjang perjalanan sangatlah cantik pemandangannya. Perjalanan ke Nami, kami ambil jalan yang melalui lembah-lembah gunung. Highway ni kejap menyusuri sungai.... Such a breath-taking views. Tapi, kerana dek kepenatan, half of the way, kami semua dah terlelap dalam kereta. Hehehe...

Kami singgah makan kat restoran berhampiran dengan jetty ke Nami Island. Kat sini ada bungee jumping jugak. Ada berani? Hahaha.. tak yah la kami try kan. Ada jugak 'Zip Wire' yang menghubungkan Gapeong dengan Nami Island. Kalo naik bot dalam 15-20 minit la. Kalau pakai zip-wire tu 3 minit dah sampai. Hehehe... ada brani? Korang rasa berani sila naik ye.



Sampai Nami Island, aku sangat teruja la. Teringat cerita Winter Sonata. Hehehe... Memang sangat indah Nami Island ni. Dengan "Metasequoia Path" yang sangat cantik. I wish i can be here during Autumn. Masa Autumn nanti mesti sangat best. Sangat cantik.








Nami Island ni pun ada sejarah dia yang unik. Nami Island adalah pulau yang berbentuk bulan sabit yang terletak di tengah-tengah sungai Sungai Han.Nama Nami Island diamil sempena nama Jeneral Nami pada zaman Joseon Dinasty.
Nasib baik kat sini, boleh sewa stroller. Hehehehe... sewa 3000won, deposit 1000won. Jadi selamat la kami dari dukung je dak Biha tu. Aku tak larat la nak jalan to the whole island. Kalau rajin, boleh jalan keliling dan lihat pemandangan yang cantik. You should be able to cover all dalam masa 2-3 jam.

Oh ya, jangan lupa ambil gambar kat spot-spot yang indah ye. Especially kat tempat "the First-Kiss" dari drama Winter Sonata, gambar yang menunjukkan Metasequoia Path ye. Yang lain, you'll figure out when you're there ok.
Lepas habis kat Nami Island, kami naik semula bot dan teruskan perjalanan ke Mt Seorak. Pemandangan gunung ganang yang sangat cantik. Sungai-sungai kecil yang rasa sungguh nyaman.


Kami sampai Mt Seorak, terus ke hotel yang terletak di atas bukit. Sangat sejukkkkk dan cantik giler pemandangan dia. Planning asal kami patut ke Sinheungsa Temple. Mungkin berpeluang naik kabel car. Tapi sebab dah agak lewat kami sampai, jadi tak jadi ke sana.

Next morning, kami tuju jugak ke Sinheungsa Temple. Tapi kena jalan kaki la pulak. Memandangkan keadaan cuaca yang tidak mengizinkan, (eceh.. padahal tak larat nak jalan dah time tu...), kami kensel niat ke sana.

Sebaliknya, Mr Choi dengan baik hati gantikan tempat lawatan kami ke Alpensia Sky Jumping Stadium. Hari kami landing kat Seoul, Korea telah dilantik menjadi host bagi sebagai tuan rumah bagi Sukan Winter Olympic tahun 2018. Ada celebration kat Alpensia masa tu.

Memang sungguh teruja tengok statium tu. Walaupun masa kami pergi tu musim panas, nampak hijau je. Tapi dapat kami imagine kalo time winter. Pergh!!! Mesti mantap!!



Dari Alpensia, kami terus gerak ke Seoul. Singgah kat Everland. Theme park ni besar giler. Memandangkan kami hanya ada separuh hari je kat sini, memang tak sempat nak jelajah semua. Kami tak masuk pun Paradise Bay tu. Kat Everland tu pun kami sempat pergi dalam 1/10 je kot dari area dia.








Sempat la kami main 1-2 games. Sempat masuk ke Sarafi Wild Life dia. Taman tema dia sangat menarik. Cuma kita tak berapa terdedah dengan character-character kartun dari Korea (kecuali Pororo). Jadi kurang sikit la keterujaan tu. Pororo plak untuk budak kecik-kecik jek. Dah besar sikit, dah tak sesuai dah....

Anyway, kami tetap enjoy kat situ. Tapi, personally, aku lebih enjoy kat USS lagi hehehehe....

Dari Everland, kami terus tuju ke Seoul. Singgah dinner, then terus cek in kat Hotel Mare, Seoul. Tido... tido... esok is another day.

Day 1 & 2
Day 5 & 6

No comments: