Ikut hati malas aku nak cerita kisah sengal ni.... hahahaha... bikin panas hati je fikir.
Tapi sebab dah janji dengan Cik Sab. So, aku sambung la kisah GPS ni kat blog aje ye. Haritu nak sembang lebih-lebih tak sesuai plak di opis.
Baru-baru ni aku pergi Singapore dengan adik aku sekeluarga. Dengan GPS semua senang. Sungguh senang cari jalan ke Sentosa Resort World ni. Planning nya, sampai ke Resort World, cek in kat Hard Rock Hotel, terus masuk Universal Studio.
Dah puas berjimba kat sana, malam tu kami nak ronda town sambil ke Marina Bay. Pergh!!
Tapi oleh kerana keadaan tidak mengizinkan, planning ke Marina Bay tu kami terpaksa tunda ke esok hari.
Kenapa?
Sebab rupanya walaupun kita guest kat situ, kita cuma dapat complementary parking only for 1 time exit sahaja. So, kalau kami keluar ke Marina Bay malam tu. Then masuk balik parking, esoknya dah tentu-tentu kena bayar max parking (S$ 26.00). Membazirkan?
Jadi, malam tu, kami amik monorel (complementary dari hotel) ke VIVO City dan makan kat sana aje. Hajat ke Marina Bay kami postpone.
Esok paginya... sebab keletihan berjimba kat USS, semua terbangun lambat. Hajat nak ronda-ronda Resort World, kensel!! Niat nak bawak budak-budak mandi kolam, pun KENSEL! We want to go to Marina Bay!!!
Ok la.. lepas check out, kami shopping sat kat Hard Rock Shop. Hehehe... takkan tak mau Hard Rock t-shirt plak kan? Ok... done!
Masuk kereta, terus set GPS ke MARINA BAY (agaknya la kot, sebab adik aku yang set. aku dok belakang je)
Ikut la rentak GPS. Suh belok kanan kami ke kanan. Belok kiri, kami ke kiri. Sekali tu... oleh kerana kami lebih advance dari GPS, termasuk simpang yang terawal plak. Dah la kena u-turn.
Hmmm GPS said 'Drive 14 kilometers ahead and make a u-turn.' OK, as you said Mr. GPS. I follow.
14 kilometers ni buat aku terlelap kejap. Sedar-sedar aje, tgk jalan.. errr kenapa ada kat Woodlands ni? Err.. tak pe la kot... kan ikut GPS.
Selang 1-2 minit, err ...'Eya, kalau kita nak ke town, kena masuk simpang kiri ni, NOW!'
Eya kata, 'Tak pe.. depan tu nanti ada u-turn.' Mata aku jeling kat GPS, ye betul la.... depan tu ada u-turn.
Errr... tetiba... errr kenapa masuk kat imigresen ni. Mana u-turn? Alamak!!!! Dah nak kena cop passport? Errr bukan ke Tambak Johor ni?
Damn!!! (ooppssssyyyy....) Bukan aku yang kata, tapi adik aku. Apsal u-turn tak jumpa, tapi dah sampai imigresen?
Passport.. passport. Dah bagi plak passport kat imigresen. Cop! Cop! Lalu Tambak Johor....
Elok lepassssss je Tambak Johor, Mr. GPS sound 'Please make a u-turn. Please make a u-turn.' Erk!! U-turn kat JB? Aaaa.... stresssss!
Takkan Singapore punya la besar (walaupun tak besar mana) tak bleh u-turn kat sana?
Kenapa mesti u-turn kat JB? Addduuuuuuuuu..... stresssss....
Adik aku lagi la stress. Sebab dia yg INGIN giler nak pergi MARINA BAY. Stress sungguh bila sebut MARINA BAY. Nasib baik GPS pinjam, kalau tak, lama dah adik aku campak GPS tu.
Aduhai GPS... ko salah setting ke? Ke saja nak penaya kitaorang ni? Stresss....

No comments:
Post a Comment