Weekend lepas agak pack juga.
Hari Jumaat malam Sabtu dah gerak ke Ipoh. Hari Sabtu tu ada wedding reception adik ipar di Ipoh. Dia dah siap sewakan homestay. Family yang lain semua dah sampai.
Lepas habis majlis, kami balik homestay aje. Malam tu ready untuk besday party Biha. 20 Januari 2013, birthday Biha yang ke lima. Dah lima tahun anak mama.
Alahai... celebrate simple simple aje pun. Beli kek kat bakery. Then beli la topi la... makanan semua dah siap sedia dah. Masing-masing masih kenyang lagi.
Cik Idok, Cik Nina dengan Nenek hadiahkan Biha khemah princess ni. Elok sungguh la sebab mama dengan ayah baru plan nak belikan Biha khemah ni. Senang nak sumbat segala macam mainan Biha yang melambak-lambak tu.
Hari ahad tu (20/1/2013), kami ke Lost World of Tambun. Yeah!! Ni la plan yang paling ditunggu-tunggu. Jom mandi kolam!!!!!
Syok giler mandi kolam. Sampaikan sunburn dah le... balik KL hitam legam dah muka dengan tangan.
Lebih syok sebab pergi beramai-ramai dengan family asben. Paling seronok kanak-kanak la. Biha dari pagi sampai petang tak berhenti main air. Berhenti makan kejap je. Pastu sambung balik. Huhuhu....
Hari ke-3 (21/1/2013) dah nak balik KL. On the way balik KL, kami pergi Cameron Highlands dulu. Adik-adik ipar dah berjaya pujuk abang diaorang (asben aku ler). Jadi kami join sekali. Then, asben aku plak pujuk ayah dia... hahaha... last-last semua terjebak sama.
Walau pun pergi balik hari aje. Pergi ke Cameron lalu Simpang Pulai. Balik ikut Tapah. Sempat la kami cover semua. Dapat makan strawberry+coklat+krim+madu sampai lebam. Dapat gambar posing ala-ala petik strawberry. Dapat beli belah sikit. Dapat makan eskrim stawberry kat al-mashor. Lunch kat tanah rata. Singgah ke Cameron Valley. Tak minum teh pun... tapi Biha berjaya la pujuk Cik Nina teman dia turun tengok ladang teh.
Then baru kami gerak balik KL. Singgah ke Restoran Jejantas Sungai Buluh untuk makan malam. Dan masing-masing bawa haluan masing-masing. The holiday is over .... aaaaa...... mencik!!










No comments:
Post a Comment