Semalam... tanggal 2 Oktober 2012, keluarga kami melalui satu lagi fasa baru. Semalam, asben mula meniaga makanan western kat Puncak Jalil. Dekat saja dengan rumah. Kat depan Warung Pak Ali. (pss... memang nama kedai tu Warung Pak Ali tau... hehehehe)
Alhamdulillah.... Pak Ali bagi bukak gerai kat area parking lot depan kedai makan dia.
Alhamdulillah.... rasa syukur sangat. Lepas kena slash dengan bro kantin kat sekolah lepas naik raya haritu... ada la rezeki sikit-sikit buat katering kecil-kecilan. Sekarang dah dapat bukak gerai. Boleh la.... Masak untuk katering pun, asben masih buat lagi. Cuma ambil skala kecil-kecilan je la.... 30pax - 200pax.
Bukan tak boleh masak banyak-banyak. Boleh tu boleh... cuma peralatan belum cukup lagi. Biarlah kami mula dari bawah dulu.
Asben memang nak sangat meniaga sendiri. Jadi peluang yang Pak Ali bagi ni, dapat la asben meniaga juga.
Menu kali ni menu western je. Sebab kat Pak Ali tu dah ada masakan panas. Jadi memang western tak de. Lagi pun masak western ni memang specially asben.
Semalam ada la isu sikit masa bukak gerai ni. Tapak yang patutnya asben bukak gerai, ada kete park situ tak mau gerak-gerak. Tunggu punya tunggu punya tunggu. Last-last Pak Ali kata, buka je la kat tapak sebelah tapak sate.
Asben bukak la kat situ. Tapi mungkin terdepan sikit, dah termasuk tapak sate. Nak alihkan, ada kete park pula. Aiseh.... rasa bersalah sangat kat bro sate tu. Bro sate tu cool je, tapi dia jadi meniaga haritu. Lagi la kami rasa bersalah. Tapi dia dah tau dah asben mmg nak bukak tapak kat situ. Cuma kawan dia yg meniaga shisha tu je buat muka paiseh....
Aduhai... starting je dah rasa tak sedap hati. Tapi sebab bro sate tu cool aje. Asben terpaksa la buat tebal muka. Harap tak de telagahan la berlaku ye.
Mula berniaga pun agak lewat juga. Siap set up gerai dah hampir jam 7pm. Huh! Penat. Nasib baik ada bob tolong.
Aku datang 2-3 kali la. Lepas bawak biha gi makan, aku datang balik jam 9 malam. Tapi asben kata lom ada satu order pun masuk. Adoiii.... sedih gak dengar. Tapi asben tenang aje.
Pastu aku bawak biha balik, sebab nak suruh dia tido. Jam 11pm mesej asben tanya, cemana? Asben kata.. ok dah...
Asben balik dari meniaga dah jam 2.30pg. Alhamdulillah..... rezeki hari pertama. Adalah sikit. Dah tentu la belum pulang modal. Tapi boleh la.. untuk hari pertama. Alhamdulillah..... syukur atas nikmat Allah.
Nak tau menu ada asben jual?
Setakat ni.. baru ni je la menu nya. Nak buat lebih-lebih ikut kederat dulu. (psss... menu ni aku buat... cantik tak? woohooo.... tetiba rasa perasan giler tengok menu ni wahahahaa....)
Hari ni akan bermula hari kedua. Harap lebih baik dari semalam. Dan harap bro sate tu akan meniaga la hari ni. Kami nak sama-sama cari rezeki. Semoga Allah redha. Amin...

No comments:
Post a Comment